Pipi makin berisi nampak…

6 Oct

 Salam teman-teman semua. kayfa halukum? Ana alhamdulillah bil khair. Eid Mubarak kepada semua teman-teman.

Alhamdulillah, kemeriahan Syawal telah kita raikan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan (mudah-mudahan). Musim puasa enam dah tiba ni. Bagi kaum Hawa mereka perlu merancang sebaiknya jadual puasa. Hehehe..paham-paham lah. Takut tak sempat nak dapat title puasa enam tu nanti menyesal…..

Kemeriahan raya di sini tentu tak sama seperti di Malaysia. Tetapi untuk post kali ini saya tidak ingin untuk menghebah2kan aktiviti raya kaum Muslimiin di sini. Mungkin kurang penting…lagipun mingu perkuliahan dah bermula seminggu yang lalu. Sangat sibuk.

Saya ingin mencetuskan satu perkara….bagaimana jika kawan-kawan menegur kita

“Wah Husna, pipi makin berisi nampak…”

“A-ah, ni raya betul ke ni?”

Bagi seorang Muslimah sekali gus selaku gadis Malaysia, ramping dan ranggi selalu menjadi ukuran keunggulan seorang wanita.  Bagi kebanyakan gadis, teguran seumpama ini tentu memberi kesan kepada jiwa gadisnya.

“Tak boleh jadi….lepas ni kena diet nampaknya,”

Wah…cepat betul bertindak balas. Siap dengan action plan lagi.

1. Minum air masak banyak-banyak

2. Breakfast dengan sekeping dua roti sahaja. Tak pun makan kurma dah cukup.

3. Makan malam kena catu lagi…

4. Jogging lah…apa lagi.

5. Makanan goreng2, berlemak, dan yang seangkatan dengannya mesti dijauhi

Dan macam-macam lagi….

Jadilah seperti kuda. Memakan rumput kering sahaja, tetapi sangat taat kepada tuannya, tanpa protes tanpa lawan. Taat setiap ketika mengusung tuannya ke mana jua. Kita bagaimana?

Jadilah seperti kuda. Memakan rumput kering sahaja, tetapi sangat taat kepada tuannya, tanpa protes tanpa lawan. Taat setiap ketika mengusung tuannya ke mana jua. Kita bagaimana?

Tetapi duhai kawan-kawan, bagaimana menyedari IMAN dan HUBUNGAN DENGAN ALLAH @ HDA kita semakin melemah dan kritikal. Bagaimana sikap kita?

“Aku memang macam ni. Dari dulu-dulu lagi aku teringin nak beriman betul-betul, tapi aku lemah laa..”

“Nantilah dulu, aku takde kudrat lah nak lawan nafsu sekarang ni.”

Dan macam-macam lagi.

Kenapa tidak terus kita merangka mission statements? Diikuti character building, self controlling, strategic collaboration dan total action?

Aii…soal akhirat boleh tangguh-tangguh ke?

Kita boleh sebenarnya!! Boleh, kenapa tak boleh pulak? Boleh, kena yakin kita boleh. Cuma kadang-kadang kita terlalu teruja hingga kita keluar dari petala kemampuan kita. Mana mungkin mencapai khusyu’ selepas seminggu melakukan sedikit perubahan. Tu tak logik dah tu. Mana nak datang taqwa kalau kita tergesa-gesa dan hanya bergantung kepada kekuatan amal kita semata-mata tanpa mengharap pertolongan Allah?

Kita mulakan dari bawah. Dari sang hati yang tercari-cari sinar Ilahi. Kita lihat bagaimana Rasulullah mendidik hati para sahabat baginda. AQIDAH DAN KEIMANAN. Para mujahid dalam harakah Islam mutaakhirin juga meletakkan sasaran didikan @ tarbiyyah adalah hati.

Jangan marah diri sendiri bila diri tidak kuhusyu’ dalam solat. Sabar dulu…

Jangan marah diri sendiri kerana kita seorang yang pemarah. Sabar lah dulu…

Janga, jangan hukum diri dengan berbagai-bagai hukuman apabila segala mission statement tidak terlaksana dengan gred A+. Sabar…dan maafkan diri itu dulu…

Kita mulakan taubat nasuha…sebab kita bukan macam para sahabat dahulu yang beriman selepas kafir. Tetapi kita dilahirkan dalam keimanan ibu bapa kepada Allah. Bertaubat dahulu dengan segala dosa-dosa. Hah, apa? Dah taubat banyak kali pun sama ja? Oh..takpe, sabar. Taubat itu dikira taubat apabila disusuli usaha, bukan sekadar kekesalan hati sahaja!

 Diet badan dengan diet nafsu, tentu diet nafsu lagi penting. Bila diet nafsu lagi penting, tentu ianya lebih sukar dan susah.

Persiapan nak panjat Gunung Kinabalu tentu tak sama dengan persiapan nak panjat Mount Everest. Tak gitu ke kawan-kawan? Apatah lagi nak panjat Gunung Keredhaan Allah yang jauh lebih mencabar dan dahsyat dari Kinabalu dan Everest kerana kedua-duanya makhluq Allah. Sekarang ni kita dalam rangka memanjat laluan berbukit al-Khaaliq bukan lagi makhluq.

Salam mujahadah teman-teman semua!! Kita sama-sama lemah, tetapi kita akan kuat dengan IMAN! Kuatkan IMAN dengan AMAL SOLEH. Kenal Allah, gali lah ilmu mengenali Allah. Pahami ISLAM. Penuhi tuntutan-tuntutan SUNNAH NABAWIYYAH dalam segala hal. Paling ketara, kita start dengan solat sunat rawatib. Nak buat solah dhuha..tahajjud…witir..tasbih dan sebagainya tentu lebih susah kan? Jadi start dengan yang simple2 dulu. Kemudian improve. InsyaAllah….jom kita sama-sama meningkat!!

5 Responses to “Pipi makin berisi nampak…”

  1. irhafiz October 14, 2008 at 1:06 am #

    Selepas ramadhan, ana antara tiga kelompok.
    Celaka, Rugi atau Beruntung.
    Mengapa celaka? Celaka kiranya hari ini lebih teruk dari semalam, atau Rugi kiranya hari ini sama dengan semalam atau Beruntung dan ini lah yang diharapkan, kiranya hari ini lebih baik dari semalam.

    Salam aidilfitri kepada husna dan semua musafir. Ingatlah, ada orang yang mengharapkan kejayaan semua musafir di sana…

    Wassalam

  2. mukminahmujahidah October 15, 2008 at 10:43 am #

    Jazakallah atas peringatan dan doa…
    InsyaAllah kita semua adalah musafir..musafir di bumi Allah ini sebelum sama-sama dijemput pulang ke kampung akhirat oleh Allah SWT..destinasi terakhir setelah lama merantau dibumiNya..

    Moga kita semua terselamat dari golongan celaka dan rugi itu..InsyaAllah..

  3. nazz October 16, 2008 at 4:25 am #

    alangkah bodoh seorang musafir yang tidak mempersiap bekalan untuk perjalanan yang panjang..hakiki dan kekal abadi.

    alangkah rugi jika kira beratkan selipar perjalanan dengan dosa-dosa kita, kelana akan menjadi lambat dan semakin lambat…

    alangkah rugi jika kita tidak tahu petunjuk arah perjalanan kita…

    alangkah rugi jika kita merasakan perjalanan yang panjang ini akan selesai di sini…

  4. hood October 25, 2008 at 4:38 pm #

    syukran buat husna n sahabat2 lain. jiwa ana terasa segar kembali selepas pemergian ramadhan~

  5. mukminahmujahidah October 25, 2008 at 8:17 pm #

    Alhamdulillah..
    I hope I will too..InsyaAllah

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: