Lidah itu senduk hati

6 May

 

” Lidah itu adalah senduk hati. Apa sahaja yang ditutur oleh lidah itu disenduk terus daripada hati”

  Itulah sifat lidah. Jika pemilik lidah itu menuturkan kata-kata yang tidak baik,kata-kata yang kurang sopan atau tidak bermanfaat, maka sebenarnya ia adalah lahir daripada hatinya. Biarpun Si penutur tadi adalah seorang ustaz, seorang penyanggak atau seorang saintis sekali pun.

Ini bertetapan dengan sabda Rasulullah SAW ,

Di dalam jasad manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh jasad. Jika buruk daging itu maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa daging itu adalah qalb.

  Qalb di sini bermaksud hati. Mana mungkin seorang yang hatinya dekat dengan Allah tetapi manusia tidak terselamat dengan kata-kata buruk daripada lidahnya?

 Sebab itu sebagai seorang mukmin kita kena sentiasa berwaspada dengan apa yang kita tuturkan. Pertuturan tidak terhad kepada kata-kata yang keluar daripada lidah sahaja, malah ia merangkum juga kepada kata-kata berbentuk tulisan. Apa yang kita tuturkan dan apa yag kita tulis sebenarnya adalah apa yang tertanam dalam hati kita ketika itu!

  Sedih apabila melihat jiwa-jiwa Islam ini  yang tidak menjaga lisannya. Kadang-kadang perkataan serta panggilan buruk diberikan kepada orang lain. Atau mungkin juga gurauan-gurauan yang tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang muslim.

  Lebih menyedihkan apabila kita menyalah gunakan teknologi yang ada seperti Facebook,email dan Friendster untuk menghentam, mengumpat atau melontarkan kata-kata yang tidak baik kepada orang lain. Ingatlah setiap daripada tutur kata kita ini walaupun dalam bentuk tulisan, akan Allah balas setimpal dengan tindakan kita. Sedangkan setiap detik hati kita ini pun tidak disia-siakan Allah sebagaimana firmanNya,

“…Jika kamu menyatakan apa yang ada dihatimu atau kamu sembunyikan, nescaya Allah memperhitungkannya (tentang perbuatan itu) bagimu…” Al-Baqarah: 284

Tolonglah supaya jangan lagi ada yang berkata,

“Ini blog aku, suka hati akulah nak tulis apa pun!”

” Ini profil aku, suka hati akulah untuk hentam sesiapa pun.”

  Bukankah jika berlakunya situasi ini, merupakan satu urgensi bagi kita untuk memeriksa kembali hati kita. Mungkin sahaja masih banyak karat-karat jahiliah yang harus cepat-cepat kita kikiskan kembali. Ayuhla para mukmin yang mengaku dirinya sebagai daie, koreksi kembali hati kita!

Berkatalah baik atau diam sahaja.

Wallahualam.

2 Responses to “Lidah itu senduk hati”

  1. irhafiz May 24, 2010 at 9:40 am #

    “Besar gila doh”
    “Gila ah… hebat siut…”

    Tentu semua pernah dengar kata-kata sebegini. Seingat saya, pertama kali saya mendengar kata-kata sebegini sebaik memasuki Kolej Matrikulasi luar dari negeri sendiri.

    Memang geli mendengarnya. Namun, tidak semua lidah yang tidak terikut. Bagi sesetengah mereka, mungkin ini adalah budaya bahasa setempat atau mudahnya loghat orang bandar. Apa salahnya kita ikut.

    Bagi saya ia tetap ‘bahasa kotor’.

    • mukminahmujahidah May 25, 2010 at 10:43 pm #

      Jazakallah irhafiz atas komennya.

      Berkenaan dengan ‘bahasa kotor’ ini, apabila sudah terbiasa..dia akan menjadi darah daging. Ibarat orang yang ketagih dengan rokok. Jika mahu ditinggalkan total secara mengejut memang payah, perlu ditinggalkan berperingkat-peringkat.

      Jadi bagi saya bagi kes yang dah terbiasa dan terikut ini mungkin boleh diubah perlahan-lahan gaya kata-kata yang keluar daripada lidahnya.

      Pernah juga kenal dgn seseorang yang suka cakap perkataan ‘gila’..

      Best gila…besar gila… semuanya gila. Apabila dia faham akan akhlak seorang muslim, cuba ditukar gila kepada sangat. Maka jadilah Best sangat…besar sangat…🙂

      Ada juga contoh seorang kawan yang mendenda diri dia. Dia menyediakan satu tabung. Setiap kali keluar perkataan kotor dia akan masukkan 10sen dalam tabung tu. Bila tengok jumlah yang banyak dalm tabung tu bermakna berapa banyak perkataan tidak soleh yang dituturkannya..membuatkan dia cuba untuk mengubah diri.

      Benda ini sama juga dalam keaiban-keaiban lain yang cuba kita perbaiki.. perlukan proses berperingkat-peringkat..InsyaAllah. Dengan kata lain, bila melaksanakan sesuatu keburukan, cepat-cepat bertaubat dan lakukan kebaikan.

      Sebagaimana sabda Nabi SAW:

      “Ikutilah keburukan dengan kebaikan nescaya kebaikan itu akan menghapuskan keburukan itu.”

      Wallahualam

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: