Puisi : Angin rindu

26 Mar

Muqarrabin : Gambar 2 tahun lepas...~rindu~

   Cuti musim bunga hampir tiba.Menandakan peperiksaan akhir tahun juga bakal menjengah.Cepat benar terasa masa berlalu.Hati makin rindu pada keluarga.Semakin tidak sabar menjejak kaki di tanah air.

 Puisi ini tercipta ketika di atas bas no 91,dalam perjalanan ke kelas.Ketika itu sekumpulan budak-budak kecil turut bersama ditingkat dua bas.Melihat gelagat mereka mengingatkan diri kepada adik-adik di Malaysia.Puisi ini,kudedikasikan buat adik bongsuku.. Muqarrabin.

Mereka tersenyum bertepuk tampar.

Itulah fitrah mereka.

Senyum riang tanpa rasa lara.

Kerana fitrahnya suci tanpa noda

 

Diri teringat pada adinda

Jauh duduk di tanah air

Sihatkah?Selamatkah?Tidak ku tahu.

Hanya padaMu Tuhan aku berserah.

 

Adinda yang kuharap menjadi bakal pejuang,

Menjadi mata rantai,daripada rantaian Islam.

Mungkin jauh usia perjalanan,

Tetapi azam harus tetap disemat

 

Oh Tuhan,

Kau tahu betapa aku rindu

Betapa aku sayang

Jagalah dia untukku

Agar aku tidak gundah gulana

 

Wahai adinda,

Nantikan kepulanganku,

Jika tidak diizin bertemu didunia,

Moga diizin Tuhan bersama di syurga.

 

~kingspreacher~

24 mac 2010

9.54 a.m

mode: masa-masa kecemasan + rindu semua orang

4 Responses to “Puisi : Angin rindu”

  1. sinar March 26, 2010 at 5:37 pm #

    salam ukhtie…
    dilanda rindu ye…
    balik tak tahun ni…

    ps: cantik warna blog ni..biru mendamaikan

    • mukminahmujahidah March 28, 2010 at 9:50 pm #

      Wasalam ukhti :)…
      Aah sesekali disapa angin rindu…rindu yg InsyaAllah diharapkan mudah2an mendapat pahala disisiNya.
      Kalau rindu seseorang bukan keranaNya..sia2 sahaja kan rindu itu?
      Sedang men survey2 juga tiket pulang ke tanah air..cek2 mana yg murah…:D
      Anti?Pulang?Mudah2an dpt jumpa nnti😀

      p/s biru memang damai…😀 alhamdulillah…

  2. Ummu 'Ammar March 28, 2010 at 5:42 pm #

    Salam Husna,

    Oh ya rindu ke, nampak macam biasa saja…

    Jazakillah atas usaha dan penat lelah yg telah melayan ummi ke sana kemari, rasa rindu pula dengan telatah antum semua.

    Semoga Allah saja yg dapt membalas usaha, wang ringgit dan penat lelah yang telah dikeluarkan.

    • mukminahmujahidah March 28, 2010 at 9:54 pm #

      Wasalam ummi..

      Jazakillah khairan sudi singgah ke teratak yg x seberapa ni🙂
      Rindu..mesti rindu…mungkin tak nampak pada muka kot…😀
      InsyaAllah jazakillah khairan kembali kepada ummi atas banyak perkongsian2 yg bermakna🙂
      Moga ALLAH izinkan untuk bertemu lagi nanti..InsyaAllah…

      Moga dipermudahkan perjalanan pulang ke tanah air..

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: