Dedikasi buatmu teman

11 Jan

Dedikasi buatmu sahabat…moga engkau terus cekal..dan tabah.

 

 

 

Pernah ku dengar kisah junjungan mulia

Rasulullah SAW tercinta berkorban

dibaling batu,menitis darah

Dipulau,dikeji dan dihina

Kerana dakwah ini

 

Pernah ku dengar kisah para sahabat,

Mus’ab yang meninggalkan hartanya demi Islam,

Syahidnya dikafan kain singkat

Amr B Al-Jamuh seorang yang pincang dan tua,

Rindunya pada syurga membawanya kepada syahid.

 

Pernah ku dengar kisah ulama,

Sayid Qutb saat menuju hukuman gantung,

Masih mampu melemparkan senyuman.

Syeikh Ahmad Yasin yang lumpuh,

Dibunuh kerana teguh mempertahankan deen ini.

 

Masih adakah lagi figur-figur seperti ini?

Masih adakah pemuda dan pemudi,

Yang berjuang mengharap semata-mata redhaNya?

Yang sangat-sangat rindu bertemu denganNya.

 

Sahabat…

Aku temui mereka dalam dirimu..

Bukan tidak banyak masalah dunia menghimpitmu..

Bukan tiada pangkat dan harta yang boleh kau kejar,

Tetapi nikmatnya janji Allah,

Telah mengkaburi matamu daripada pandangan dunia.

 

Engkau terus bekerja dan bekerja,

Merealisasikan janjimu,

Bahawa solatmu,

Ibadahmu,

Hidupmu,

Dan matimu,

Hanya untukNya,

Tuhan seluruh alam

 

Sahabat,

Jika aku mampu,

Aku ingin juga mengikut jejak langkahmu,

Sebagaimana jejak langkah Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda,

Ingin aku bersama-sama menghirup udara segar dakwah,

Sama-sama berjuang.

 

Sahabat,

Janganlah bersedih,gembiralah engkau.

Tidaklah Tuhan itu mensia-siakan hambaNya,

Yakinlah Allah bersama kita,

Tunggu sahaja antara dua,

Syahid atau menang.

 

Ya Allah,

Kasihanilah sahabatku ini.

Ameen.

 

seorang sahabat

11/01/10

2322

 

3 Responses to “Dedikasi buatmu teman”

  1. nazz January 14, 2010 at 9:04 am #

    jalan juang tak pernah senang dan santai…ada saja aral melintang. ada saja uzur dan undur. Biarkan mereka yang mahu berundur..asal kaki kita tak pernah ikut kabur.

    Semoga Allah pelihara anti n member2 lain di sana…dalm jalan dan redhaNya

    • mukminahmujahidah January 14, 2010 at 2:55 pm #

      Masalahnya kadang-kadang kita ikut terundur…mungkinkah kerana kurang faham hakikat jalan ini?
      Bahawa..benarlah jalan ini pasti menuntut segalanya dari kita…harta..masa..keluarga..pemikiran dan insyaAllah satu masa nanti nyawa kita sendiri…
      Jazakillah khairan atas doa ^^

  2. hoodsunny February 28, 2010 at 1:32 pm #

    Ah~ perjalanan ini terasa sangat panjang bila teringatkan banyaknya tanggungjawab dan tugasan, tp kadang-kadang terasa sangat singkat pula.

    Semoga nt sentiasa thabat atas jalan ini, walaupun sesekali terseliuh dan terjatuh.
    Tak salah utk menoleh ke belakang, ttp perlu kekuatan utk terus maju ke hadapan.

    Pintalah serendah hati drp pemilik kekuatan dan pemilik hati itu sendiri-
    doakan ana juga ^__^

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: