CERPEN – Jalan-jalan

31 Mar

  Perjalanan pada petang itu dimudahkan.Kami tiba kira-kira pukul 6.40 petang di Victoria Coach Station.Masih ada 10 minit sebelum menaiki bas untuk ke Birmingham.Segalanya berjalan lancar.Tempat duduk kami tidak terpisah,memandangkan jumlah kami genap,seramai 8 orang.

  Tepat jam 7.00 petang,bas mula bergerak.Aku mengingatkan kepada adik-adik juniorku supaya membaca doa menaiki kenderaan.Kemudian ditambah oleh Kak Sarah supaya memperbanyakkan doa ketika bermusafir kerana doa seorang musafir lebih mudah dimakbulkan oleh Allah.Aku hanya mengiyakan.

  Perjalanan berjalan dengan lancar.Diawal perjalanan aku asyik melihat kearah tingkap bas,bersebelahan dengan Kak Sarah yang duduk disebelah ku.Tiba-tiba hati menjadi sayu.Pemandangan diluar seolah-olah pemandangan berada di lebuh raya di Malaysia.Imbauan perjalanan pulang dari Kangar ke Ipoh ketika di Kolej Matrikulasi dahulu muncul di minda.Satu-satu kenangan lalu terbayang kembali.Aduh…betapa ku rindu Kolej itu.Tempat aku mula mengenal diri.Betapa aku rindu sahabat-sahabat ketika itu.Yang banyak membantu meningkatkan diriku.

   Aku juga teringat pada kampung halaman dan ahli keluarga.Hampir setahun tidak ketemu.Entah bagaimana keadaan mereka ketika itu.Hatiku sebak.Cuba ku tahan supaya tiada mutiara yang jatuh daripada kelopak mataku.Aku memandang kepada Kak Sarah.Dia sedang tidur.Ku lihat juga pada junior-juniorku,mereka juga sedang tidur kecuali dua daripada mereka.

 Aku cuba juga untuk melelapkan mata,tetapi tidak terdaya.Otakku ligat memuhasabah diri.Benarlah firman Allah didalam surah Al-Hajj ayat 46,

Maka tidak pernahkah mereka berjalan dibumi,sehingga hati (akal) mereka dapat memahami ,telinga mereka dapat mendengar ?Sebenarnya bukan mata itu yang buta ,tetapi yang buta adalah hati didalam dada.

  Ya,mungkin hatiku buta saat itu.Hatiku terasa gersang.Allah suruh berjalan maka aku berjalan melihat alamNya.Memuhasabah diri sendiri betapa kerdilnya aku disisi Allah.Melarikan diri sebentar daripada kesibukan kota London yang penuh sesak.

  Tetapi kenapa Birmingham?Ada apa?TIADA APA.Tiada tinggalan sejarah Islam disitu melainkan ada kilang coklat CADBURY terbesar di Bournville,BULL RING salah satu Shopping Complex yang terbesar di England dan apa lagi ya?Hmm..tiada apa.Cuma ia masih ada alam yang hijau.Suasana yang mendamaikan.Ada sahabat-sahabat untuk diziarahi dan ada teman-teman yang bersama untuk saling kenal-mengenal dan mempererat ukhwah.Walaupun pada mulanya aku hanya merancang untuk pergi sendiri bersama Kak Sarah dan rakannya tetapi susunan Allah itu cantik.

Berjalan..melihat..dan mentafsir..

Berjalan..melihat..dan mentafsir..

  Kupanjatkan doa banyak-banyak padaNya,moga perjalanan ini bukannya sia-sia.Moga ada kebaikan disebaliknya.Lama ku memuhasabah diri,kelopak mata terasa berat.Ingin sahaja melelapkan mata sebelum dikejutkan dengan bunyi lagu Tamil daripada penumpang dihadapanku.Bising.Lama mereka begitu.Sekali sekala aku dengar ada juga penumpang yang cuba memberi isyarat bunyi supaya dua penumpang itu memberhentikan lagu tersebut tetapi masih tidak berkesan.Bukanlah aku bersifat perkauman tetapi perbuatan penumpang itu benar-benar sudah melanggar hak-hak penumpang lain.Bukannya tidak boleh mereka menggunakan ‘earphone’,tetapi memandangkan mereka lelaki,aku tidak berani menegur.Takut-takut juga jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.Mungkn mendiamkan diri lebih baik.

  Kak Sarah disebelahku terjaga.Mungkin juga kerana gangguan muzik itu.Ku lihat junior-juniorku yang tidur tadi juga terjaga.Hatiku berkira-kira,nampak gayanya perjalanan kami kali ini akan ditemani muzik Tamil sehingga tiba di destinasi agaknya.

  Tiba-tiba terdengar pula muzik kuat daripada penumpang disebelah kananku.Tanda protes agaknya.Aku hanya menggelengkan kepala.Keburukan dibalas dengan keburukan pula.Diikutkan hati tadi mahu sahaja aku juga memasang lagu-lagu yang lebih sedap didengar seperti alunan Al-Quran atau nasyid untuk membalas bunyi bising daripada dua penumpang dihadapanku.Tetapi memandangkan teringat akan pesanan Rasulullah SAW supaya menjadi seperti pohon buah,apabila dilemparkan batu,kita memberi buah,langsung aku membuang jauh-jauh niat itu.Lagipun jika diturutkan itu bermakna aku mengikut rasa nafsu amarahku bukannya kerana tolakan iman.

   Agaknya setelah menyedari penumpang dikananku memprotes,dua orang penumpang dihadapanku memberhentikan muzik mereka.Tetapi malangnya penumpang disebelahku masih juga membiarkan muzik dari telefonnya berkemundang.Tidak sunyi kami malam ini.Hatiku berbisik.

  Akhlak?Mulia?Mungkin itu yang dapat ku katakan apabila melihat penumpang dibelakangku tiba-tiba menegur penumpang dikananku tentang muziknya.Tegurannya yang berhikmah yang benar-benar membuka hatiku.

“Excuse me sir,is that music come from your mobile?”Pemuda mat saleh dibelakangku mula menegur.Aku hanya menjeling melihat mereka.Sambil didalam hati terasa lega.Ada juga orang yang berani menegur.

“What?Do you want me to cut off the music?”Lelaki berkulit hitam disebelahku pula bersuara.Gaya suaranya seperti mahu melenting.Aku sudah risau.Tetapi cepat-cepat dibalas oleh lelaki mat saleh itu.

“No but do you mind using the earphone?If you don’t have any,I could lend mine to you.”

“Yeah.Can you give it to me?”

 Subhanallah.Keadaan senyap akhirnya.Aku bersyukur kepada Allah kerana memilih aku untuk melihat kejadian ini.Akhlak mulia?Betapa ia telah hilang dikalangan hamba-hamba yang mengaku sebagai orang yang beriman.Aku teringat anak-anak muda dikalangan bangsaku sendiri.Jangan dikatakan akhlak-akhlak Islam,adab-adab Melayu sendiri sudah tercemar dan tidak diamalkan lagi.

   Aku teringat juga pada kelemahan diriku sendiri.Berlemah lembut,baik budi bicara,tidak menyakiti orang lain bukankah akhlak yang amat disukai oleh Allah dan Rasulullah?Ia sekarang semakin pudar dikalangan masyarakat Islam dan tidak lupa juga pada para duat.Para duat yang seharusnya menjadi contoh pada masyarakat kadang-kadang terlepas pandang akan hal ini.

Berakhlak mulia dan berbuat baik kerana apa?

Tolakan iman atau fitrah?

Kerana fitrah manusia itu memang sukakan kebaikan.Tetapi adakah sekadar itu sahaja?

Mungkin aku perlu lebih banyak memikirkan persoalan ini.

 Birmingham..

 Bukanlah perjalanan yang sia-sia.

Malah berjalanlah kemana pun..ia tidak akan sia-sia

Jika kita meletakkan Allah sebagai tujuan utama..

Alhamdulillah..

Advertisements

One Response to “CERPEN – Jalan-jalan”

  1. sinar March 31, 2009 at 10:50 am #

    lihat dan tadabbur…
    hikmh antara brg yg tercicir dari mukmin..
    maka kita kena mendapatkn balik..
    islam tu selama2 indah tapi ahlinya kurg mempraktikn..
    nice post n nice touch… syukrn ukhti..memperingtkn..
    lagi2 duk mesir ni thp kesabarn tu menduga sungguh..

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: