CERPEN : Shinka, engkau amanahku

4 Nov

Cerpen dituju khas buat peminat-peminat kucing (dan yang tidak minat jugak :p )

Feel free to comment🙂

Petang itu hujan turun renyai-renyai. Sejuk.Tidak hairanlah Shinka masih ada di rumah. Jikalau tidak petang-petang begini dia akan berada di luar rumah, berlari-lari di jalan bersama kanak-kanak yang bermain di waktu petang. Sejuk-sejuk begini masanya dihabiskan untuk berhibernasi. Comel pula apabila melihat dia muat-muat masuk ke dalam bakul hamper yang Puan Rohaya, ibu kepada Anis, peroleh minggu lepas.

Anis cuba untuk merapati makhluk comel itu. Kepalanya diusap-usap. Sesekali Shinka menggeliat. Lantas Anis mengalihkan tangannya. Shinka berbulu kelabu dan panjang ala-ala iklan ‘Whiskas’ di televisyen, ekornya panjang dan tegak keatas, badannya agak berisi. Ketika sedang tidur ini nampak seperti seorang bayi yang sangat comel.

“Ala cayang, bucuk-bucuk.” Kelihatan Asyraf mengambil Shinka daripada bakul tersebut. Hidungnya di gesel-geselkan ke kepala Shinka.

“Eee..cium la dia. Awak tu dah la ada asma. Letak balik! ” Anis sebagai kakak sulung menegur Asyraf, satu-satu adik lelakinya. Jarak umur mereka tidak jauh berbeza, hanya dua tahun.

” Ala kak long ni.. rileks la..” Asyraf buat endah tidak endah pesanan kakaknya. Dia kemudian membawa Shinka ke hadapan televisyen dan berbaring. Shinka dibaringkannya disisi. Sambil tangannya tidak sudah-sudah mengusap dan mencium si kucing itu.

Anis hanya menggeleng kepala. Sayang betul Asyraf pada Shinka. Shinka sudah dibela sejak lahir lagi. Ibunya telah mati ditabrak kereta tahun lepas. Adik-beradiknya yang lain terpaksa diberikan kepada kawan-kawan ibu mereka kerana semuanya betina. Ibu dan ayah Anis tidak membenarkan mereka membela kucing betina. Takut-takut akan beranak pinak. Keluarga mereka bukanlah dari kalangan orang yang senang. Ayah mereka bekerja  sebagai seorang pemandu di salah sebuah syarikat swasta manakala ibunya seorang pembantu di sebuah kedai kek.

Selain Anis dan Asyraf, ibu bapanya terpaksa membiaya keperluan dua lagi adik perempuan mereka. Maisarah dan Khadijah. Mereka masing-masing berada di tingkatan lima dan tingkatan tiga, sedangkan Asyraf berada di tahun pertama pengajian di Universiti awam manakala Anis di tahun terakhir. Mujur sahaja Anis dan Asyraf mendapat bantuan kewangan daripada Yayasan negeri, dapat juga menampung sedikit sebanyak perbelanjaan harian mereka.

” Asyraf, akak nak keluar pergi jumpa kawan sekejap. Ada nak pesan apa-apa?” Anis berkira-kira untuk keluar.

“Aik, kan hujan ni, nanti basah la naik motor tu. ” Asyraf melahirkan kerisauan, Kepalanya dipusingkan sedikit melihat Anis.

” Sikit sahaja hujan ni, inshaAllah kejap lagi reda la. Nak pesan apa-apa tak? ” Anis sudah mengenakan topi keledar ke kepalanya.

” Beli makanan Shinka.”

“Duitnya?”

“Ala..gunalah duit kak long dulu.”

“Ishh akak mana ada duit.” Anis tidak menipu. Duitnya hanya ada cukup-cukup untuk mengisi minyak motosikal dan membeli sedikit makanan untuk kudapan dia dan temannya petang ini. Petang ini mereka ada temu janji  hendak bertemu di Taman Polo, sebuah taman rekreasi di Ipoh.Sesak dan sempit. Mungkin itulah yang boleh digambarkan akan keadaan kewangannya sekarang memandangkan duit pinjaman pelajaran yang diperolehnya sudah dihabiskan untuk membaiki komputer ribanya yang rosak tempoh hari. Elaun seterusnya akan masuk kira-kira 2 bulan lagi.

“Ada cukup-cukup nak isi minyak dan belanja kawan akak je.”

“Tak payah la belanja kawan kak long. Belilah makanan Shinka.” Asyraf masih mahu dimenangkan.

“Separuh-separuh la. Adil.” Anis mengalah. Tidak mahu dia terus bertekak dengan adiknya. Dia khuatir terlewat berjumpa teman kesayangannya Sara. Bagi dirinya,Sara cukup istimewa. Dialah yang telah menarik dia keluar daripada longkang jahiliah tatkala dia terkapai-kapai mencari tujuan hidup. Tatkala teman lain sibuk mengajaknya bersuka ria dengan kehidupan, Sara hadir dalam hidupnya membawa sinar penyuluh ke jalan yang gemilang.

Asyraf menghulurkan dua keping not seringgit. Anis mengucapkan terima kasih lantas terus menunggang motosikalnya. Di dalam perjalanan ke kedai dia masih berkira-kira sama ada membeli makanan untuk Shinka atau Sara yang perlu diutamakan? Anis bukanlah seorang penggemar kucing. Setiap kali Shinka cuba bermanja-manja dengannya pasti akan ditepis dan dielak.

Tiba di kedai, Anis terus menuju ke bahagian makanan kucing.

” Tiga ringgit setengah. Huh. Mahal makanan kucing dari makanan manusia.’ Anis meneliti harga pada tin Whiskas Seafood.

Kemudian dia terus berlalu ke bahagian makanan dan minuman, diambilnya satu bungkus roti berharga enam puluh sen dan sekotak air soya.

” Boleh la ni. Rasulullah kata makanan untuk seorang cukup untuk dua orang.” Anis cuba untuk meyakinkan dirinya bahawa yang memberi rasa kenyang dan cukup adalah milik Allah. Makanan tidak berupaya memberi apa-apa kesan tanpa kehendak Allah SWT.

***

BERSAMBUNG…..

2 Responses to “CERPEN : Shinka, engkau amanahku”

  1. nazihah November 4, 2010 at 8:23 am #

    eh..tergantung..!

    • mukminahmujahidah November 6, 2010 at 2:28 pm #

      InshaAllah nanti ada sambungannya🙂

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: