Ada apa dengan MABIT?

3 Mar

  Rasulullah SAW bersabda,

Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat,

iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padannya selain naungan Allah;diantaranya ialah,

Pemerintah yang adil,

Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya,

Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,

Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah,dimana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah,

Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata,

“Aku takut kepada Allah”,

Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya,

Dan seorang yang berzikir kepada Allah secara sendirian,kemudian menitis airmatanya

(HR Bukhari Muslim)

     Perkara : Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT )

Tempat : Rumah Cik Ina (Arnos Grove)

Tarikh : 27-28 Februari 2009

Peserta : London sister’s (From KCL,Imperial College,LSE,Queenmary etc)

 

  Kami mula berkumpul di rumah Cik Ina sejak pukul 7.00 petang lagi.Dimulakan dengan solat isyak berjemaah kemudian makan malam secara berjemaah.Selepas itu sesi taaruf ringkas bermula diikuti dengan tazkirah ringkas daripada Kak Laili berkenaan keutamaan Qiyamullail.Sekitar pukul 10 malam,kami semua bersiap-siap untuk tidur memandangkan perlu berjaga pada pukul 3.30 pagi.

   Pagi yang hening.Terasa indah bila melakukan qiyamullail secara berjemaah.Selesai qiyam,kami solat subuh secara berjemaah diikuti bacaan mathurat dan kuliah subuh diberikan oleh Kak Nik Aminah secara online memandangkan Kak Nik tidak dapat menghadirkan diri pada pagi itu.Walaupun hanya dapat mendengar suara Kak Nik,pengisian yang diberikan mengenai ‘Biah Soleh’ benar-benar membuka hati.

Kek air tangan Kak Chem

Kek air tangan Kak Chem

 

  Selesai kuliah,kami mengalas perut dengan sarapan yang ringan diikuti oleh aktiviti riadah.Saya di antara peserta yang sedikit teruja memandangkan agak lama tidak beriadah.(Jika ada pun hanyalah berlari kerana mengejar bas untuk ke universiti.)

   Aktiviti riadah yang dikendalikan oleh Kak Sarah dimulakan dengan permainan ala-ala bola jaring.Kami dibahagikan kepada dua kumpulan,setiap kumpulan mempunyai sekitar 9-10 orang peserta.

 Permainan kedua adalah ‘tuju selipar’.Saya pasti pembaca yang lahir pada tahun 80 an masih ingat akan permainan ini.Kali terakhir saya bermain  tuju selipar adalah kira-kira pada umur 9 tahun.

 Tuju selipar,seperti namanya,tujuannya adalah untuk meruntuhkan binaan selipar.Lazimnya ada 3 selipar akan disusun membentuk satu tugu.Ahli-ahli dalam satu kumpulan akan cuba untuk meruntuhkan tugu itu.Apabila tugu itu telah runtuh,kumpulan satu lagi yang berjaga akan mengambil selipar yang dijadikan sebagai alat pembaling tadi untuk membaling kepada pihak lawan dengan tujuan mematikan pihak lawan(Dengar macam ganas kan?Teringat waktu kecil-kecil kena baling dengan selipar jepun..sakit!).Sementara itu kumpulan yang membaling hendaklah cuba untuk membina semula tugu tersebut sebelum semua ahlinya dimatikan.(Di dalam kes kami,kami hanya menggunakan bola kecil untuk dijadikan alat pembaling)

   Ada satu benda menarik yang saya pelajari daripada permainan ini yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca.Ketika permainan ini ,kumpulan saya menjadi kumpulan penjaga,manakala kumpulan yang diketuai oleh housemate saya,Ezzah menjadi pembaling ketika itu.Ketika tugu dijatuhkan,peperangan pun bermula.Di suatu ketika,Ezzah dan beberapa ahlinya sedang berada di tempat tugu dibina untuk membina kembali tugu selipar manakala bola disambut oleh Kimah,salah seorang ahli kumpulan saya.Dia terus membalingnya ke arah Ezzah dan kawan-kawannya.Dengan izin Allah,bola itu betul-betul terkena di kepala Ezzah.Ketika itu semua orang tergamam dan mengerumuni Ezzah bertanya khabarnya manakala Kimah tidak henti-henti meminta maaf daripada Ezzah.

  Setelah keadaan reda,saya lihat Ezzah dan Kimah berpelukan.

Ketika sesi penggulungan,Kak Laili bertanyakan kepada kami apa yang kami dapat daripada permainan ini.Saya amat tertarik dengan kata-kata Kimah,

“Kadang-kadang bila kita main ni,semangat kesukanan itu memang membara-bara.Kita main sungguh-sungguh dan kita memang anggap lawan kita tu macam musuh kita.Tetapi kita lupa yang lawan kita itu sebenarnya adalah saudara kita.Tidak sepatutnya kita mengasari dia.Patut ada dalam fikiran kita”Ehh dia saudara aku..tak boleh kasar sangat dengan dia,takut tercedera.””

Disambut pula oleh Anis,

“Aah betul…pastu kena cakap,dia saudara aku..kena bagi dia menang ni..”

Diikuti oleh gelak tawa kami semua.

  Kak Laili akhirnya menutup dengan menceritakan betapa pentingnya dalam satu kumpulan itu mempunyai seorang ketua dan mendengar kata-kata ketua supaya tidak berlaku seperti Perang Uhud ketika para sahabat pemanah ingkar kata-kata Rasulullah supaya terus bertahan di atas bukit.Akibat keingkaran itu tentera Islam mengalami  kekalahan.

  Ketahuilah segala insiden-insiden yang berlaku dalam hidup kita memang sengaja Allah beri untuk memberi pelajaran baru kepada kita mengenai kehidupan,tiadalah satu pun yang kebetulan.

“Sesungguhnya Kami ciptakan sesuatu itu dengan ukuran yang rapi”

(Al-Furqan :2)

mabit2

p/s Jazakillah khairan Kimah dan Ezzah..I learn something from both of you.

Wallahualam

3 Responses to “Ada apa dengan MABIT?”

  1. sinar March 6, 2009 at 8:04 pm #

    Moga Allah berkati amalan kalian
    terus menerus mengingatiNya

  2. al-kandahlawi March 8, 2009 at 6:25 pm #

    eh..qiyamullail di sana pun d panggil mabit juga?

  3. halawatuliman March 28, 2009 at 10:53 am #

    salam ziarah…penguat ukhuwah…

Leave a reply to al-kandahlawi Cancel reply