Berkorban itu terkorban

6 Dec

    Kes terpencil..tapi bahaya jugak ni… :-

“Husna…Husna…” Mataku celik sedikit.Cuba melihat kepada gerangan pemilik suara.Ternampak susuk serba putih disebalik celahan pintu.

  “Jom bangun subuh.Dah nak masuk subuh dah ni.”

  “Erm..” Ringkas jawapanku kepada housemate ku Kak L yang sudah pun siap bertelekung.

  “Ya Allah..mengantuknya..bantulah aku..” Terasa berat benar mataku.Cuba duduk untuk menghilangkan perasaan mengantuk.Teringat kata-kata abah,ketika ingin bangun malam,saat  mengantuk menguasai diri,mulakan dengan duduk dulu.Mudah-mudahan posisi duduk itu kemudian akan berikan kekuatan langsung untuk berdiri.

  Kalau ikutkan rasa mengantuk ingin sahaja aku menyambung tidur memandangkan jam ketika itu baru sahaja pukul 6.00 pagi.Musim sejuk ini subuh berakhir agak lewat.Pukul 7.30 pagi baru terbit matahari.Tetapi bila mengenangkan takut lenaku nanti buat diriku terlepas subuh,digagahkan juga diri untuk bangun.

  Selesai solat subuh berjemaah,kami sama-sama membaca mathurat.Terasa diriku bagai berada dialam yang lain.Bacaan-bacaan housemate ku hanya sayup-sayup kedengaran ditelingaku.

“Eei..bangun..bangun!”Hatiku meronta.Digagahkan diri dan cuba mengikhlaskan hati.Selesai membaca mathurat,aku membawa diri ke kamar tidur.Mengambil mushaf Al-Quran cuba untuk membaca sedikit ayat-ayat Allah bagi memulakan hari dengan perkara yang baik.Selesai membaca Al-Quran,bagai suatu tarikan magnet yang amat kuat,terus merebahkan diri ke katil.Menyelubungi diri dengan duvet yang tebal lagi selesa!

  Jeritan ‘alarm’ telefon bimbitku mengejutkan kembali diri dari lena yang panjang.Pukul 7.15 pagi.

“Ahh..ada kelas pukul 9.00 pagi..malasnye…”

Duvet ditarik kembali menutup seluruh tubuh.

“Tidur 10 minit jap la..”

“Ayuhlah wahai teman..ayuhlah wahai rakan..”

  Sekejap rasanya 10 minit berlalu.’Alarm’ telefon bimbitku kembali berbunyi.

“Come on Husna!Get up!Get up!” Bagai ada suara menyuruhku bangun.

  Akhirnya diri terpaksa akur mengatur langkah ke bilik air.Bersiap-siap.

7.50pagi…

  Alhamdulillah,cepat pula aku bersiap-siap pagi itu.Terus turun ke bawah menunggu bas.

“Sejuk!!”Tangan kumasukkan ke dalam kocek baju panas.Menggigil sedikit.

“Huaah…!!” Nampak asap keluar dari mulutku saat menguap.Pagi ini memang sejuk.Cepat-cepatku tutup mulut dengan belakang tanganku.

  Ramai orang di ‘bus stop’ pagi itu.Semua bersiap sedia untuk menjalankan tugas masing-masing.Aku melihat mereka seorang demi seorang.Ku lihat pula mereka yang sedang berjalan di seberang jalan.Ku pandang pula deret kedai yang sudahpun dibuka sejak pagi lagi.

 Menarik nafas panjang….Dan lepas….terdengar dengusan..cuba meniup sedikit..asyik dengan asap yang keluar dari mulut.

Kau mengeluh Husna?

Mungkin..

Mengapa??

Aku kesal melihat diriku.Aku seorang muslim.Seorang mukmin.Seseorang yang kononnya ingin membawa Islam.Kononnya izzah dengan Islam,tetapi..

Lihatlah mereka itu..pagi-pagi lagi sudah cergas walaupun cuaca amat sejuk..

Apa yang buat mereka begitu bersemangat?Apa yang mendorong mereka begitu kuat bekerja?Kerana Allahkah?Kerana Islamkah?

Sudah pasti tidak!!

Tentu mereka kejarkan pangkat.Kejarkan dunia.Inginkan harta yang banyak..mungkin..

Tetapi sudah pasti tiada yang bermatlamatkan keredhaan Allah..kerana hakikatnya mereka tidakpun mengakui Allah sebagai Ilah.

Dan kau Husna?

Apa matlamatmu?

Belajar..bekerja untuk apa?

“Kerana Allah..”

Benar??

“Ya..”

Perlakuanmu menunjukkan kebenaran matlamatmu?

“Err…” (Garu kepala yang tidak gatal)

Kau diberi nikmat faham Islam.Seharusnya harus jadi lebih baik daripada mereka.Daripada masyarakat kuffar.

Saat ini..korbankanlah nafsumu demi menjadi mukmin terbaik..sudah tiba masa untuk kau muhasabah kembali.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

  

Jalan ke syurga bukan mudah,ia menuntut pengorbanan yang amat tinggi.

Jalan ke syurga bukan mudah,ia menuntut pengorbanan yang amat tinggi.

 PENGORBANAN?

   Tak layak rasanya untuk diri ini mengupas dan menerangkan hakikat pengorbanan sebenar.Kerana sebetulnya diri sendiri masih mempunyai keberatan untuk mengorbankan banyak benda  yang dicintai nafsu.

Berkorban tak dapat balik raya kerana belajar?

Itu bukanlah pengorbanan sangat.Kerana semua orang yang belajar di perantauan juga mengalami benda yang sama.

Jadi berkorban bagaimana?

Berkorban nafsu tidur,ketika orang lain semua pakat tidur semula selepas subuh di musim sejuk ni!

Berkorban rasa perlu online setiap hari (disebabkan kemudahan jaringan tanpa wayar yang hebat di UK..boleh online 24/7 )-(jadikan motto sehari tak online tak ada masalah)

Berkorban rasa nafsu makan yang nak makan macam-macam dan sedap-sedap (mentang2lah mudah nak dapat!)

Berkorban daripada rasa nak selesa aje..

Hakikatnya berkorbanlah daripada menjadi mangsa NAFSU

Saat orang lain tidak dapat buat..tapi engkau dapat buat!Barulah Allah pandang.Special sikit dari orang lain.

  Ya..pengorbanan itu bukan mudah.Kerana hakikatnya orang yang berkorban pasti akan terkorban.Saat orang lain dapat mengecap nikmat-nikmat dunia yang banyak,dia korbankan miliknya ke jalan Allah sedang dirinya tidak punya apa-apa.Pasti perit.

   Allah janjikan macam-macam buat diri yang sanggup berkorban..Allah membeli jiwa orang mukmin itu dengan syurga.Satu perdagangan yang tidak akan rugi tetapi..dunia..dunia..mengapa masih ada cinta padanya?

Antara dua cinta…

Kalau cinta dunia..mustahil untuk meletakkan cinta akhirat dalam diri kerana hakikatnya hati tidak mampu menerima dua cinta..

Aduhh..ini kes berat ni..

MUHASABAHLAH KEMBALI WAHAI HATI…

Dua hari lagi..moga kau benar-benar faham erti pengorbanan yang sebenar..

“Ya Allah letakkanlah dunia ditanganku..bukan dihatiku..”

(Sekadar perkongsian.Mana yang baik ambillah,yang buruk buang jauh2.Mana mungkin manusia lemah sepertiku sempurna..tetapi akan ku cuba untuk melalui proses mencapai kesempurnaan )

3 Responses to “Berkorban itu terkorban”

  1. sinar December 10, 2008 at 7:02 pm #

    salam lebaran..menarik..kita senang meyakini tapi susah membuktikan..yakni jarang kita berkorban terhadap apa yg kita putuskn dlm kehidupan ^-^

    • mukminahmujahidah December 10, 2008 at 10:15 pm #

      Berkorban itu payahkan ukhti?Moga kita semua diberi kekuatan untuk berkorban dlm byk aspek..lebih2 lagi kemahuan nafsu sendiri yg berlebih2an..InsyaAllah

  2. irhafiz December 15, 2008 at 12:12 am #

    Askm.
    Bagaimana syaitan mengatur langkah secara perlahan-lahan hinggakan kita tak sedari yang kita makin jauh… sayup ke belakang.
    Bukan mudah untuk maju semula ke depan…

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: