Coret-coret:Kuasa Magis?

8 Mar

   

Kita nak jadi manusia luar biasa,tanpa kuasa luar biasa.

   Hari ini hari isnin.Hari yang pada saya memerlukan mujahadah yang tinggi untuk memulakan hari.Kerana setelah berada dirumah selama dua hari semasa hari minggu,hari ini hati perlu memaksa diri untuk keluar rumah menuntut ilmu.Lebih-lebih lagi hari ini hanya ada satu jam kelas sahaja.Perjalanan ke universiti yang mengambil masa kira-kira 45 minit memang cukup mencabar.Cuba untuk melawan perasaan malas.

   Alhamdulillah,mujahadah melawan nafsu tidak ada ruginya.InsyaAllah banyak ganjaran yang Allah akan beri.Ketika di kelas Spacetime and General Relativity tadi,saya sempat mengikuti pelajaran selama setengah jam.Kemudian tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi.Menandakan latihan kebakaran sedang dilaksanakan di kawasan kampus.Maka kami pun diarah oleh pensyarah untuk mengosongkan bangunan.

   Dipendekkan cerita,apabila selesai urusan latihan kebakaran,kami pun kembali ke kelas masing-masing.Tinggal kira-kira 10 minit sebelum waktu pelajaran Spacetime berakhir.Tetapi sesampainya ke kelas,pensyarah tidak berhajat untuk meneruskan pelajaran pada hari itu memandangkan masa yang tinggal (ketika saya sampai) hanya 5 minit.Jadi kelas ditangguhkan. (Tak tahu nak rasa seronok ke nak rasa sedih)

   “I can’t imagine I only came for 1/2 and hour lecture today!”

Teman sekuliah saya merungut.Saya senyum sahaja.Sangat faham dengan keadaan dirinya.Mujahadahnya lagi tinggi.Perjalanan dari rumahnya ke kampus universiti mencecah tempoh perjalanan satu jam.

  Ada beberapa perkara yang saya perlu selesaikan hari ini dirumah.Jadi memang perlu segera pulang.Entah macam mana tiba-tiba perasaan malas hendak pulang itu datang.Sebab…penat.Perjalanan sahaja sudah ambil masa 45 minit.Entah macam mana ketika itu terdetik dihati saya…

“Kalau ada pintu suka hati macam doraemon kan senang…buka je pintu sampai terus rumah.”

  Lantas terus tersedar.Istighfar.Detikan hati itu sangat silap.Silap sangat.

Ini pengaruh cerita. (Walau pun tengok masa kanak-kanak).

  Bagaimana pengaruh media sangat terkesan dihati manusia.Dan ia mampu juga mengugat akidah seseorang.(Nauzubillah).

  Tetapi beginilah situasi kita sekarang.Cerita-cerita banyak yang fantasi.

Daripada cerita unsur-unsur magisnya,yang ada kuasa luar biasa…cerita seram..disogok dengan pelbagai jenis hantu..

Cerita ini…apa faedahnya pada ummah kita?Pada iman kita?Tertingkatkah iman kita dengan melihat cerita-cerita merepek ini?

Apa yang dirisaukan adalah cerita ini mampu mengugat akidah umat Islam.

Ye la….bercita-cita nak ada kuasa magis…sedangkan tiada Yang Berkuasa selain daripada ALLAH SWT.

Yang tengok cerita seramnya….sampai terbawa-bawa ke dunia realiti…membuat kita cenderung takut kepada selainNya…Sedangkan hanya Allah sahaja yang layak untuk di takuti.

Moga-moga kita semua terpelihara daripada melakukan perkara-perkara yang Allaj tidak redha.

p/s…coret-coret tatkala hati rasa ingin berkongsi..Ambil yang bermanfaat..tinggalkan yang memudaratkan..

Wallahualam.

2 Responses to “Coret-coret:Kuasa Magis?”

  1. nazz March 12, 2010 at 3:05 am #

    terubat rindu ku…

    • mukminahmujahidah March 15, 2010 at 12:26 pm #

      🙂

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: