Sabar tanpa limit

22 Apr

Sabar ada ganjarannya-pic by islamic-testi.blogspot

“DIAM!”

“Aku kata diam! Tak faham ke ? ”

“Argghhh!!!”

   Dia memegang kepalanya. Sakit. Sakit yang tidak tampak di luar. Dia menggepal tangannya, hatinya terasa sakit. Kata-kata tadi tidak diluahkan kepada sesiapa. Hanya batinnya sahaja menjerit sendiri. Kini jiwanya seakan-akan ingin meletup, meluahkan isi rasanya sekarang. Cuba ditahan-tahan dan ini menyebabkan jiwanya menjerit-jerit memarahi dirinya sendiri.

 “Astaghfirullah… ”

  Akhirnya kalimah azimat itu terluncur keluar juga daripada kedua bibirnya. Disertai dengan linangan air mata. Menundukkan kepala, menyesal tindakannya sebentar tadi.

“Kamu ini menjerit macamlah kamu tidak ada Tuhan untuk mengadu.”

  Mungkin itu kata-kata si batin kepada hati yang menjerit tadi.

   Pernah suatu ketika dahulu diri menghadapi situasi diatas. Situasi di mana kesabaran berperang dengan bisikan-bisikan kecil daripada syaitan yang cuba bermain-main di hati untuk menghilangkan rasa sabar ketika diuji dengan manusia sekeliling. Sudahnya diri cuba memarahi bisikan-bisikan tadi. Sehingga lupa kita ada Allah untuk mengadu! Astaghfirullah!

Sabar tanpa limit

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga ( di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.” Ali-Imran : 200

  Dahulu saya sering mendengar orang berkata,

“Aku dah habis sabar dah dengan dia tu! ”

“Sabar pun ada batasnya!”

Kini, apabila meniliti ayat ini saya dapat satu pelajaran baru bahawa sabar itu…..

Tiada limit…

Tiada batas…!

  Kalau dalam ayat diatas itu Allah menyuruh untuk kita bersabar. Jadi apa nak buat kalau dah bersabar dan hampir hilang sabar? Allah kata kuatkan kesabaranmu…masyaALLAH..dan tidak lupa Allah ingatkan bahawa bersabar itu perlulah dengan bertakwa agar kita ini menjadi orang yang beruntung di akhirat kelak.

  Lainlah kalau kita diuji dengan orang yang mempermain-mainkan agama kita atau maruah kita. Itu tidak termasuk dalam limit kesabaran.

  Secara ringkasnya sabar boleh dikategorikan seperti berikut :

1) Sabar dengan ujian dan musibah daripada Allah

2) Sabar dalam beribadah

3) Sabar dalam melawan hawa nafsu.

  Mungkin ramai yang boleh bersabar dalam menghadapi musibah. Tetapi tidak ramai yang mampu bersabar dalam beribadah kepada Allah. Kadang-kadang ada yang merasa jemu dan penat dalam beribadah. Lagi sedikit orang yang mampu bersabar dalam melawan hawa nafsu.

Kenapa perlu sabar?

” Wahai orang-orang beriman! Mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar.” Al-Baqarah : 153

   Kerana dengan sabarlah salah satunya jalan untuk kita dapatkan pertolongan Allah. Disertai dengan munajat kita kepada Allah dalam solat.

 Seorang ulama pernah berkata,

Kejayaan dan kekalahan itu hanya dipisahkan oleh sabar sesaat.

 Jadi tiada kunci lain untuk kita menggapai redha Allah melainkan dengan terus sabar.

  Kesabaran ini Allah uji ketika saat kita nak marah, ketika saat kita rasa malas nak beribadah dan jemu, ketika kita rasa penat bekerja atau secara umumnya ketika  saat kita betul-betul tak boleh nak sabar.

    Kadang-kadang mungkin kita terdetik kenapa ujian kesabaran tidak datang ketika saat kita tenang, saat iman meningkat, saat kita lapang kan? Tetapi selalu pula datang waktu masa kita rasa nak jatuh, ketika rasa lemah dan ketika kita lelah.Kerana itulah dia sunnahnya.Saat itu sahaja kita diberi peluang untuk bersabar.

  Sebaik sahaja kita hilang sabar, maka hilanglah peluang untuk kita sabar lagi. Bukanlah dikata sabar apabila ditimpa sesuatu musibah kita mengeluh dan merungut tak sudah-sudah kemudian barulah kita mengatakan ‘aku bersabar’. Kerana hakikatnya kesabaran itu adalah pada permulaan.

Penutup

   Saya akui sabar ini tidak mudah. Ia selalu menuntut kita mengorbankan pelbagai perkara. Apabila nak bersabar dengan musibah dan ujian, kita perlu berkorban dengan rasa nak mengeluh dan merungut. Apabila nak bersabar dengan beribadah, kita kena berkorban dengan jemu dan malas. Dan begitu juga apabila nak bersabar dengan melawan hawa nafsu, kita perlu berkorban dengan rasa suka berhibur, suka berehat-rehat dan membuang masa.

  Tetapi orang mukmin ini apabila mengenangkan bahawa ada ganjaran ‘best’ daripada Allah untuk orang-orang yang bersabar ini dan dengan sabar inilah salah satu jalan yang mampu membawa kita ke syurga, adakah alasan lagi untuk kita tidak bersabar?

    Sebagai penutupnya, saya ingin kongsikan lagi satu ayat yang cukup saya suka. Dan ayat inilah diantara pujukan dan motivasi daripada Allah kepada kita untuk terus bersabar menjadi hambaNya yang bertakwa.

  ” Apa yang ada disisimu akan lenyap dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal. Dan kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” An-Nahl : 96

Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sabar.

Wallahualam.

One Response to “Sabar tanpa limit”

  1. ara June 10, 2010 at 1:20 am #

    Amin..
    terima kasih atas artikel yang berilmu ini..
    ‘sabar tiada batas’..
    mudah2an sy menjadi salah seorang insan yang sabarnya tiada batas..
    amin..

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: