Engkau musafir ilmu!

25 Sep

“Happy Anniversary.”

Perlahan suara Jenny menusuk ke telinga saya memandangkan pensyarah sudah mahu mula mengajar.Kata-katanya itu secara spontan keluar apabila saya memberitahu akan ulangtahun pertama saya dengan si dia.Tersengih saya dan geli hati rasanya mendengar ucapannya itu.

“Thank you.”Itu sahaja yang mampu saya katakan.Tak pernah rasanya orang mengucapkan sedemikian rupa.

Setahun sudah.Ya sudah setahun ulang tahun saya bersamanya.Bersama bumi London ini.Setahun yang lalu,25 September 2007 ketika mula-mula menjejakkan kaki di Heathrow International Airport senyuman memang tidak lekang.Seronok sangat diberi peluang oleh Allah untuk menjelajah sejauh ini.Tetapi dalam masa yang sama hati saya berdebar,takut untuk menghadapi dugaan-dugaan yang bakal mendatang.Sebaik sahaja keluar daripada airport,saya terhibur melihat gelagat kawan-kawan saya,takjub dengan tempat yang baru kami jejaki ini.

“Cuba tengok.Saya cakap ada keluar asap tak?Fuh..fuh..”Kami semua tergelak apabila melihat gelagat Ecot,kawan yang kini menuntut di Manchester.

“Cakap pun sampai berasap tau!” Itu pesanan saya pada junior-junior yang baru sampai dua minggu lalu ketika mereka menanyakan tahap kesejukan di bumi London ini.

Autum…winter…

Spring…summer…

Dan kini autum kembali..

Cepat benar masa berlalu..

“3 tahun tu kejap je husna..pejam celik pejam celik..dah habis..tak payah balik Malaysia la..” Ingat lagi pesan ummi sebelum berangkat kesini.Lalu saya pun berazam untuk tidak balik bercuti ke Malaysia.Tetapi sesungguhnya kita hanya merancang tetapi Allahlah sebaik-baik penentu.Hatiku luluh juga apabila melihat seorang demi seorang kawan-kawanku menempah tiket untuk pulang bercuti ke tanah air.Tidak sanggup rasanya tinggal seorang disini.Maka saya pun turut terbang menemui keluarga Jun lalu.

Tetapi kini saya sudah kembali disini.Cepat benar masa berlalu.Kelas juga sudah 4 hari bermula.Dan seluruh umat Islam bakal menyambut Aidilfitri pada minggu hadapan!Tanpa saya sedari!Kawan serumah yang mengingatkan apabila dia ingin ke China Town membeli nasi impit.Raya?Tidak!!!

“Masalahnya budak-budak Malaysia ni,diorang duk nangis-nangis sebab duk dengar lagu raya.Sedangkan kita disuruh bergembira pada Hari Kemenangan ni.”Pesanan Kak Siti,pada aidilfitri yang lepas masih terngiang-ngiang di telinga saya.Alhamdulillah kami tidak disibukkan dengan persiapan raya sangat,dan tiada lagu raya yang berkumandang di rumah kami.

Betul..mendengar lagu raya hanya menambah sedih.Ditambah dengan ketidaksempatan untuk meraikannya sebagaimana di Malaysia kerana masing-masing perlu ke kelas menuntut ilmu jika hari raya jatuh pada hari bekerja.Tetapi inilah hakikat seorang pejuang,berkorban sedaya yang mampu.Moga-moga pengorbanan ini mendapat kiraan yang tinggi disisi Allah.

Setahun berlalu..banyak dugaan..banyak cabaran..Jatuh bangun sepanjang disini banyak mengajar diri saya hakikat kehidupan.Pelbagai ragam..pelbagai budaya..semuanya benar-benar membantu membentuk jiwa dan diri.Sedih rasanya kerana tidak banyak perkara dapat dilakukan untuk Islam sepanjang setahun berlalu.Bagaimana pula agaknya tahun-tahun yang mendatang ini?

Masa amat pantas berlalu.Takkan ia tunggu sesiapa yang lengah.Kini kita juga berada di pusingan terakhir.Larian pecut sebelum ke garisan penamat Ramadhan.Bulan yang penuh berkah ini bakal meninggalkan kita.Tahun depan belum tentu bertemu.Manfaatkn wahai diri!Manfaatkan wahai hati!

~luahan rasa si musafir ilmu~

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: