Luahan : Jangan terduduk sahaja

13 Apr

     Hari itu saya terasa sangat letih. Tidak tahu letih sebab apa. Nak kata banyak buat kerja, tak juga. Mungkin fikiran yang letih. Dalam kepala macam-macam benda personal difikirkan.Tetapi melihat kepada seorang kakak yang bersama saya sejak di siang hari, masih ligat bekerja membuka hati untuk saya bertanya. Saya lihat dia yang banyak bergerak berbanding saya.

” Akak, kalau saya tanya akak satu soalan boleh tak? ”

“Apa dia? ”

” Saya nampak akak macam letih aje, tapi macam mana akak boleh sentiasa tersenyum aje? ” Ketika itu kakak tersebut sedang ligat mengemas barang-barangnya.

  Wanita itu tersenyum lagi. Seperti biasa. Lalu dia memandang saya dengan berkata,

  “Kalau dengan kerja inilah yang mampu melayakkan akak untuk masuk syurga Allah, akak kena bersabar dengan kerja yang akak buat ni. Memanglah penat, tapi tak boleh la kita nak merungut-rungut. Sebab apabila kita merungut sahaja, nilainya sudah tidak sama disisi Allah berbanding kalau kita tidak merungut. Kita sedaya upaya cuba untuk menjaga keikhlasan kita. Ini sahajalah motivasi akak. Tak ada motivasi lain dah.”

   Saya terdiam. Hati saya sebak sebenarnya mendengar kata-kata daripada wanita itu. Katanya dia bukanlah diantara yang ke depan dalam kerja-kerja Islam ini, hanya membantu kerja-kerja belakang tabir. Tetapi bagi saya peranannya amat besar. Manfaatnya pada orang lain amat besar walau mungkin dia tidak menyedarinya selama ini. Tugasnya menyediakan makanan bagi kami, lazat-lazat lagi. Moga Allah rahmati diri kalian.

  “Betullah kak. Motivasi apa lagi yang terbaik buat kita untuk terus bekerja melainkan motivasi ini kan? ” Saya tidak menafikan.

  ” Setiap dari kita ada peranannya masing-masing. Ada yang boleh ke depan,kita kedepankan. Yang di belakang, kita membantu dengan peranan masing-masing. Setiap orang punyai kelebihan tersendiri. Yang penting kita berperanan pada posisi masing-masing. ” Kakak itu meneruskan bicara.

   Saya angguk tanda setuju.

 Ahh… terasa diri ini dikelilingi oleh jiwa-jiwa yang ikhlas dan bersungguh-sungguh menuju redha Allah. Daripada teman serumah, adik-adik junior, teman-teman di alam maya bahkan sehingga teman-teman yang sama-sama berjuang di medan belajar dan amal ini. Jiwa dah perasan, tetapi kenapa lambat sangat nak terjemahkannya ke medan amali? Tak boleh jadi ini.

  ” Apa yang ada disisimu akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. ” An-Nahl :96

  InsyaAllah selepas ini kita cuba beriman dengan janji Allah diatas. Beriman sungguh-sungguh supaya apabila terasa lemah, rasa nak jatuh, rasa tidak sabar dengan kehidupan ini, kita cepat-cepat bangun.

 Teringat kata-kata seorang teman,

 ” Orang lain dah sampai Ireland, jangan tertinggal sorang-sorang pulak kat London.” Hmm… ada maksud tersirat ni.

Aduh…ayuh bangkit! Jangan jadi yang tertinggal atau yang tertapis!

Ya Allah yang membolak-balikkan hati kami. Tetapkanlah hati kami di jalan deen Mu..Ameen.

Wallahualam.

p/s Maaf kepada semua yang hak-haknya tidak dapat ditunaikan dengan baik. Mohon halal boleh ke? ^^

4 Responses to “Luahan : Jangan terduduk sahaja”

  1. hoodsunny April 13, 2010 at 6:44 pm #

    Salam,
    wah layout baru~

    semoga dikurniakan semangat baru..
    gambatte ne~

    • mukminahmujahidah April 22, 2010 at 10:04 pm #

      Wasalam…
      Ameen… ^^
      Mudah-mudahan..
      Jazakillah khairan atas ziarahnya

  2. nazz April 16, 2010 at 7:38 am #

    ohh..alhmadulillah…tersentuh. orang perempuan mmg kuat sangat merungut. bukan senang dan sabar n tabah menempuh sesuatu yang tak disukai….!!

    jzklhkhrn for da sharing. lain kali share lagi..

    • mukminahmujahidah April 22, 2010 at 10:05 pm #

      Erm sabar… benar-benar tidak mudah untuk sabar. Tetapi ada ganjarannya bagi orang yang bersabar ini.

      ~ Bila nak dengar sharing daripada nazz pulak?~

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: