Mengira ke belakang

11 Aug
Ayuh menjadi hamba Ramadhan!

Ayuh menjadi hamba Ramadhan!

 

10..

9..

8..

7..

6..

5..

4..

3..

2..

1..

 Its time!

Apa dia?

  Ya itulah dia kedatangan Ramadhan.Bulan yang mulia.Sedar tidak sedar hanya tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi.Sungguh cepat masa berlalu.

  Dengan sedikit masa yang saya ada ini ingin saya kongsikan seikit persediaan menghadapi bulan Ramadhan.Mudah-mudahan kita sama-sama dapat mempraktikkannya dan memberi kebaikan kepada kita.InsyaAllah.

  Rugilah kita jika Ramadhan kali ini tidak dapat meningkatkan diri kita.Bulatkan tekad  dan berdoa sungguh-sungguh supaya kemasukan ke madrasah Ramadhan kali ini benar-benar meningkatkan hubungan kita dengan Allah dan juga manusia.InsyaALLAH.

Allahumma balighna Ramadhan!

PERSEDIAAN RAMADHAN

 

Persediaan

Cara

Iman

1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).

2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.

3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).

4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).

5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).

6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).

 

Ilmu

1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.

2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.

3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.

4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.

 

Dakwah

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.

2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.

3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.

4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.

5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.

 

Keluarga

 

1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.

2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.

 

Keazaman

 

1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.

2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.

3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.

4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.

5. Sentiasa berlapang dada.

6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

 

Jihad

 

1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.

2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).

3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.

4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.

5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas

 

Diambil daripada pewaris.net

Wallahualam.

One Response to “Mengira ke belakang”

  1. Anonymous August 23, 2009 at 7:55 pm #

    Salam Husna…

    Terima kasih diatas perkongsian ini…Sama-sama kita terus bermuhasabah…Selamat menjalani ibadah puasa buat Husna

    Salam Ukhuwwah serta Taaruf

    Salam Maju Jaya dr Preston,Lancashire UK:
    -Kak Faiza-

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: