I+K+H+L+A+S = sukar?

17 Dec

Ia tidak semudah mengeja

Tidak semudah menulis

Tidak semudah menyebut

Hakikatnya gabungan enam huruf ini memerlukan penghayatan dan pemahaman yang betul untuk melaksanakannya

IKHLAS…

   Tanpanya maka tidak diterimalah amalan kita kerana ia merupakan salah satu syarat untuk amal diterima.Tanpanya amal ibarat debu-debu yang berterbangan walaupun telah banyak usaha kita untuk membuat kebaikan.

   Sukar…sukar…

Ya amat sukar untuk saya menjelaskan erti ikhlas yang sebenar..kerana kadang-kadang hati ini juga berperang dengan hawa nafsu..niat terlari dari landasan sebenarnya.

Ikhlas yang hendak kita cari ialah ikhlas kerana Allah.Ikhlas yang mengangkat darjat diri kita begitu tinggi disisi Allah.Bukanlah semata-mata ikhlas kerana manusia.

prev-senyum-ikhlas-ceria1

Seorang anak mungkin ikhlas mengasihi ibu bapanya kerana fitrahnya begitu.

Seorang guru juga mungkin ikhlas mengajar anak muridnya kerana ingin melihat anak-anak muridnya berjaya dan jadi orang yang berguna.

Seorang pemuda juga ikhlas memberi wang kepada peminta sedekah ditepi jalan kerana kasihan melihat keadaannya.

Ikhlas begitu…mungkin kita mampu melakukannya.

Tetapi ikhlas yang dicari ini IKHLAS KERANA ALLAH!

Itu yang payah.Itu yang sukar.Itu yang memerlukan pengorbanan.

Aku sayang umi dan abah sebab Allah suruh aku sayang mereka.

Aku buat baik pada orang sebab Allah suruh.

Aku belajar sebab Allah suruh.

Aku berusaha sebab Allah suruh aku berusaha.

Aku sayang kawan aku sebab Allah suruh mencintai saudara sesama muslim.

Semua aku buat sebab Allah yang suruh.

    Ya…menaip atas papan kekunci komputer memang mudah.Apa sahaja boleh dikatakan.Kerana ia tidak sesukar membawanya ke medan amal.

Dari Amirul Mukminin,Abu Hafsh,Umar bin Khattab r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya,dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan.Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya,maka hijrahnya (akan diterima) sebagai hijrah kerana Allah dan RasulNya,dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang ia cari atau wanita yang hendak dinikahinya,maka ia akan mendapati apa yang ia tuju.”

   Kita akan dapat apa yang kita niatkan..jadi pentingnya untuk selalu membetulkan niat setiap kali ia tersasar dari landasan sebenar,dari tujuan sebenar,dari matlamat sebenar..yakni kerana Allah SWT sahaja.

   Semangat untuk beramal sahaja tidak cukup.Memang mudah untuk memulakan sesuatu kebaikan.Pada dasarnya memang niat jelas,tujuan jelas,tetapi kadang-kadang apabila kita mula melangkah lebih kehadapan ada sahaja rintangan-rintangan yang datang mula melemahkan langkah,untuk memperlahankan langkah.Semangat yang berkobar kini mula surut,langkah makin longlai.Inilah jadinya jika bergantung pada semangat semata.Semangat untuk beramal tetapi tidak istiqamah.Bukankah kita sendiri tahu amalan yang paling Allah suka ialah amalan yang sedikit tetapi berterusan.Biarlah sedikit amalan kita tetapi ia berterusan.Kita bukan hendak memuaskan dan menggembirakan hati manusia semata tetapi untuk menggembirakan Allah.Bukanlah tujuan kita untuk menarik perhatian manusia tetapi menarik perhatian Allahlah tujuan utama.

   Keikhlasan itu bergantung pada niat.Sekali lagi diingatkan pada diri,betulkan kembali niatmu.Moga kita semua diberi kekuatan untuk terus beramal dengan baik dan ikhlas kerana Allah.

Ya Allah…terimalah amalku..ameen.

3 Responses to “I+K+H+L+A+S = sukar?”

  1. irhafiz December 18, 2008 at 1:15 am #

    Ameen… Moga diterima.. Utk kita.

    Tapi ada juga yang beralasan, taknak ke Masjid bimbang niat rosak.. Nantikan ria’ pulak.. Kan terdetik pula rasa sombong kat hati ini…

    Buat mereka yang mencipta alasan ini, ingatlah, anda juga pernah terjatuh ketika baru belajar bertatih. Janji, niat dan azam supaya suatu hari nanti kita dapat berlari, biar jatuh dahulu, sebab itu memang adatnya.

    Takkan niat yang sedikit lari mampu mencipta alasan buat kita dari melakukan sesuatu yang Allah suka.. Perlahan-lahan…

    Hafiz, luruskan niatmu, amalkan nasihatmu…
    Wallahua’lam wassalaam..

  2. sinar December 26, 2008 at 6:46 pm #

    salam ya ukhti..lama sungguh ana tak menyinggah
    peringtn yg sgt berguna buat diri ana..terisi jiwa rasanya..
    utk teropong balik amal2 selama ni..adakh sia2 shj..habaan mansura kah ia..

    Ya Rabb jgn biarkan amalku seperti debu2 berterbangan

  3. F4iz January 9, 2010 at 4:16 am #

    Nice blog.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: