Sekali ‘blackout’ la pulak…

19 Nov

Terpadam?Nyalakanlah balik..

 Pernahkah anda terperangkap dalam bangunan yang tiba-tiba terputus bekalan elektriknya di waktu malam?

  Atau pernahkah anda melalui satu tempat yang amat gelap?

  Apakah perasaan anda?

  Cemas?Takut?Risau?

   Atau bengang?

“Aiseh..apsal pula blackout ni…”

“Ni mesti kes tak bayar bil elektrik ini..”

Dan macam-macam lagi kata-kata yang didengari ketika pengalaman menghadapi suasana ‘blackout’ satu ketika dahulu.

   Teman-teman,apabila kita berhadapan dengan suasana ‘blackout’ atau tempat yang gelap dimana tiada satu sinar cahaya yang menyirna pun..apakah tindakan kita?

Adakah kita akan mengutuk kegelapan itu?

“Wei gelap..!!Apsal la kau ni gelap?”

“Siapa pula tutup lampu ni?Benci betul aku dengan gelap ni.Dah la gelap..tak nampak pula…hitam…nak buat kerja pun susah.”

Adakah begitu?Kita akan terus menerus mengutuk kegelapan itu?

Pasti tidak.

Akan ada sahaja yang menggunakan kekreatifan masing-masing untuk mengatasi suasana gelap itu.

Pasang lilin…lampu suluh..sinar berkuasa rendah daripada telefon bimbit…dan pelbagai

Asalkan dapat melihat keadaan sekeliling.

   Jadi misalnya,jika ada diantara kawan-kawan kita…atau keluarga kita yang terlanjur..tersilap tindak tanduknya atau bicaranya pada pandangan syarak..adakah kita ini terus menerus menyalahinya…mengutuknya..?Tanpa kita ini berusaha untuk memberi sedikit cahaya padanya daripada terus berada didalam kegelapan dan kesilapan?

Pasti tidak bukan.Kita ini bukannya penghukum.

Allah SWT ada menyebut di dalan Al-Quran:

  Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain,(kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok),dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain,(kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok).Janganlah kami saling mencela satu sama lain,dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk.Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat,maka mereka itulah orang yang zalim. (Al-Hujurat : 11)

Lilin..kalau terpadam..nyalakanlah balik…

Wallahualam.

3 Responses to “Sekali ‘blackout’ la pulak…”

  1. sinar November 24, 2009 at 3:45 am #

    kreatif pendekatnnya..
    yeap kita bukn penghukum tapi kita penolong di jalan ALLAH..

    • mukminahmujahidah December 23, 2009 at 9:24 pm #

      InsyaAllah ^^

  2. irhafiz December 3, 2009 at 12:05 am #

    Kreativiti penting untuk ‘menolong’. Jika sukar pada kita mendekati rakan-rakan sebaya dengan kita, dekatilah adik-adik yang ada minatnya dengan Deen ini.

    Agar ia lebih merasakan dirinya dihargai dan berada pada jalan yang lurus.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: