Heavy snow in London

2 Feb

“Tgh buat snowman..”

“Heavy snow in london”

“wah cantiknya..all turn white..”

“kcl ttup..nak pi main snow!”

“snowman is everywhere today..”

  Membaca status-status YM teman-teman hari ini membuatkan saya tersenyum.Walaupun saya  tidak nampak bagaimanakah reaksi wajah mereka,tetapi saya tahu hati mereka sedang berbunga melihat keindahan alam pada hari ini.

2 Februari 2009

   Hari ini mencatat sejarah apabila hampir seluruh UK dilanda salji.Dan bagi diri saya sendiri,saya berasa sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk merasa nikmatNya yang satu ini.

  Bukan tidak pernah merasai kedinginan salju sebelum ini cuma kali ini salji turun amat lebat dan menghasilkan kedalaman ke paras betis.

Subhanallah!

  Tidak sudah-sudah lidah memuji Allah.Sehingga ke saat ini,pukul 4.29 petang waktu UK,salji masih turun mencurah-curah,membawa rahmat ke seluruh alam.

  Tadi,saya berpeluang untuk ke Hyde Park,taman terbesar di London.Memang sesuatu yang menakjubkan,seluruh taman diliputi salji yang tebal.

Pelbagai ragam

Pelbagai ragam

   Universiti tempat kami belajar juga terpaksa ditutup memandangkan banyak pengangkutan awam yang tergendala operasinya.Untuk pengetahuan semua,majoriti penduduk di London bergantung kepada pengangkutan awam untuk ke tempat kerja mahupun ke universiti.Sekolah-sekolah juga ditutup pada hari ini.Kebanyakan kedai,pejabat pos,bank dan sebagainya juga menamatkan operasi mereka dengan lebih awal pada hari ini.

   Saya teringat pada tahun lepas ketika masih pertama kali merasai musim dingin disini.Ketika itu,London amat sukar untuk dihujani salji.Ada satu hari,beberapa tempat di UK seperti Manchester dan Birmingham mendapat salji yang amat lebat sedangkan ketika itu London masih belum lagi berpeluang.Saya cukup teruja melihat gambar-gambar yang ditayang oleh rakan-rakan.Setelah itu hampir setiap kali solat saya akan berdoa kepada Allah supaya diberi keizinan untuk merasai salji di bumi London ini.Sampaikan ada beberapa kali salji datang dalam mimpi saya.Apabila terjaga,cepat-cepat saya memandang ke luar tingkap dan nyata sememangnya ia hanyalah mimpi.

  Hari berganti hari,suatu hari keadaan sangat gelap.Saya terdengar bagai ada ketukan-ketukan kecil diluar tingkap bilik saya.Apabila melihat ke luar,kelihatan beberapa ketul ais kecil memukul-mukul tingkap.Ya hujan batu!Ketika itulah pertama kali saya memegang ais dari langit.

   Harapan saya untuk melihat salji masih tidak padam.Hari itu saya berdoa kepada Allah dengan lebih bersungguh-sungguh.Walaupun ramai juga kawan-kawan saya yang tidak yakin London akan dihujani salji.

“Ya Allah..sesungguhnya salji ini dari ciptaanMu..tiada kuasa untuk ia turun meliputi bumi melainkan dengan kehendakMu dengan izinMu..berilah aku peluang merasai salji..”

  Esok paginya saya dikejutkan dengan panggilan telefon oleh anak kepada kawan saya.Subhanallah memang cepat Allah memakbulkan doa.Pernah saya ceritakannya disini.

“Sekiranya hambaKu bertanya mengenaiKu kepada engkau (Muhammad),maka sesungguhnya AKU amat dekat..”

  Pengalaman merasai salji tadi memang tidak dapat dilupakan.Jika diteliti dengan betul,salji-salji yang turun itu mempunyai bentuk yang sangat unik,bagaikan berlian.Walau ia sangat halus tetapi struktur binaannya sangat cantik.Siapakah lagi yang mampu menciptakannya sebegitu sempurna melainkan Allah SWT.

  Pemandangan yang indah bagaikan berada di alam fantasi.Saya memang tidak dapat bayangkan bagaimana indahnya di syurga nanti.Luas mata memandang,seluruh kawasan putih bersih.

  Salji adalah rahmat dari Allah.Semua makhluk bergembira.Tidak kira yang beriman mahupun tidak.Melihat keadaan ini membuatkan hati terdetik,kuasa Allah mengatasi segala-galanya.Terasa kerdil berada dibumi ini.Betapa Allah berkuasa menundukkan salji bagi menggembirakan hati manusia.Subhanallah.

  Salji tadi bagai memberitahu nikmat syurgalah yang lebih patut didambai.Jika terasa indah dengan nikmat dunia,tunggulah saat kemenangan memperoleh nikmat syurga yang tiada tandingannya.Pertolongan Allah pasti tiba.Kemenangan ISLAM makin hampir.PASTI BERLAKU.Ayuh perbaiki diri dan ajak orang lain.

TAKBIR!!!!

ALLAHU AKBAR!!!

Adakah engkau menyangka dunia ini dijadikan sia-sia?

Adakah engkau menyangka dunia ini dijadikan sia-sia?

6 Responses to “Heavy snow in London”

  1. irhafiz February 4, 2009 at 12:39 am #

    Air Batu Campur… memang familiar dikalangan kami yang masih belum berkesempatan melihat salji. Agaknya macam tu lah rupanya salji yang turun.

    Saya mendengar berita sekarang London sedang dilanda salji yang teruk.

    Teringat saya terhadap kejadian gerhana 70 peratus pada bulan Jan 2009. Dan hari tersebut di sunnat kan untuk melakukan solat sunat gerhana dan khutbah denga 2 kali rukuk dan 2 kali i’tidal.

    Pernah saya dengar, kejadian gerhana juga membawa musibah terhadap keseimbangan alam sesuai sebagai petanda hampirnya berlaku kiamat. Sesetengah tempat telah dilanda dengan kepanasan yang ekstreem akibat fenomena ini.

    Namun berapa kerat sahaja yang mengambil iktibar dari kejadian gerhana ini…

    • mukminahmujahidah February 4, 2009 at 4:23 pm #

      Ada juga benarnya..
      Global warming….cuaca yang tidak menentu..tanda-tanda kecil kiamat itu pasti sudah ada…
      Hikmah setiap kejadian yang berlaku didunia ini berguna buat hamba-hambaNya yang mahu berfikir..

      Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi dan pertikaian malam dan siang menjadi tanda ( atas kekuasaan Allah ) bagi orang-orang yang berakal.
      ( Iaitu ) orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk, dan waktu baring; dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, ( sambil berkata ) : Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksaan neraka.
      ( Surah Ali-Imran Ayat 190-191 )

  2. hood February 5, 2009 at 10:44 pm #

    bestnye snow~

    ana baru balik dari tamrin syita’
    cairo x sesejuk dulu… da makin panas😀

    saja nk khabarkan berita org tanta😛

  3. nazz February 7, 2009 at 4:52 am #

    ana pulak…
    sekarang ni sangat panas dan kering…angin dah semakin kurang. tapi sangat panas. dah ramai kena diarrhea akibat cuaca kering. kafeteria disita 2 minggu ini.

    tapi kat sini ada orang-orang yang soleh. amal mereka tidak berubah apabila berubahnya cuaca. Jihad mereka sentiasa diteruskan….

  4. mukminahmujahidah February 7, 2009 at 8:21 am #

    [to hood]
    ketika snow aritu ada beberapa org cairo sempat merasa..diorang kebetulan bercuti disini..ana teringin ke tanah arab..terutamanya ke baitullah..moga Allah bri peluang 1 hr nnt..ameen

    [to nazz]
    cuaca di UK ni pd musim sejuk ada sesetengan tmpt yg mcecah – 9 degree celcius..manakala pd musim panas mgkin mencecah shingga 28 degree celcius..spt yg kita tau,msm panas bku apbila bhgn bumi yg terlibat condong sdikit ke arh mthari mnakala pd musim sejuk bumi condong sdikit menjauhi matahari..

    ada saintis buat kajian brapa drjah sbnrnya bumi condong dan hasil kajian hnya 0.005% shja.Betapa kita ini hnya sgt kerdil dan bersifat tidak kekal,Allah condong sikit je bumi mmpu beri kesan impak yg sgt byk..ana x dpt bygkan bgaimana keadaan akhir zaman nnt..

    moga amal ana juga x berubah dgn cuaca..musim sejuk x semestinya fikiran juga jadi beku..amalan juga beku…InsyaAllah akn terus membara..menghangatkan musim dingin ini..InsyaAllah doakan..

  5. sinar February 8, 2009 at 6:52 pm #

    salam..seronoknya jumpa snow
    ana bru pulang dari jordn dan syiria..
    tak de rezeki jumpa snow..merajuk gamaknya..akibat kerenah manusia ^-^
    supposely dh ada snow kat jordn..so smpt juga la hari tu solah minta hujan berjemaah di jordan bersebelahan gua ashabul kahfi di jordn
    mmm cuaca agak tak menentu skrg..
    so doa ya..nak g jenguk shbh2 uk pula la..he3
    Alhamdulillah smpt join tamrin syita walau separuh hari di jordn..Dia Maha Mngasihi

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: