Back to the basic

3 Jan

 img_18451

  “Apa yang penting kena tahu asas dia..formula dia macam mana..fahamkan..InsyaAllah bila dah tau semua tu soalan-soalan yang lain…berbelit macam mana pun akan jadi lebih mudah.”

Itulah antara kata-kata saya apabila adik-adik menanyakan tentang soalan addmaths kepada saya.Jawapan yang sama,bagai mengulang cetak daripada templat yang tersedia.Memang amat mudah menceritakan tentang pentingnya basas pada orang..ia tidak sesusah kita menhayati makna kepentingan kukuhnya asas.

Tanpa tapak yang kukuh,runtuhlah bangunan.

Tanpa asas yang kukuh goyahlah pegangan.

   Teringat ketika di alam persekolahan menengah dahulu,saya berpeluang menghadiri sebuah Kem Pembangunan Diri.Didalam salah satu LDK,kami diberi penyepit baju yang banyak.Setiap kumpulan diminta membina rangkaian penyepit yang paling tinggi dalam masa yang paling pantas.Kami pun mulalah menggunakan kreativiti masing-masing.Setelah semua kumpulan siap membina,setiap kumpulan mula membentangkan hasil masing-masing.Saya cukup tertarik dengan binaan salah satu kumpulan.Tapaknya dibuat luas,segi empat tepat.Kemudian penyepit-penyepit disambung mula dari tengah tapak dan diikut oleh penyepit-penyepit yang lain.Penyepit yang diatas hanya disepit sedikit sahaja pada penyepit dibawah supaya binaan akan menjadi lebih tinggi.Menariknya bangunan yang mereka bina itu tidak tumbang!Dan pastinya binaan yang paling baik.Walaupun binaan kumpulan saya tidak kurang tingginya tetapi binaan kami tidak berapa stabil.Bisa sahaja jatuh pada bila-bila masa.Dari situ saya belajar satiu benda baru.ASAS YANG KUKUH MAMPU MEMBAWA ANDA PERGI TINGGI DAN JAUH DAN TIDAK MUDAH TEWAS.

Back to basic…

Yeah..that’s the only way.

  Begitu juga dengan diri kita..iman kita..jika tiadanya pegangan dan asas yang kukuh pasti sahaja ia bisa goyah,tidak ampuh.Mudah sahaja tertewas bila dicuit…bila diusik…bila diuji…

 Asas itu penting…

The basic is important.

Jika tersasar juga..kembalilah pada asasnya..kembalilah pada pangkalnya…

Jika terlalai kembalilah pada asas bagaimana diri mengenal Islam..

Mulakanlah perlahan-lahan..mula dengan melaksanakan amal fardhu dan memantapkannya…

Diikuti amal-amal sunat..

Ditingkat kekerapan..kekhusyukan sedikit demi sedikit…

Asasnya-kembalilah pada Al-Quran dan As-Sunnah

Wahai diri,

Amal yang dicintai Allah ialah amal yang sedikit tetapi berterusan..

Amal yang dicintai Allah ialah amal yang sedikit tetapi berterusan..

Sahabat,adik-adik,teman seperjuangan dan yang paling utama diriku sendiri..

Amal yang dicintai Allah ialah amal yang sedikit…tetapi berterusan…

Moga Alah beri kekuatan pada kita semua untuk beramal keranaNya.

Ameen Ya Rabb…

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: