Di Senja Ramadhan

24 Sep
Kita berada di tabir senja. Dimanakah hati kita? Tinggi di puncak? Atau tenggelam entah di mana...

Kita berada di tabir senja Ramadhan. Dimanakah hati kita? Tinggi di puncak? Atau tenggelam entah di mana...

Sebuah hati yang gersang. Kontang. Hari ini ana bangun seperti biasa…mencelikkan mata melihat alam ILAHI dengan sebuah hati yang kebekuan. Pernahkah teman-teman merasainya? Bagaimana rasanya makanan yang tawar? Tentu tidak enak sekali. Kerongkong seolah-olah dipaksa untuk menelan jua. Begitu juga hati ini. Hambar. Sepi ditengah keramaian manusia. Senyum, ketawa, jenaka semuanya pura-pura.

Di tengah ghairah ummat Muslimin menanti lailatul qadar, ana tidak ikut serta. Quran di tangan ditatap lama-lama. Jika gagal meraih kekuatan dengan bacaan dan tadabbur, mungkinkah dengan tatapan tadi membuah sedikit erti buat sang hati. Tetap sunyi.

Tarawih. Tetapi dengan penuh kebingunan perasaan. Kalbu meminta-minta untuk kembali ghairah berIman. Sudah 23 malam tarawih berlalu. Hanya tinggal serpihan sahaja lagi. Yang berbaki bersama kita Cuma 6 hari. Enam hari bukan tempoh yang lama. Jika sebulan tidak terasa, apatah lagi 6 hari. Tidak sampai pun seminggu. Tapi kenapa hati ini begini?

 

Sebuah sungai. Telah hanyutkan noda dan dosa-dosa kita di akhir Ramdhan ini?

Sebatang sungai. Telah hanyutkan noda dan dosa-dosa kita di akhir Ramdhan ini?

 

 

 

Mungkinkah selama ini terlalu sibuk…..sehingga terlupa memberi zat makanan pada hati. Mungkin juga ada memberi, tetapi tidak mencukupi. Kemarau panjang. Tetapi siraman air Cuma beberapa curahan. Mendapatkan baja ternyata sukar sekali. Harganya mahal. Sometimes it is really unaffordable. Semalam ikrar baru terus dipertaruhkan lagi…mana tahu jika membuah hasil, membangkit jiwa, membasahi iman, membakar semangat, menjulang jihad yang sekian lama tanpa penyeri bahagianya.

Bangun hai hatiku bangun. Penat yang bertandang bilakah akan berakhir? Bagaimana harus 1 Syawal dirai jika hati ini begini? Kemenangan apakah yang mampu diraikan nanti? Menangislah lagi wahai mata. Biar bengkak untuk beberapa ketika. Bisakah setiap titisan yang tumpah akan melembutkan kebuntuan, kebingunan dan ketidakpastian ini?

Munafik kah diri ini? Berdustakah iman ini? Butakah mata hati ini? Pekak kah telinga ini? Bodoh sombongkah akal ini?

“dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.”

Al-A’raf:179

 

Ya Ilaahi…bagaimana harusku melengkah menempuh esok hari dengan sekeping hati yang gersang begini?

[~’_’~] 24 Ramadhan 1429 [~’_’~]

3 Responses to “Di Senja Ramadhan”

  1. hood September 24, 2008 at 2:15 pm #

    hampir menitis air mata ana. entry kali ini mengetuk deras hati ana.
    syukran ya ukti, moga allah kira hidayah yg di sampaikan dariNya pd ana melalui nti… semoga kita dapat kembali kpd fitrah~

    Moga berjumpa dgn lailatulqadr..
    Salam eid fitr.

  2. Teman seperjuangan September 24, 2008 at 5:05 pm #

    Ana teringat kata2 anti waktu mula2 masuk ramadhan dulu…
    “Tak sanggup rasanya melangkah ke bulan lain tanpa mendapat keampunan Allah di bulan Ramadhan ni..”
    Kadang2 kata2 anti tu still terngiang2..betul juga ye.aku ni dh dpt keampunan ke?Sangat sedikit masa yg tinggal sebelum bertemu syawal..
    takutnya nak berpisah dgn ramadhan kerana hati masih tak bersedia menghadapi bulan mendatang..
    Ya Allah izinkanlah kami menjadi tetamu lailatul qadar!Ameen…

  3. nazz September 25, 2008 at 12:47 am #

    tunduk dengan tawadhu’ yang penuh
    mengharap tanpa perkongsian lain selain Allah
    takut pada murkaNya
    rindu hari pertemuan denganNya

    Bilakah akan tiba masanya?

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: