Refleksi diri…

14 Jan

      Ufuk senja semakin kelihatan.Kelihatan beberapa anak-anak kecil masih berkejar-kejaran disekitar gigi air.Bunyi ombak buatkan aku leka.Kira-kira satu jam sebelum waktu maghrib tiba.Sengaja kuluangkan masa sebentar bersama temanku yang enak berbaring disebelahku.Kepalanya cukup beralaskan tungkul kayu yang sedang menjadi tempat sandaranku.

   Sekali-sekala terdengar kicauan burung yang berterbangan sekitar pantai itu.Angin laut yang bertiup petang itu juga mendamaikan.Aku melepaskan pandangan jauh-jauh ke arah laut.Asyik sekali.Ku lihat temanku begitu juga.Termenung sendirian.Mungkin juga berfikir akan alam ini.

  “Kawan…” Dia bersuara.

  “Ya? ” Jawapku tanpa menoleh.

   Dia kemudian menukar posisinya daripada baring kepada duduk.Disapu sisa-sisa pasir yang melekat pada belakang bajunya.

 ”Aku teringat sesuatu..”Katanya diteruskan.

“Apa dia?” Kali ini aku menoleh padanya,minta jawapan.

  Tangan kanannya  dilekapkan ke pasir.Terus dia mengenggam pasir-pasir itu dan diangkat genggamannya.

“Bayangkan setiap butir daripada pasir ini adalah amal-amal soleh kita.” Masih merenung tangannya.

“Infaq kita,dakwah kita,solat kita,puasa kita,ukhwah kita dan pelbagai lagi.”

“Banyak kan?” Kali ini dia menoleh kearahku.Minta jawapan.

“Banyak kot.”Ringkas ku membalas.

“Tetapi jika kita tidak mempunyai satu senjata,maka…” Dia melepaskan genggamannya perlahan-lahan.Sebahagian daripada pasir-pasir itu jatuh melalui celah-celah jarinya dan sebahagian ditiup angin.Tinggal sedikit ditangannya.Dia kemudian meniup habis pasir-pasir itu sehingga tiada satu butir pun berbaki ditapak telangannya.

”Amal-amal ini hilang dan terbang begitu sahaja…ibarat debu-debu yang berterbangan.”

“Ketahuilah kawanku…bahawa senjata itu adalah ikhlas..” Dia senyum melihatku.

Dan aku?

Sebak.

One Response to “Refleksi diri…”

Trackbacks/Pingbacks

  1. KOMIK : I.K.H.L.A.S « ::Mukminah Mujahidah Menongkah Arus:: - January 27, 2011

    […] Karya asal diambil dari sini -> Refleksi diri […]

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: