Apabila diberi peluang untuk membalikkan masa..

25 Oct

   

Masa...jangan terleka olehnya

Masa...jangan terleka olehnya

Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi.Keadaan sangat gelap ketika itu.Masa hanya diketahui berpandukan lampu berkuasa rendah daripada skrin telefon bimbit.Orang lain masih disebalik gebar masing-masing.

 Subuh masuk 45 minit sebelum itu.Tinggal kira-kira 1 jam 15 minit sebelum matahari memunculkan dirinya.

Bingkas bangun dan mensucikan diri.Selesai.Bersedia untuk menunaikan solat subuh.

“Wah! Baru pukul 6.00 pagi.” Kelihatan temanku yang baru muncul daripada dapur,kini berada dihadapan laptopnya.

Saya terdiam.Jadi pelik seketika.

“Aah lupa pula! Day Light Saving Time hari ni!”

 Hari ini..seluruh bumi UK mendapat ‘percuma’ satu jam.Tepat jam 2.00 pagi 25 oktober,masa akan dianjakkan satu jam ke belakang.Kini jarak masa antara bumi UK dan Malaysia adalah 8 jam!

 25 jam untuk hari ini.Saya berfikir.Benarkah?

   Diikutkan,pagi tadi kami perlu bersedia seawal pukul 8.00 pagi untuk ke bandar Plymouth.Tetapi apabila menyedari diri terlewat bangun,bersiap-siap dalam jangka masa kurang 1 jam 30 minit bagi 4 orang..menggunakan satu bilik air adalah mustahil.Kerana selain menunaikan solat subuh dan membersihkan diri,perlu juga menyediakan sarapan dan bekal sepanjang perjalanan pulang ke London nanti.

  Apabila mendengar kawan saya memberitahu yang masa sudah dianjakkan satu jam ke belakang..terasa satu kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan.Dirasakan seperti dapat menyudahkan perkara yang tidak sempat,dapat bersiap tanpa terburu-buru..

  Dalam masa yang sama terfikir..adakah penangguhan masa sebenarnya?Masa itu kan terus sahaja berlalu..

Ia hanyalah di kiraan manusia.Disisi Allah,adakah peluang untuk kita menganjakkan masa atau mempercepatkannya?

Jangan kata 1 jam..sedetik pun tidak mugkin pantas untuk kita minta penangguhan…

Usia kita tetap meningkat..masa terus berjalan..

Jika sahaja masa boleh diterbalikkan…

~Kurang satu jam berbaki daripada 25 jam hari ini~

4 Responses to “Apabila diberi peluang untuk membalikkan masa..”

  1. Hanisah October 26, 2009 at 12:25 pm #

    hihihi.. mmg kenangan yg cumel…. dapat 1 jam x-tra.. thanks for putting it into words..
    smg sentiasa dalam redha allah..

  2. mukminahmujahidah October 26, 2009 at 8:36 pm #

    Alhamdulillah…moga Allah redha dengan dirimu jua ^_^

  3. nazz November 12, 2009 at 11:39 am #

    jeles..jeles…

  4. mukminahmujahidah November 12, 2009 at 11:25 pm #

    Hihi..nanti time cuti easter kena tambah satu jam balik…jadi sama la balik….
    fair and equal…

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: