Bunuh diri bukan jalan penyelesaian

20 Aug

 

Pic by murderdoll17 from DeviantArt

  Kira-kira 2 hingga 3 minggu lepas, lebih kurang seminggu sebelum umat Islam menyambut ketibaan Ramadhan, negara dikejutkan dengan kematian ‘misteri’ dua orang ternama yang terlibat dengan kemalangan. Terdapat kesan tembakan pada kepala kedua-dua ‘mangsa’ dan sepucuk pistol dijumpai dalam kenderaan yang mereka naiki dan yang pastinya punca kematian bukanlah kerana kemalangan.

  Beberapa hari selepas itu, post-mortem daripada pihak polis mengesahkan salah seorang membunuh seorang yang lagi dan kemudian membunuh dirinya sendiri.

  Rasa tersiat-siat hati ini dan sebak memenuhi dada apabila membaca kesimpulan ini. Begitu sahaja ditamatkan riwayat hidupnya? Adakah kehidupan ini tiada nilai bagi manusia yang bertindak menamatkan nyawa mereka dengan cara paksa begini?

 ” …Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepadamu. ” An-Nisa’ : 29

   Siapakah yang pernah terfikir untuk membunuh diri? Putus cinta nak bunuh diri. Gagal peperiksaan nak bunuh diri. Kena berhenti kerja dan kena marah dengan bos,nak bunuh diri. Hidup susah,tak dapat kerja,nak bunuh diri. Dan mungkin banyak lagi sebab-sebab lain yang membuatkan kadang-kadang hati kita terdetik untuk mengambil jalan pintas menamatkan segala penderitaan hidup.

  Tidakkah kita merasa tersentuh akan pujukan Allah dalam ‘surat  cinta’ Nya ini? Allah sangat sayangkan kita. Tidakkah kita menyayangi diri kita? Allah yang menciptakan kita sendiri amat menghargai nyawa kita. Mengapa tidak kita hargai nyawa kita? Dan kemudian menempah nama kita di neraka (nauzubillah) sebagaimana firman Allah dalam ayat seterusnya,

” Dan barangsiapa berbuat demikian dengan cara melanggar hukum dan zalim, akan Kami masukkan dia ke dalam neraka. Yang demikian itu mudah bagi Allah. ” An-Nisa’ :30

  Mana mungkin kita dapat menahan azab Allah di akhirat sana. Kita amat dambakan rahmat dan kasih sayang Allah. Kesilapan dan maksiat Allah sudi mengampunkan dengan memperbanyakkan taubat yang bersungguh-sungguh. Rezeki juga akan Allah berikan jika kita berusaha dan memohon kepadaNya dengan kesabaran. Ujian dan musibah tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya, untuk tentukan siapa diantara kita yang benar-benar beriman dan bersabar untuk Allah ganjarkan dia dengan syurga diatas keimanan dan kesabarannya itu.

  Apakah lagi alasan kita untuk menamatkan hidup ini secara paksa? Allah amat menyayangi kita. Belajarlah untuk menyayangi diri kita sendiri. Dunia ini tempat beramal, diakhirat sanalah juga kita akan hidup kekal.Kembalilah kepada Allah. Moga-moga Allah lindung kita daripada terdetik untuk membunuh diri.

Wallahualam.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: