Coret-coret : Exam + amanah ini …

25 May

Islam sebagai cara hidup-pic credit to Maryam

   Sudah lama rasanya tidak mencoret di sini. Sekarang masih di musim peperiksaan. Ada  3 lagi subjek yang akan ditempuh dalam masa 2 minggu yang berbaki ini. (Doakan!)

   Pagi tadi, saya sampai awal di dewan peperiksaan. Masa yang ada itu cuba dimanfaatkan untuk mengulang secara lalu nota-nota peperiksaan untuk hari ini. Kebetulan hari ini tidak ramai yang mempunyai peperiksaan agaknya. Koridor sebelah dewan peperiksaan yang selalunya penuh sebagai tempat pelajar-pelajar berkumpul sebelum bermulanya peperiksaan agak lengang. Maka saya pun mengambil keputusan untuk duduk di situ.

  Selalunya saat-saat akhir begini bukan banyak input pun yang dapat jika membaca nota, tetapi hati terasa nak baca juga. Dalam kegusaran melihat nota-nota yang tak sempat nak cover ditambah kerisauan nak menghadapi peperiksaan beberapa minit lagi tu, tiba-tiba saya terdengar satu suara menegur.Saya nampak kakinya sahaja. Kerana ketika itu saya sedang duduk bersila di lantai dan menundukkan kepala baca nota (khusyuk la konon). 

“Excuse me”.  Tiada jawapan. Saya buat tak tahu sahaja.

” Excuse me.” Kali ini baru saya berani mendongakkan kepala. Dan terlihat seorang lelaki mat saleh lingkungan usia 50-60 tahun sedang membongkokkan tubuhnya dan menghulurkan sebuah buku kecil kepada saya sambil berkata,

“I got a gift for you.” Sambil dia tersenyum.

Sempat saya melihat kepada kulit buku terebut.

“Ini bukan hadiah ni. Ini bala.” Hati saya terdetik.

“Dalam orang sibuk dan risau nak exam ini sempat pula dia nak ‘dakyah’ kita.” Lagi hati saya berkata-kata.

” Its alright. Thank you.” Ringkas sahaja saya membalas sambil cuba untuk senyum.

“Take it. And try to read it. Its a new testimonial…bla..bla.. “(tak ingat apa dia cakap)

” It’s alright.” Saya cuba menolak lagi. Buku kecil yang nak diberinya itu adalah ‘new testimonial’.

“Bukan apa pakcik, saya bukan tidak mahu ambil tetapi saya sudah sangat yakin dengan agama yang saya ikut ini. Agama disisi Allah hanyalah Islam. Nanti kalau saya ambil saya akan buang dalam tong sampah sahaja. Bukankah itu satu pembaziran kertas?” Tetapi kata-kata yang itu hanya bermain dalam hati sahaja.(ishhh…)

“Take it. This new testimonial tells about God and Jesus. I read Quran as well. You should read this as well.”  Cukuplah setakat itu. Saya tidak mampu nak membalas dan akhirnya saya ambil juga dan mengucapkan terima kasih.

   Satu perkara yang amat ditakuti apabila saya sendiri tidak berapa arif dalam bab-bab perbandingan agama ini. Risau untuk berhujah dengan mereka. Takut mati hujah. Rasa macam tersepit sahaja tadi. Tetapi mungkin buku ini insyaAllah bermanfaat satu masa nanti untuk dipelajari perbandingan agama. Jadi ambil sahajalah.

   Kemudian lelaki itu pun pergi. Hmm…yang menghairankan ditangannya memang ada sebuah sahaja buku tu. Dan selepas dia memberikan buku itu kepada saya tidak pula dia memberikan kepada pelajar-pelajar lain di situ. Dia berlalu begitu sahaja. Mungkin kerana dilihatnya saya seorang diri dengan muka yang risau.

   Tidak tahu mengapa, tetapi kejadian itu membuatkan saya beristighfar banyak kali dan memohon ampun. Allah izin memang ketika itu hati sedang galau dan risau dengan peperiksaan. Tiadalah harapan lain hanya kepada Allah SWT semata. Mungkin pendakyah kristian yang sensitif ini perasan dan cepat-cepat mengambil kesempatan diatas kekurangan itu. Kononnya memberi wadah dan solusi kepada kegusaran hati.

   Hal ini membuatkan saya terfikir akan betapa ramai lagi agaknya jiwa-jiwa manusia yang sedang merana berada didalam keadaan tidak tentu arah. Mencari-cari sinar kebahagiaan dan penunjuk untuk membawa mereka ke jalan hidup yang sebenarnya.

   Jiwa-jiwa ini amat dahaga akan sentuhan-sentuhan yang mengajak mereka kembali kepada fitrah daripada insan-insan yang menggelar dirinya daie.Fitrah ini tidak lain merupakan kembali kepada Allah SWT. Dengan mengambil Islam sebagai cara hidup yang total. Akibat kecuaian ini , pendakyah-pendakyah Kristian dan Nasrani terlebih dahulu memainkan peranan. Anasir-anasir jahiliah yang lebih dahulu menyuntik pengaruh.Sedarlah wahai diriku!

   Jikalah Allah izin ada dikalangan kuffar di Britain ini masuk Islam diatas usahaku, itu merupakan satu bonus daripada Allah.  Tetapi jiwa-jiwa ummah Islam yang kering inilah yang harus disiram dengan siraman keimanan. Mereka sangat-sangat menanti diselamatkan daripada dunia permainan yang hina dina ini. Tetapi mengapa masih tidak terlaksana ni?

Ya Allah…ampunkanlah diriku yang selalu leka dalam menunaikan amanah ini..

   Kita selalu mengharap jika ada orang lain yang akan membantu mereka ini. Tetapi mengapa tidak kita sendiri yang menjadi dan berperanan? Setiap daripada kita ini adalah penjuru-penjuru daripada Islam. Pernah diceritakan pada saya dalam satu program ini, seorang ini hanya berperanan untuk memasang ubat nyamuk sahaja setiap malam. Tetapi kerana peranannya itu membantu peserta-peserta lain dapat tidur dengan lebih lena tanpa gangguan nyamuk dan bangun esoknya dalam keadaan yang lebih cergas untuk memulakan program.

   InsyaAllah, jangan disia-siakan peluang untuk berbuat kebaikan dan menyumbang kepada kesedaran Islam dikalangan lingkungan kita.Walaupun hanya dengan tolong kejut bangun solat subuh.

Astaghfirullah…

Wallahualam.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: