Awas… “silent killer”!

7 Apr

Jangan biarkan berkecai.Hati inilah yang kita nak bawa berjumpa Allah.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Jiwa mukmin mana yang tidak tersentuh dengan wasiat terakhir Rasulullah SAW ketika khutbah wida’ terakhir baginda. Salah satu wasiat Rasulullah SAW adalah berhati-hati dengan tipu daya syaitan dalam perkara-perkara kecil.

Pesanan ini seharusnya perlu diambil berat oleh orang beriman. Ya, syaitan mungkin gagal dalam mempengaruhi kita dalam berbuat zina, meninggalkan solat, melakukan kezaliman, mencuri dan sebagainya. Dia akan menyibukkan kita dengan melaksanakan perkara-perkara makruf, mempergiatkan amal-amal soleh dan kerja-kerja Islam sehingga selalunya akan membuatkan kita terjerumus kepada kesesatan-kesesatan kecil.

Daie terlalu disibukkan dengan kerja-kerja yang pada firasatnya mampu menyampaikan dia kepada Allah.Tetapi hampir dia lupa ada hak-hak orang sekeliling yang terabai. Mungkin juga hak-hak keluarganya, hak-hak teman serumahnya serta hak-hak jiran.

Ada juga perkara-perkara kecil yang akan cuba dimasukkan oleh syaitan ke dalam hati daie.Itulah penyakit hati seperti riak,ujub,takbur dan sebagainya. Inilah perkara-perkara yang dianggap kecil oleh sebahagian kita tetapi sebenarnya ia mampu merosakkan amal secara keseluruhannya.

Sebagai orang beriman kita harus cepat-cepat sedar, jangan sampai kita terlalu ghairah bekerja sehingga kita lupa akan kedua hal ini. Sebab itu pentingnya untuk seorang daie sentiasa bermuhasabah sebelum dia menamatkan hari dan memulakan hari.

Juga  pentingnya untuk seorang daie sentiasa menjaga hubungan hatinya dengan Allah SWT supaya dia sentiasa sensitif terhadap perkara-perkara yang dipandang kecil yang berlaku disekitarnya. Kita sangat khuatir susah payah kita di dunia ini tiada nilai disisi Allah nanti. Kita juga sangat risau jika apabila kita balik bertemu Allah nanti, kita tak bawa apa-apa bekal kerana semuanya telah dirosakkan oleh perasaan-perasaan yang dipandang kecil ini.Nauzubillah.

Sedarlah wahai diri.Jangan sampai kita tertipu dengan ‘silent killer’ ini.

Wallahualam.

~masih banyak hak-hak orang sekeliling yang tidak ditunaikan~

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: