INI SERIUS!!!

27 Nov

KENAPA TAK SERIUS???

   Persoalan ini ditujukan pada Si Pemilik hati yang selalu berbolak balik.Mengapa tidak serius?Mengapa tidak bersungguh-sungguh?Sedangkan hari-hari melihat suasana umat yang makin meruncing.Umat yang menunggu penyelamat-penyelamat iman mereka untuk menarik kembali mereka dari lembah kebinasaan.

  Amal soleh,study dan dakwah mengapa tidak konsisten?Masa tidak teratur?Mungkinkah dosa-dosamu yang menghijab dirimu daripada membuat kebaikan?Bingkaslah wahai hati.Kau kata mati itu pasti tapi lagakmu langsung tidak menunjukkan kau bersedia untuknya.Kau kata kau takut dicampakkan ke neraka dan dambakan syurga tapi masamu tidak kau isi benar-benar dengan amal-amal yang membantumu nanti di kampung akhirat.Bagaimana ini wahai Si Pemilik hati gersang?

INI SERIUS!!!

  Ini sememangnya bukan main-main.Tiada masa lagi untuk bersenang-lenang.Ruginya masamu dibiarkan berlalu tanpa diisi dengan amal yang soleh.Kau kata kau sibuk.Tapi kesibukan apa sebenarnya yang menghimpit dirimu?Engkau tiada masa lagi.Tiada masa lagi untuk berlengah-lengah!Peluang yang ada ini gunakan.Adakah kau cukup yakin kau masih mampu mengharungi hari esok?

 Seriuslah wahai hati dan diri.

“Ya Allah,janganlah kau bolak-balikkan hati kami.Tetapkanlah hati kami di jalanMu.”

-pemilik hati kecil-

2 Responses to “INI SERIUS!!!”

  1. irhafiz November 27, 2008 at 4:34 am #

    “rabbana… la tuzigh quluubanaa… ba’da izhadai tanaa”

    beramal untuk akhirat seolah-olah mati esok hari
    beramal untuk dunia seolah-olah hidup selama-lamanya

    bersegera dalam soal akhirat kerana kita sudah tiada masa lagi, namun untuk dunia masih mampu bertangguh-tangguh, sebabnya keutamaan lebih kepada hal akhirah..

    hal akhirah tidak semata-mata soal ‘ubudiyyah sahaja, tetapi ia juga melibatkan muamalat dan lain-lainnya.

    susuri jalan yang elok, jauhi jalan yang ditegah, semuanya dikira ibadah…

    kepada diri sendiri, ambillah pelajaran dari lakaran pena ini.

    wassalam… wallahua’lam

  2. mukminahmujahidah December 6, 2008 at 11:32 pm #

    Benar..akhirat bukanlah semata2 solat,puasa dan rukun2 islam yg lain sahaja..tetapi ia merangkumi seluruh aspek kehidupan kita..
    Adanya dunia menjadi penghalang pandangan daripada melihat keasyikan akhirat..itu masalahnya..

    InsyaAllah jazakallah atas ingatan..

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: