Dari cangkerang penyu,aku belajar

22 Jan

  Pernah suatu ketika saya berpeluang ke salah satu taman tema yang cukup terkenal di dunia.Ketika disana saya berpeluang mencuba beberapa tarikan yang ada.Hanya satu tarikan yang amat gerun untuk saya mencubanya..apa-apa sahaja yang bernama “Coaster” dan yang melibatkan diri terpaksa terapung-apung di awangan.Tetapi pada hari itu saya kuatkan diri juga untuk mencuba..memandangkan dicabar oleh teman-teman..maka saya pun sama-samalah beratur untuk mencuba “Crush Coaster.”

  crush2Beratur punya beratur..tibalah giliran kami untuk menaiki “cangkerang penyu”.Mula-mula saya duduk,relax aje..dan perjalanan ke dalam “rumah penyu” pun bermula dengan agak slow..masuk aje..gelap..hanya kelihatan cahaya-cahaya malap seakan-akan bintang..

   “Cangkerang penyu” kami terus berjalan…dan…

   Terdengarlah jeritan orang-orang di “cangkerang penyu” dihadapan kami…kami dah mula suspen..

   dan…zupp…..!!!!!!!!!!!!

  Tiba-tiba “cangkerang penyu” kami meluncur laju ke bawah..saya ketika itu menghadap ke belakang…sekejap kemudian..mengiring pula ketepi…dan yang paling dahsyat ketika saya sendiri menghadap ke bawah..seakan betul-betul nak jatuh!Tanpa dapat melihat keadaan track!

   Tahu apa yang keluar daripada mulut saya?Apa kata-kata yang lebih pantas meluncur daripada mulut saya??

  “Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..”

 “Allah…Allah..Allah..Allah..”

Tidak menjerit..tetapi perkataan itulah yang keluar…

   Saya tidak tutup mata..kerana sama sahaja ertinya..buka atau tutup..GELAP!

   Didalam hati saya beristighfar..bertaubat…dan sewaktu dengannya…takut-takut la terlepas dari pegangan “cangkerang penyu” dan terjatuh ke dalam “track” yang gelap…

  Sampai ke penghujung “track”…saya kembali tenang…TETAPI

  Jantung saya berdegup amat pantas!!!

  Kaki dan lutut saya menggigil amat kuat!!

  Keluar daripada ‘track’..seorang teman bertanya…

“Are you ok?Akak dengar ada orang siap zikir tadi?”

Saya hanya tersengih…

“Huh..”

“Manusia mudah lupa.Hanya ingat Allah ketika ditimpa kesusahan.” Hati terdetik.

Istighfar…

Pergantungan pada Allah…

   Ya itu sahaja yang mampu saya lakukan saat itu.Kerana saya tahu,mustahil untuk memberhentikan ‘coaster’ itu di tengah-tengah luncuran.Nak tak nak,luncuran harus dihabiskan sehingga ke “track” terakhir.Walaupun dalam hati rasa menyesal,sedih dan takut tetapi di akhirnya ada satu pengajaran bermakna yang saya peroleh.

KEBERGANTUNGAN KEPADA ALLAH DALAM APA JUA ASPEK..

  Ketika luncuran,saya berfikiran sangat negatif.

“Bagaimana kalau penahan ini tercabut?Aku pasti terjatuh.Kalau dah jatuh belum tentu selamat.Ahh…tidak aku tidak mahu mati katak..Ya Allah ampunkan aku..ampunkan dosaku…Allah..Allah..”

   Seorang atheis..terperangkap dalam badai lautan yang sedang mengganas.Kapalnya hampir karam.Dia pula tidak tahu berenang.Apakah yang diharapkannya ketika itu?

  Pasti!Dia mengharapkan suatu kuasa yang mampu menyelamatkannya dari badai itu.Kuasa dari Yang Mencipta badai itu sendiri.Pasti adalah Tuhan Seluruh Alam,walau pun hakikatnya dia seorang atheis.

  Bagaimana kita?Seorang muslim yang beriman?Pastilah perlu lebih-lebih lagi meletakkan pergantungan kepada Allah.Kerana Allah jualah yang mengendalikan seluruh isi alam ini.

  “Katakanlah(Muhammad),”Siapakah Tuhan langit dan bumi?”Katakanlah “Allah”.Katakanlah,”Pantaskah kamu mengambil pelindung-pelindung selain Allah,padahal mereka tidak kuasa mendatangkan manfaat maupun menolak mudarat bagi dirinya sendiri?”Katakanlah “Samakah orang yang buta dengan yang dapat melihat?Atau samakah yang gelap dengan yang terang?Apakah mereka menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan seperti  ciptaanNya sehingga kedua ciptaan itu serupa menurut pandangan mereka?”Katakanlah “Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dia Tuhan Yang Maha Esa,Maha Perkasa.”

Ar-Ra’d : 16

  Begitu pantas juga kita mengingati Allah saat kita di landa kesempitan,kesusahan dan kecemasan.Kita lupa Allah saat kita senang.Tetapi Allah tidak pernah berkira.Dia lebih suka jika kita terus meminta padaNya.Merayu padaNya.Alangkah baiknya Allah.Hakikatnya Allah tidak rugi jika kita tidak meminta bantuan,tidak meminta keampunan tetapi kitalah yang rugi.

Alhamdulillah…Allah masih beri peluang untuk terus menumpang dibumi ini.

“Ya Allah..lindungilah aku daripada iman yang pura-pura..”

Wallahualam

3 Responses to “Dari cangkerang penyu,aku belajar”

  1. nazz January 22, 2009 at 6:34 am #

    masyaAllah ukhti….bestnya pengalaman tu. dan best juga apabila anti tak menjerit macam orang lain.

    ana nak ajak kita bayang suasana hari qiyamat, segalanya kucar-kacir, tidak pedulikan orang lain, bintang2 bertaburan, gunung ganang pecah bagai debu yang berterbangan. alangkah dahsyatnya! pintu taubat sudah tertutup…kita pun dibangkitkan dari kubur yang sedang menanti kita…hanya amal penyelamat kita. alangkah gentingnya suasana itu! kepada siapa kita akan berharap lagi ketika itu?

  2. mukminahmujahidah January 22, 2009 at 4:25 pm #

    Ukhti…
    Benarlah..gempa hari kiamat yang amat dahsyat..tiadalah daya upaya ketika itu melainkan dengan rahmat Allah sahaja..

    Ketika naik coaster seakan-akan berada di hujung nyawa..seakan bila-bila masa sahaja boleh jatuh.tidak yakin dgn keselamatan binaan manusia ketika itu..tak mampu rasanya nak menjerit melainkan mengingati Allah kerana tahu keselamatan di tanganNya.tetapi pelik..bukankah sepatutnya hati harus mengingat pada mati setiap detik?
    : (

  3. hood January 22, 2009 at 10:09 pm #

    Ana pernah jugak naik roller coaster. masyaallah, sangat dahsyat~ keluar air mata ana krn sgt takut.. bagaimanakah keadaan kita semasa kiamat nanti? persoalan yg takut dan teragak2 utk ana jawab krn kedhaifan diri ini…
    Rabbuna ustur 3uyubana~

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: