Adik, aku sayang kamu

4 Oct

~Keprihatinan mampu mengikat hati ~ Credit to LadyLinda Deviant Art

Merupakan fitrah seorang manusia untuk melihat insan yang disayanginya untuk sentiasa hidup berbahagia. Apatah lagi insan tersebut merupakan insan yang sangat dekat seperti ibu bapa,adik-beradik dan kaum keluarga.

Bagi orang-orang yang beriman,makna bahagia adalah hidup dalam penuh ketaatan kepada Allah dan akhirnya akan beriring bersama-sama insan tersayangnya menuju syurga.Untuk tujuan itu,kita akan sentiasa berusaha mengajak mereka ke arah kebaikan.

Jika seorang kakak atau abang misalnya, akan berusaha supaya mengajak adik-adiknya supaya taat kepada Allah, baik tingkah laku, menghormati orang tua dan kembali hidup dalam cara hidup dan amal Islam.

Tetapi ada satu kesilapan yang sering kita terlepas pandang termasuk diri saya sendiri berkenaan dengan bersabar dalam mendidik dan mengajak ahli keluarga kita ke arah kebaikan.

Seorang guru saya pernah berkata,

” Kita ini selalu tidak sabar dengan ahli keluarga kita,nak mereka cepat berubah kepada kebaikan kerana kita sayangkan mereka.”

Kesinambungan daripada sikap kita ini menyebabkan kadang-kadang tindakan kita lebih kepada paksaan dan desakan. Terutamanya apabila kita mempunyai lebih pengaruh pada seseorang seperti kuasa seorang abang dan kakak kepada adik-adiknya.

Pernahkah kita membandingkan layanan dan ajakan kita pada kawan-kawan dan adik-beradik kita? Adakah sama? Atau kita lebih ‘garang’ kepada adik-adik kita? Mungkin kerana geram kerana kita mendidik adik orang lain menjadi baik, tetapi adik sendiri buruk perangainya?

Tanpa kita sedari, kadang-kadang dalam memenangi hati orang lain untuk diajak kearah kebaikan, kita akan berusaha untuk memberikan hadiah, menuturkan kata-kata yang lembut dan penuh berhikmah. Tetapi mengapa dengan adik sendiri kita seakan menganggapnya seorang yang sangat berdosa? Sindiran, paksaan serta kata-kata yang kasar hanya akan membuatkan adik kita semakin memberontak dan mungkin akan melarikan diri daripada kita. Akan ada satu perasaan padanya bahawa apa yang dia lakukan buruk dipandangan ahli keluarganya dan dia tidak lagi disayangi.

Untuk merawat kekosongan ini, dia akan mula bercampur dengan kawan-kawan yang kononnya mampu mengisi dan memahami jiwanya. Semakin dinasihati, semakin liat dan manjadi-jadi perangai buruknya. Itu tandanya dia protes dan memberontak.

Jadi, saya ingin mengajak diri dan pembaca sekalian untuk kita kembali kepada metod yang diajar oleh Rasulullah SAW. Mendekati manusia dengan penuh hikmah dan kelembutan. Hati yang keras, hanya boleh dilembutkan dengan kata-kata yang lembut yang datang ikhlas daripada hati bukannya dengan sindiran atau paksaan.

Selain itu, qudwah yang baik, meraikan adik-adik dengan memberi hadiah dan bertanya khabar serta menghargainya akan membuatkan hati mereka seakan terikat dengan kita. Sampai satu tahap, apabila hati sudah terikat, dia akan mudah untuk menerima teguran-teguran kita dan proses untuk membentuknya akan menjadi lebih mudah. InshaAllah.

Adik-beradik dan ahli keluarga kita yang lainnya merupakan manusia biasa yang memerlukan masa untuk berubah dan mempunyai perasaan untuk dihargai. Berikanlah mereka masa dan terus berusaha untuk memenangi hatinya.

Sebagai penutupnya, sama-samalah kita renung-renungkan sabda Rasulullah SAW yang berikut,

”Ikutilah keburukan itu dengan kebaikan, nescaya kebaikan akan menghapuskan keburukan.”

Wallahualam.

One Response to “Adik, aku sayang kamu”

  1. nazihah October 6, 2010 at 6:11 am #

    bagus perkongsian anti ni………

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: