Ia urusan kita

15 Jun

 

Umurmu masih muda..jangan biarkan hati senja

Umurmu masih muda..jangan biarkan hati senja

 

   Saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT diatas kekuatan dan kemampuan yang diberikanNya keatas jari-jemari dan hati ini untuk mencoretkan sesuatu dan berkongsi sesuatu di blog ini setelah sekian lama tidak dikemaskini.

   Baru-baru ini banyak perkara yang berlaku didalam hidup saya yang memerlukan diri membuat keputusan dengan cepat.Daripada memilih 8 subjek  baru bagi tahun pengajian akan datang hinggalah keputusan untuk memilih tempat tinggal baru yang terbaik.Baik dan buruknya harus dipertimbangkan dengan teliti.

  Sebagai seorang manusia yang lemah dan kerdil didunia ini,kita memang tidak akan dapat lari daripada membuat pilihan dan keputusan.Kita sentiasa diberi pilihan daripada sekecil-kecil memilih barangan di pasar raya hinggalah sebesar-besar pemilihan jodoh.Dan tidak harus kita lupa,ada yang lebih besar daripada itu iaitu pemilihan penyudahan kita di kampung akhirat nanti,syurga atau neraka.

  Beginilah sahabat-sahabat sekalian,dimanakah pengakhiran kita bermulanya dengan keadaan hati kita saat kita pulang bertemu Allah nanti.Jika hati yang beriman lagi bertaqwa yang dibawa sebagai bekal melalui amal-amal yang soleh dan sohih,maka berbahagialah kita dan jika tidak sebaliknya pula berlaku.

   Sahabat,urusan iman ini merupakan urusan kita.Ia bukan urusan sahabat-sahabat kita.Bukan juga urusan naqib atau naqibah kita.Bukan urusan ibu bapa kita.Malah bukan juga urusan bakal pasangan kita nanti.Iman atau urusan hati ini merupakan urusan kita yang perlu kita perhatikan secara teliti.Yang perlu kita gilap sentiasa dengan zikrullah dan amal soleh supaya ia sentiasa bersinar-sinar.

  Sahabat,sebagaimana kalian begitu teliti memerhatikan masa kalian,membahagikan masa di antara urusan kerja dan pelajaran kalian,berjimat cermat dalam pengurusan harta dan perbelanjaan harian kalian,telitilah dan rancanglah juga dengan baik urusan hati kalian.Urusan iman kita ini.Dimana kita sendirilah yang akan dipertanggungjawabkan keatasnya.Yang akan dibawa berjumpa dengan Allah SWT.

Wallahulam.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: