Gaza..Ini secebis daripada kemampuanku

15 Jan

boycott

    Sudah hampir tiga minggu tragedi berdarah di Gaza berlaku.Saya hanya tahu mengenai tragedi ini apabila pulang daripada rumah rakan di luar negeri dua tiga hari selepas itu.Saya mula membaca blog-blog rakan,akhbar-akhbar online dan laman web-laman web yang berkaitan untuk mengetahui perkembangan peperangan di Gaza.Terkesan juga apabila rakan-rakan mengajak untuk sama-sama berjihad melalui pena.Menyampaikan pada yang belum tahu.

    Saya pun mula menaip,tetapi ketukan jari terhenti.Tidak mampu rasanya berkongsi dengan para pembaca kerana hakikatnya hati saya ketika itu rapuh,kecewa dan kesal kerana kelemahan diri saya sendiri.Bagaimana untuk saya mengajak para pembaca mengambil pengajaran nasib Gaza…nasib umat Islam di Gaza,mengubah diri,membangun diri sedang saya sendiri sedang berada dalam keadaan terumbang ambing dan berperang dengan nafsu sendiri.Kalau tidak kerana hal ini,saya sendiri terlupa untuk memikirkan keadaan mereka disana.. (astaghfirullah..)

Wahai orang-orang yang beriman.Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

As-Saff : 2

   Benarlah kata seorang sahabat..tragedi ini sebenarnya adalah teguran daripada Allah,buat diri kita yang sering sangat lalai..sering sangat alpa dan leka.Allah ingin kita kembali padaNya..mengabdikan diri dan roh hanya padaNya.

  Kita juga harus nampak ini merupakan peluang buat kita untuk beramal soleh.Dengan infaq kita,dengan doa-doa kita,dengan peningkatan solat-solat sunat kita,semata-mata untuk merayu pada Allah memberi pertolongan pada umat Islam di Gaza. 

Saya sering mengingatkan diri saya dengan kata-kata seorang teman tatkala diri ditimpa musibah dan ujian.

  “Allah itu cemburu..Dia berikan dugaan,musibah dan cubaan supaya hambaNya balik padaNya.Supaya hambaNya kembali merayu,merintih padaNya.Dimana hambaNya selama ini memberi tumpuan pada selainNya..Dia ingin hambanya kembali memberi tumpuan padaNya”

       Saya juga ingin menyentuh isu boikot.Salah satu cara paling efektif dalam kita membantu umat Islam di Gaza.Selama ini mungkin kita tidak serius dan tidak konsisten dalam memboikot barang-barang keluaran Israel dan sekutunya tetapi kali ini kita wajib untuk memboikot!Itu saya tetapkan pada diri saya sendiri dan saya seru pada semua pembaca untuk sama-sama mewajibkan diri untuk memboikot.Kenapa saya katakan begitu..kerana sekarang ini sebenar-benarnya kita semua tahu bahawa Israel dan sekutunya telah berlaku kezaliman ke atas umat-umat Islam di Gaza.Sedangkan Allah SWT sendiri telah berfirman

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka,sedangkan kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah,sehingga kamu tidak akan diberi pertolongan.” Hud :113

   Walau sedikit pun..janganlah sesekali kita membantu Israel dalam apa jua bentuk bantuan terutamanya dari segi kewangan.Menurut kajian yang dilakukan oleh inminds,salah satu agensi yang menyiasat mengenai produk-produk yang membantu Israel,wang-wang yang mereka peroleh akan ditukar kepada peluru-peluru yang menembus dada-dada anak-anak palestin.Janganlah kerana hal ini membuatkan kita terjermus ke dalam api neraka.Boikotlah…semampu yang kita mampu berdasarkan keimanan kepada Allah.Bukanlah boikot berdasarkan keperluan nafsu semata.

  Kadang-kadang kebiasaan itulah yang perlu kita tinggalkan jika ia mampu meraih pandangan Allah.Meninggalkan kebiasaan bukannya mudah kerana ia menuntut pengorbanan dan keimanan yang utuh tetapi ganjarannya pasti lebih daripada berbaloi.Saya sendiri berpengalaman menggunakan produk-produk mereka sebelum ini..juga mencuba untuk memboikot.

  Kerahan memboikot bukanlah sekadar arahan atau saranan yang hanya berlandaskan nafsu semata,balas dendam dan sebagainya.Malah ia turut diakui kebersanannya oleh Imam Yusuf Qardawi,seorang ulama yang muktabar.Ikuti komennya mengenai isu boikot ini.

Wallahualam

2 Responses to “Gaza..Ini secebis daripada kemampuanku”

  1. mohdaladib January 16, 2009 at 3:24 pm #

    Salam.
    Saya ada mengulas isu ini di blog saya;

    http://www.al-adib.net/2009/01/12/boikotlah-hedonisme-it’s-truly-america/

    Tajuk artikel:
    BOIKOTLAH HEDONISME: IT’S TRULY AMERICA
    Silalah bertandang… Terima kasih

  2. nazz January 20, 2009 at 4:41 am #

    alhamdulillah..kita kena teruskan kerja kita, membentuk ukhuwwah, menyebar kefahaman, menguasai ilmu dll

    teruskan jihad…!

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: