Ia memang dekat

15 Sep
Berubah : Jangan tunggu hilang peluangnya

Berubah : Jangan tunggu hilang peluangnya

   Inilah entri pertama saya untuk Ramadhan kali ini.Digagahkan juga untuk mencoret sesuatu disini untuk berkongsi.Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya.Pecutan terakhir bagi kita untuk merebut ganjaran-ganjaran didalamnya.

  Bagi diri sendiri pula,cuti musim panas juga hampir melabuhkan tirai.Cuti kira-kira 3 bulan setengah kini hanya tinggal kurang 3 minggu.Ahh betapa pantas masa berlalu…

  Di masa ini wajiblah bagi diri untuk memuhasabah diri betapa masa lapang yang ada selama ini sudah digunakan sebaiknya atau tidak.Sia-sialah jika cuti ini + ramadhan terbiar begitu sahaja.

  Semalam,adik-adik junior yang akan ke universiti saya selamat sampai.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Bagi adik-adik ini yang baru sampai pengalaman pertama menjejakkan kaki ke negara orang semestinya membuat diri mereka teruja.

  Tetapi ada satu perkara yang ingin saya ceritakan mengenai pengalaman mereka sepanjang perjalanan ke bumi UK ini.Dan itulah yang membawa saya untuk menulis entri kali ini.

  Ketika dalam pesawat,ada seorang lelaki berkulit putih duduk di bahagian penumpang bersebelahan mereka.Keadaannya ceria,bermain dengan anaknya.Ketika itu mereka semua sedang menjamu hidangan yang disediakan pihak penerbangan.

  Tidak lama kemudian terdengar jeritan daripada isteri lelaki tersebut.Lelaki itu seperti tercekik.Pramugari datang,cuba untuk membantu lelaki tersebut yang disangka tercekik.Tetapi masih tidak pulih.Tidak lama kemudian barulah pihak penerbangan membuat pengumuman memanggil doktor-doktor yang mungkin ada di dalam pesawat tersebut.

  Dan apabila diperiksa oleh pakar-pakar ini,lelaki tersebut disahkan meninggal dunia.

MasyaAllah…

Betapa sebenarnya kematian itu sangat dekat sahaja dengan kita.Ia boleh datang menjemput kita ketika kita sedang bersuka ria.

Atau berduka.

Ia boleh berlaku di khalayak ramai.

Atau sendirian.

Sama ada bersedia atau tidak.

Tanpa ada alarm penggera yang mengingatkan.

Melainkan peringatan-peringatan Allah dalam Al-Quran yang meminta kita bersedia.

Dan pesan-pesan kekasihNya Rasulullah SAW dalam hadis-hadisnya.

Bahawa mati itu pasti.

Dan kita pasti akan bertemu Si Pencipta.

    “Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Kemudian hanya pada Kami kamu dikembalikan.” Al-Ankabut : 57

 

~yang pasti mati~

One Response to “Ia memang dekat”

  1. hoodsunny September 15, 2009 at 9:34 pm #

    salam, lama x menjengah teratak nt..
    benar, cepat sungguh masa berlalu..
    ramadhan pun melabuhkan tirainya..

    erm, sungguh, kematian adalah sebaik2 peringatan…

    tp nk wat cemana kalo hati ini seakan dah lali dgn kematian? bolehkah begitu?

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: