Bersediakah wahai para du’aat sekalian?

7 Oct

Salam kawan-kawan yang dihargai. Antum penat? Letih? Buntu kerana muayyid lambat membuahkan hasil. Ayuh teman-temanku, di sini saya ingin mengajak kalian berehat seketika. Marilah kita duduk merenungkan beberapa tauladan dari pendakwah Islam Mustafa Masyhur.

Berkata Al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhuur:

Seorang da’i  mesti bersabar di dalam usahanya menyeru mereka kepada Islam. Dia mesti sanggup menghadapi tindak balas mad’unya seperti perbuatan jahat dan cercaan. Dia mesti mengharapkan balasan usahanya daripada Allah dan mengikuti jejak langkah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

 

 

Baginda menyeru menusia dan terdedah kepada gangguan dan cercaan. Baginda tetap bersabar dan terus meneruskan dakwah sambil berdoa yang bermaksud:

 

Wahai Tuhanku! Berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti”.”

 

 

Di dalam pengertian ini al-Iman asy-Syahid Hassan al-Banna berkata:

 

“Jadilah kamu ketika menyeru manusia seperti pokok buah-buahan; mereka

membalingnya dengan batu dan dia menggugurkan buah kepada mereka”.

 

Da'i umpama aliran air. Air adalah pelarut terbaik yang bisa melarut kebanyakan bahan di dunia ini. Ia juga berupaya menyerap jauh ke dalam penjuru bumi. Kenikmatan air sangat dirasa untuk tekak yang dahaga. Tanpa air, bumi hilang fungsi dan kekuatannya.

Da'i umpama linangan air yang sangat menyenangkan. Kelembutannya menembusi penjuru bumi walau di mana pun ia berada. Ia mengalir bebas membasahi tanah yag kontang. Air menjadi pelarut hampir 90% bahan yang wujud di dunia ini. Tanpa air, bumi hilang fungsi dan kehebatannya. Subhanallah.

Dalam kesibukan kita, kadang-kadang kita terlupa untuk mencari noktah dalam amal kita. Hidup ini memerlukan stesen-stesen untuk para dua’at meraih kembali kekuatan spiritualnya. Umpama sebuah kereta. Walau bagaimana mewah pun sesebuah kereta itu, ia tetap perlu berhenti mengisi tangki petrol sebagai pembakar tenaga untuk menggerakkan enjin. Kereta buruk mahupun kereta baru, ia akan tetap berhenti di stesen yang sama…

Begitu juga dengan kita. Kita perlu berehat seketika. Bukan sekadar tubuh yang berehat, tetapi jiwa dan kalbu lebih perlu berehat. Allah menciptakan malam sebagai medan untuk hamba-hambaNya berehat. Lupakan seketika segala urusan, berehat dan bertafakkur lah.

Rehat seketika dalam kamus hidup da’i ialah pencedokan ilmu, pengalaman dan semangat baru dari kisah perjuangan silam, perkongsian pengalaman, pengaduan, munajah, muhasabah dan yang paling penting, memperbaharui niat. Dari rehat seketika seperti ini, para dua’at diharap dapat menghirup kekuatan baru, dan keazaman yang bertamabah kuat, disusuli pula dengan langkah yang terus menggelora.

Mari lah kita berehat seketika bersama buku-buku fikrah Islam. Kita berehat bersama simbahan pengalaman dan tunjuk ajar para ulama’ haraki. Kita membaca kisah-kisah jihad para Mujahid Islam seperti Abbas Assisi, Abdul Muta’al Jabaari, Mustafa As-Siba’ie dan banyak lagi yang tidak terhitung jumlahnya. Mereka tidak lain akan membawa kita kembali kepada rentetan jihad dakwah Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Mereka akan mengingatkan kita akan ganjaran Allah buat para pendakwah Islam. Semua itu akan membuatkan kita ‘segar’ kembali.

Susah kan…? Semoga Allah bersama kalian….insyaAllah.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: