Apa yang kau mahu sebenarnya?

27 Feb

    

Kamu nak capai apa?

   Soalan diatas sering kali saya lontarkan pada diri sendiri tatkala terasa diri hilang arah tuju.Apabila terasa kabur matlamat yang hendak dicapai.Apabila terasa dunia begitu sempit dan seakan sendiri-sendiri di dunia ini.Apabila terasa diri melangkah tidak tentu arah.

Apa?

Beritahu aku..apa yang engkau mahu sebenarnya?

Apa yang engkau mahukan sebenarnya dalam hidup ini?

Sanjungan manusia?

     ” Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khaliq”

   Kita ini..jika berbuat sesuatu..jika beramal dengan amal soleh..jika buat baik…semata-mata nak dapat sanjungan manusia,nak dapat penghargaan daripada manusia,nak dipandang dan dikenal oleh manusia…sebenarnya kita sudah meletakkan niat yang silap!Sangat silap..

   Sebab apa…

  Kita sendiri tahu bahawa manusia ini akan cepat bosan…cepat jemu dengan sesuatu…cepat tidak puas hati..cepat letih..Jadi bila manusia yang kita harapkan sanjungannya ini jemu..letih..atau mereka berjumpa seseorang yang lebih baik dari kita untuk diikut…untuk disanjung…maka tiada lagilah sanjungan daripada mereka untuk kita..

  Jadi kita ini?Jatuh terjunam ke bumi…Sebab niat asal kita dah salah…

Ye la…apabila hajat kita beramal itu sudah tidak tercapai…untuk apa lagi kita nak beramal kan?

Harta benda?

  Belajar kita..bekerjanya kita…siang dan malam tanpa kenal penat lelah.Semata-mata nak mengumpul harta..nak hidup senang di hari kemudian.Salah ke?Tak salah…tapi adakah semata-mata itu?Semata-mata ingin ‘enjoy’ didunia ini…ada kerja tetap..ada pangkat…ada pendapatan stabil…cukupkah sekadar itu..cukupkah?

Orang tersayang?

   Kita nak ada orang yang sayang kita.Ada orang yang ambil berat tentang kita.Ada orang yang sentiasa prihatin dengan kita.Ada orang yang memujuk apabila merajuk.Ada orang yang sedia dicurahkan segala permasalahan..ada orang tempat bermanja…tempat dibelai..dan pelbagai..

Tetapi hanya itu sahajakah?Cukupkah?

Adakah ini sahaja yang kita mahukan dalam hidup kita ini?Kita betul-betul mahukan ini sahaja?

“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan,berupa perempuan-perempuan,anak-anak,harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan,haiwan ternak dan sawah ladang.Itulah kesenangan hidup di dunia,dan disisi Allahlah tempat kembali yang baik” Ali-Imran :14

Hiburan?

  Main game…tengok video…chatting…bergurau senda…. berehat-rehat…bersantai-santai menghirup udara segar di pantai-pantai…’shopping’ disana sini…melancong ke pelbagai negara…

Siapa yang tidak mahu kan?

Perkara ini diakui sangat disenangi oleh Sang Nafsu…

Adakah ini sahaja yang kita mahukan sebenarnya didalam hidup kita..?

Persoalan untuk diri

    Persoalan-persoalan ini dilontarkan tiadalah sebab lain melainkan untuk kita sama-sama TANYA diri kita sendiri…untuk kita sama-sama MUHASABAH diri kita sendiri…

APA SEBENARNYA YANG KITA MAHU DI DUNIA INI?

 Persoalan ini telah dijawap oleh Allah didalam Al-Quran,terkait 3 soalan utama :

1) Dari mana kita datang?

    “Allahlah yang mencipta sesuatu itu dengan sebaik-baik kejadian dan memulakan kejadian manusia itu dengan tanah dan selepas itu dengan air yang hina,kemudian Dia menyempurnakannya dan meniup kedalamnya roh (ciptaan)Nya dan Dia menjadikan kamu pendengaran,penglihatan dan hati,hanya sedikit yang bersyukur kepada Allah (As-Sajadah :7-9) “

 2) Untuk apa kita didatangkan?

“Tidaklah Aku ciptakan  jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada kami” (Ad-Dzariat :56)

3)Dan ke mana kita akan pergi?

 ” Allah menciptakan (manusia) dari permulaan,kemudian mengembalikan (menghidupkan)Nya,kemudian kepadaNya lah dikembalikan.” (Ar-Rum :11)

   TETAPI…untuk setiap daripada kita sendiri…nak kena ada satu jawapan yang lahir daripada hati kita…kita belek hati-hati kita..tanya-tanyakan…apakah jawapan kita pada soalan-soalan  ini…

Wallahualam…

~Mencoret tatkala soalan-soalan ini timbul dalam jiwa~

4 Responses to “Apa yang kau mahu sebenarnya?”

  1. atie July 17, 2010 at 10:50 am #

    salam..
    saya senang baca entri dari saudari..terima kasih sangat-sangat..kalu boleh saya nak jadikan awak ‘motivator’ saya. entahlah,saya rasa kosong..Ya Allah..terasa jauh sangat dariNya..yang mampu saya ungkapkan di bibir..”susahnya nak jadi baik”..
    tolong saya..tolong saya keluar dari segala kegelisahan jiwa ini..

    • mukminahmujahidah July 19, 2010 at 10:59 am #

      Wasalam saudari atie.
      Doa saya moga Allah beri ketenangan pada hati saudari.
      Sangat bersyukur jika ada manfaat yg saudari dpt dari blog ini dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan.

      Iman itu bersifat naik dan turun.Alhamdulillah Allah bgi satu perasaan pda saudari atas ketidakselesaan berada di tahap iman yg menurun.

      Jika jalan kebaikan ini mudah dan senang,sudah tentu org berlumba2 mahu melakukan kebaikan.Kerana sukarlah ia menjadi satu yg sgt berharga.Hanya org2 yg sabar dan terus2 mujahadah sahaja akan bertahan berada didalam kebaikan.

      InshaAllah saya yakin saudari boleh,Teruskan berdoa padaNya.Allah tidak akan mensia-siakan usaha saudari dan akan Dia bantu pda hamba2Nya yg berhajat pdaNya.

      IAllah klu nk hubungi sy boleh email najmul_deen[at]yahoo[dot]co[dot]uk

  2. farie March 5, 2011 at 5:41 pm #

    sangat2 terkesan dengan post ni… boleh tak nak pinjam aka copy?
    ke right reserve?

    sy sangat tak tahu ape yang sy nak dalam hidup ni….😦

    • mukminahmujahidah March 6, 2011 at 9:06 pm #

      InshaAllah.. boleh copy dan disebarkan🙂
      Moga ada manfaatnya.

      Berhajat kepada kebaikan itu adalah fitrah setiap manusia, walaupun siapa dirinya.
      Mungkin kita nak kena sama-sama muhasabah diri akan 3 persoalan yang diutarakan dalam post ini.
      1) Dari mana kita datang?
      2) Untuk apa kita didatangkan?
      3) Dan ke mana kita akan pergi?

      Persoalan ini sebenarnya mengajar kita supaya kita jelas apa matlamat dan apa sebenarnya yang kita nak capai dalam hidup ini ?🙂

      Moga Allah mudahkan saudari dan saya juga🙂

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: