Rinduku padamu..Ya Rasulullah

8 Mar

 

Rasulullah dalam mengenangmu

Kami susuri lembaran sirahmu

Pahit getir perjuanganmu

Membawa cahaya kebenaran

 

Menebal rindu di dada andai lirik nasyid ini dihayati dengan sedalam-dalamnya. Bahkan kerinduan dan kecintaan yang sebenarnya tidak mampu diungkapkan hatta dengan kata-kata sekalipun. Justeru kita sebagai umat baginda seharusnya tidak memandang enteng akan sirah baginda bahkan inilah yang kita harus titik beratkan berbanding isu-isu semasa lain. Jika diimbaskan kembali, kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sebenarnya amat luar biasa, malah kehadiran baginda mengubah dunia yang fana ini dari gelap pekatnya jahiliyah kepada cahaya keimanan.

 

Dikatakan tak kenal maka tak cinta. Justeru teramatlah rugi seandainya kita tidak mengetahui rentetan perjalanan hidup baginda serta sunnahnya. Namun kita sebagai umat Islam mesti menjauhi sikap golongan kuffar yang  mana mereka mengenali Nabi Muhammad s.a.w namun perkhabaran itu bukan menambahkan keimanan mereka terhadap Allah bahkan sebaliknya berlaku iaitu dengan menyemarakkan lagi api dendam mereka yang tidak berasas. Moga hidayah milik mereka serta moga Allah pelihara iman kita juga..

Marilah kita merenungi dan persoal diri. Apa erti kasih apabila kita hanya mengenal budi pekerti baginda tetapi tidak membenihkan rasa taat ? Apa maksud sayang apabila hanya memahami  erti pengorbanan dan jasa baginda tetapi tidak mahu ikuti jejak langkahnya? Apa makna cinta apabila kita hanya mengetahui peribadi dan langkah perjuangannya tetapi tidak mahu menuruti sunnahnya? Tidak bersalahkah kita apabila hanya berbangga menyebut tentang kehebatan Rasulullah tetapi tidak berusaha untuk mencontohinya. Firman Allah

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”

(Al-Ahzab:21)

Maka sudah tiada lagi istilah ragu-ragu buat diri setiap Muslim. Malah lebih memalangkan lagi apabila kita hilang sensitiviti apabila ada golongan manusia yang memperlekehkan sunnah dan keperibadian baginda. Jelas seperti yang telah dilakukan oleh sebilangan kecil warganegara Denmark tentang karikatur yang menghina Junjungan Besar kita Muhammad s.aw. Justeru konsep cintakan sunnah dan cintakan Junjungan Besar haruslah diperjelaskan dan dipergilapkan lagi.Namun cinta pada Rasulullah tidak akan bererti tanpa mengotakan apa yang dikatakan tentang baginda

“Tidak patut bagi seorang mukmin dan mukminat apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan suatu perkara untuk mereka, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya sungguh dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. (QS. Al Ahzab: 36)

 

Tuntasnya menghidupkan sunnah Rasulullah baik dalam ibadah, akhlak, dan dalam semua sendi kehidupan kita adalah sangat-sangat digalakkan, sehigga kita menjadi orang asing di tengah jutaan agama dan   bangsa lain masa kini. Sesungguhnya hanya Islam deen yang diredhai Allah. Rasulullah pernah bersabda:

 

“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula daam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)

 

 

Teringat pula..Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,”kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.

 

Kitalah ikhwan itu….

~::Ayuh hidupkan sunnah, mantapkan ibadah & lazimilah selawat::~

 

Hasil nukilan ,

Ukhti Syarifah Nurul Hidayah

2 Responses to “Rinduku padamu..Ya Rasulullah”

  1. sinar March 9, 2009 at 4:48 am #

    sedikit dikongsi terasa besar nikmatnya dirasai
    ayuh gandakan selawat
    syukran ukhti..may Allah bless u

  2. irhafiz March 13, 2009 at 12:29 am #

    “Ummati, ummati” masih diingati walau hampir ajal nabi.
    Tapi aku? Tahap manakah ingatan ku pada mu wahai Rasulullah…
    Aku malu…

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: