Akan datang, bakal dibicarakan

25 Aug

Apabila dibicarakan oleh Allah, kemanakah tempat lari?

” Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur”

  Terpampang besar tulisan itu di hadapan bangunan. Kelihatan beberapa lelaki berkot hitam,tampil segak dan kemas. Tidak kurang golonan wanitanya, nampak menarik dengan kot hitam bersama beg bimbit mereka. Terkandung fail-fail kes barangkali. Semuanya bergegas menuju masuk ke bangunan besar itu. Jam menunjukkan kira-kira hampir ke 8.00 pagi. Masing-masing mengejar masa nampaknya.

  Bertemankan makcikku, aku mengikut jejak langkah mereka ke bangunan itu. Tiba-tiba satu perasaan kurang senang menyelinap. Terus diluahkan kepada makcik.

“Mak ngah, tiba-tiba ada perasaan gerun la nak masuk mahkamah.”

“Gerun?” Makcik ku kurang faham. Mana tidaknya, aku kesini kerana ingin mendapatkan pengesahan daripada Suruhanjaya Sumpah untuk urusan universiti ku, bukannya buat kesalahan atau jenayah apa-apa.

  Cuma bangunan mahkamah ini, kehadiran peguam-peguam yang tangkas sekali berjalan mengingatkan aku akan kedatangan Hari Pengadilan nanti. Di mana aku akan diadili didalam Mahkamah Allah. Dengan anggota badanku yang menjadi saksi. Skrin besar akan terpampang menyiarkan segala perbuatanku ketika didunia. Aib-aibku akan terdedah. Hanya dengan rahmat Allah sahaja, aibku akan dilindungi daripada menjadi tontonan umum.

   “Dan jagalah dirimu dari (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikitpun; dan (begitu pula) tidak diterima syafa’at  dan tebusan daripadanya, dan tidaklah mereka akan ditolong. Al-Baqarah :48 “

  Allahu akbar! Bagaimana untuk aku berlindung lagi ketika itu daripada kesalahan-kesalahanku dibicarakan? Diadili seadil-adilnya? Jika didunia dapat aku sembunyikan daripada manusia, di akhirat kelak pasti akan diminta pertanggungjawaban bagi setiap kelalaianku ini.

Ya Allah adililah aku dengan keampuananMu, janganlah Kau adili aku dengan keadilanMu.

FAGHFIRLI YA RAHMAN YA RAHIM.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: