Puisi : Luka-luka baru

24 Jun

Hari ini luka-luka baru muncul,
Sedangkan luka semalam belum sembuh,
Bertanya kenapa luka?
Kerana terpaksa meredah duri-duri

Jika gelojak jiwa mampu diterjemahkan,
Pasti muntahan gunung berapi yang terbentuk,
Atau mungkin percikan-percikan api yg mampu menyakiti,
Tapi jiwa harus bersabar,
Kerana perjuangan ini menagih syurga.

Jika ada pilihan lain,
Pasti ku pilih yang lain,
Tetapi yang lain tiada yang menjamin,
Hanya kesabaran di jalan ini jua yang menjamin keselamatan.

Cukup berteori selama ini,
Adakah bila di realiti engkau ingin tewas?
Jika perit,ia memang perit.
Jika sukar,ia memang sukar.
Jika penuh duri,ia memang berduri

Harta,masa sememangnya pasti terkorban.
Tinggal jiwa dan nyawa,pasti akan dituntut juga..
Ohh diri,di manakah kamu?
Tidak mahu kah kamu?
Syurga yang mengiyurkan?

Jika selama ini kau banyak berteori,
Jika selama ini kau banyak bemimpi,
Ayuh lah terjemahkan teori mu itu,
Ayuh lah realisasikan mimpi-mimpi mu..

Allah…
Diriku serba lemah,
Diriku serba tak terdaya,
Satu pintaku..
Jangan biar ku tertapis daripada jalanMu…

Tarbiyah fi aydiakum fi aydiakum faqad!
Tarbiyah di tangan kamu dan di tangan kamu sahajalah!!!!!

24 Jun 2010

2052

Ipohku permai

5 Responses to “Puisi : Luka-luka baru”

  1. SERIBUNGA June 26, 2010 at 10:07 am #

    salam wbt

    bunga sangat2 suka sajak ni!jazakillah ukhti atas perkongsian coretan hati anti ni..sgt2 terkesan pd Bunga..

    -drp orang yg sgt2 merindui kamu..-

    • mukminahmujahidah July 19, 2010 at 11:02 am #

      Wasalam.
      Rindu pada cik bunga juga🙂

  2. lukpi July 9, 2010 at 5:41 am #

    salam
    sajak ni bestt..nak copy eh

    • mukminahmujahidah July 19, 2010 at 11:01 am #

      Wasalam. Tafadhal. Moga ada manfaatnya.

Trackbacks/Pingbacks

  1. 8.46 am | 0_o - July 9, 2010

    […] (source) […]

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: