Muhasabah:Tragedi pagi tadi

26 Jul

”Tak kan surut walau selangkah, tak kan henti walau sejenak, cita kami hidup mulia, atau syahid mendapat syurga ”

Tangan meraba-raba mencari telefon bimbit.

4.30 pagi.

Itu masa yang dihajatkan untuk bangun pagi tadi.

” Tidur sekejap la ” Getus hati.

Tetapi diri tidak dapat tidur. Terhidu bau asap yang kuat.

”Sapa pulak yang bakar sampah pagi-pagi buta ni?” Getus hati. Menarik selimut menutup muka. Tetapi semakin lama bau asap semakin kuat. Terasa sangat dekat sekali. Cuba juga diintai-intai disebalik selimut dari mana arah datangnya asap.

”Ya Allah, ini bukan mimpi. Ini betul-betul.” Lantas bangun, terkejut melihat asap penuh menyelubungi rumah. Bergegas mencari-cari dari mana arahnya asap tadi. Ke dapur, tetapi tiada siapa yang masak.

Ketika itu difikiran hanya memikirkan perkara yang negatif sahaja. Masih terfikir ada orang yang membakar sesuatu di kawasan luar rumah. Panik.Terus kejutkan ummi.

Aku dah terbatuk-batuk. Ummi gegas bangun, terus ke dapur membuka lampu luar rumah. Masih tidak tahu puncanya. Aku pula ke ruang tamu, membuka tingkap dan memasang kipas semaksimum mungkin.Berharap agar asap-asap itu keluar. Nak naik lemas dibuatnya.

Kemudian terlihat ummi mengeluarkan sesuatu daripada bilik adik. Bantal yang terbakar. Lantas aku beristighfar. Rupanya bantal itu terjatuh dan terkena ubat nyamuk yang adikku letakkan berhampiran katil. Aku tambah terkejut apabila melihat kedudukan ubat nyamuk itu sangat hampir dengan wayar elektrik.

Ya Allah… terima kasih kerana menyelamatkan kami.

Adik-adik masih tidur. Tidak perasan akan keadaan yang mencemaskan itu. Tidak hairanlah ada kejadian mangsa kebakaran yang mati ketika tidur.

Selepas itu aku ke ruang tamu, dikelilingi oleh asap yang semakin reda dek ditiup angin daripada kipas. Duduk memuhasabah diri.

Siapakah yang rasa bahawa Allah sentiasa bersamanya?

Apakah kita yakin bahawa tidak ada yang mampu melindungi selain Allah?

Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang… terima kasih.

Alhamdulillah…aku belajar sesuatu.

Nota : Berhati-hatilah memasang ubat nyamuk. Jangan dipasang berdekatan dengan benda yang mudah terbakar🙂

2 Responses to “Muhasabah:Tragedi pagi tadi”

  1. Blogwalker August 25, 2010 at 1:59 pm #

    Alhamdulillah, semuanya selamat.

    Salam Ramadhan al-Mubarak! Semoga diberkati, dirahmati dan dipermudahkan segala ibadat dan urusan.

    “oh, i am just blogwalking….”

    • mukminahmujahidah October 20, 2010 at 5:55 pm #

      Ameen! Syukran for your dua’a🙂

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: