Selingan : Kad Raya

15 Sep
Koleksi kad raya sejak zaman muda-muda

Koleksi kad raya sejak zaman muda-muda

 

  Rasanya tidak sepatutnya saya bercerita pasal raya pula saat ini.Kerana sepatutnya Ramadhan yang berbaki ini perlu terlebih dahulu dirai.

  Tetapi dalam perjalanan saya melihat-lihat folder gambar di dalam laptop saya terjumpa gambar diatas ini.Gambar diatas diambil tahun lepas ketika sedang bercuti di Malaysia.Ketika sedang sibuk mengemas laci yang telah ditingalkan selama setahun,terjumpa koleksi kad-kad raya yang kebanyakannya diberi oleh rakan-rakan sekolah dahulu.Sempat juga membaca kembali kata-kata didalam kad raya tersebut.Kelakar pun ada.(Biasalah budak-budak.)

  Dan pada hari ini ketika melihat gambar ini kenangan lalu terimbau kembali.

Dahulu dizaman sekolah kami suka memberi kad raya pada kawan-kawan sekelas dan kawan-kawan yang rapat terutamanya.Yang kelakarnya disetiap akhir kata pasti ada signature “Ikhlas daripada”.Tetapi dalam masa yang sama kami tidak lupa untuk tulis pantun terkenal melayu,

“Pecah kaca pecah gelas”

“Sudah baca harap balas”

Hahaha..

Subhanallah.. budak-budak…

Begitu cetek pengetahuan mengenai ikhlasnya…

Rindu rasanya pada teman-teman.Sekarang masing-masing sudah membawa haluan sendiri.

Maaf pada semua,kini tiada kesempatan lagi untuk kerap mengirim kad raya pada semua.Tetapi kalian tidak pernah luput dari ingatan dan doa.InsyaAllah

Oh…dalam banyak-banyak kad raya saya itu ada satu kad raya yang ada dalam simpanan saya yang bagi saya sangat istimewa :

Hand made ni..jangan main-main

Hand made ni..jangan main-main

Terharu membacanya...daripada adinda tersayang

Terharu membacanya...daripada adinda tersayang

  Kad ini daripada adik perempuan bongsu saya,Izzati Hana.Saya tidak pernah ingat akan kehadiran kad ini.Jadi saya agak dia meletakkan kad ini didalam laci saya ketika tahun pertama saya tidak beraya bersama keluarga.Kira-kira dua tahun yang lepas.
 
 Kad ini pastinya hanya ada satu didunia ini.Terima kasih adikku!! (Walaupun akak tahu izzati tak baca blog ni)
 Ahh rindunya pada adik-adik dan abang.Moga Allah izinkan untuk kita bertemu tahun hadapan.
p/s tahun ni nampak gayanya puasa dan beraya disini lagilah….
Sekadar perkongsian.
~takut ramadhan makin dipenghujungnya,sedang diri  masih terkapai-kapai mencari bekalan~

One Response to “Selingan : Kad Raya”

  1. atiqah humaira September 17, 2009 at 5:32 pm #

    salam aidilfitri
    maaf zahir batin dr new zealand

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: