Masih Ada Waktu X (akhir)

7 Sep

  

    Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Mendinginkan tubuh.Kelihatan beberapa kanak-kanak berkejar-kejaran.Ikhwan bersama adik-adik usrahnya beserta Muhammad Zaini duduk dihujung padang.Angin dingin yang menghembus sekali-kala menyapa lembut muka dan rambut mereka.Subhanallah,enak sekali ciptaan Allah.Firdaus menguis-nguis rambutnya,membetulkan posisinya setelah ia jatuh berjurai menghalang pandangan.

   “InsyaAllah,sekarang ni pukul 5.30 petang,kita ada masa untuk jungle trekking lebih kurang 1 jam.By 7.00 pm make sure everyone is here.”Musa’b memberi arahan.Ikhwan sengaja memberi peluang kepada adik-adik usrahnya untuk mengetuai ekspedisi mereka kali ini.Pertemuan yang dirancang ini akan diisi dengan pelbagai program riadah dan pengisian ruhi.Malam ini akan ada sesi luahan rasa,dimana masing-masing akan berkongsi perasaan,masalah dan apa sahaja yang terlintas,yang merunsingkan jiwa selama ini.Esoknya mereka akan ke Teluk Batik,menghabiskan masa untuk berkelah seharian disana.Dan sudah pasti Ikhwan tidak akan sekali-kali membiarkan segala aktiviti berlalu tanpa ada pengisian rohani.Jika berpeluang pasti akan diselitkan dengan sedikit tazkirah ringan terutamanya dengan kehadiran Muhammad Zaini.

  Diikuti hari berikutnya,Ikhwan akan membawa adik-adik usrahnya beserta Muhammad Zaini menziarahi sahabat-sahabatnya yang tingal disekitar Perak.Sehinggalah dua hari sebelum majlis perkahwinan kakaknya,Nur Afrah,mereka akan sama-sama kembali ke Ipoh untuk turut membantu persiapan majlis perkahwinan tersebut.Begitulah Ikhwan,seboleh-bolehnya tidak mahu ia menghabiskan waktunya dengan aktiviti yang tidak berfaedah.Dia semahu-mahunya ingin mencontohi junjungan mulia Rasulullah SAW serta para sahabat,dimana setiap nafas adalah nafas jihad yang seharusnya juga dicontohi oleh seluruh umat manusia.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

 “Ameen”

   Orang ramai mengaminkan doa daripada tok kadi.Maka termeterailah ikatan antara Ustaz Khairul Nizam dan Nur Afrah.Di satu sudut Nur Afrah kelihatan tersipu-sipu.Menahan rasa segan didada.Dia kini sudah pun sah bergelar isteri orang.Membawa maksud tanggungjawabnya semakin bertambah sebagai seorang isteri dan tanggungjawabnya pada keluarga mertuanya juga.Kini syurganya beralih kebawah tapak kaki suaminya.

  Paluan kompang berbunyi.Orang ramai telah pun mula menjamu selera di bawah khemah.Alunan selawat dan lagu nasyid berkumandang meraikan raja sehari.Cuaca hari itu sangat cerah.Bagai meraikan juga pasangan pengantin yang disatukan atas jalan dakwah.Ustaz Yusoff dan Puan Maryam sebagai tuan rumah tampak sibuk menyambut tetamu.Dihulurkan senyuman pada setiap tetamu yang berkunjung.Tetamu-tetamu tidak sudah-sudah mengucapkan tahniah kepada mereka diatas pernikahan puteri sulung mereka.

   Ikhwan dan Sakinah juga agak sibuk terutamanya dalam menghulurkan bantuan menyambut tetamu juga.Adik-adik usrah Ikhwan juga turut membantu.Ketika inilah sahabat yang jauh malah yang dekat bersua.Kawan-kawan yang sudah lama tidak bertemu kini berada di hadapan mata.Adik-adik Ikhwan dan Sakinah,iaitu Zakwan dan Uzair juga tidak kurang sibuknya.Berlari kesana-sini berkejaran sesama sepupu mereka.Al-maklum ketika inilah masa semua keluarga dan saudara mara daripada kedua pihak dapat berkumpul.

 “Assalamualaikum Ikhwan!”

    Ikhwan terkejut apabila menyedari bahunya ditepuk kuat.Sakit,dia menyapu baju melayu birunya itu.Ikhwan kemudian berpaling,ingin mengetahui gerangan yang menepuk bahunya itu.

  “Subhanallah!Antum rupanya!Bila sampai sini?”Terpancar senyuman di bibir Ikhwan,menampakkan lesung pipitnya.Ikhwan menyalami sahabat-sahabatnya yang datang jauh dari Perlis,Ridzuan,Hakimi dan Muqarrabin.

   “Baru aje sampai ni.Bertolak pukul 9 pagi tadi.Ni mai dengan beg-beg ni,faham dak tandanya?”Hakimi menyakat Ikhwan.

    “Mak aii!Besaqnya beg!Nak duk sini terus ka?”Giliran Ikhwan pula menyakat sahabat-sahabatnya.Mereka semua ketawa,terhibur.Ikhwan kemudian menjemput sahabat-sahabatnya duduk dibawah khemah lelaki.

   “Nanti ana kenalkan dengan mad’u-mad’u ana ye.Antum semua makan dulu.Ana nak ke sana kejap.”Ikhwan meminta diri sambil menunjuk ke arah hujung khemah.Matanya melilau mencari kelibat seseorang.Dia kemudian ke hujung khemah yang satu lagi,juga tiada.Kemudian dia mengatur langkah kembali ke tempat para sahabatnya menjamu selera.

    “Anta ni kenape?Dari tadi ana duk tengok ke hulu ke hilir.Rimas kami dibuatnya.Tunggu marka ke?”Ridzuan menyakat.

    “Ish ana mana ada buah hati.Anta ni saje nak menyakat ana.”Mereka semua ketawa.Hampir sahaja semua tetamu berpaling pada mereka.Masing-masing cuba menutup mulut,menahan ketawa apabila gelagat mereka menjadi perhatian.

   “Ana cari Syafiq ni.Dia tak datang dengan antum ke?Ana tak sempat lagi contact dia sejak dia balik sini.”Ikhwan akhirnya meluahkan kegusaran hatinya.

   “Syafiq Ismail ke?Astaghfirullah al azim.Kami tak tau pulak dia ada kat Perlis.Bila dia balik?”Giliran Muqarrabin pula bertanya.

   “Allah.Ana lupa pula nak bagitau antum.Tak dan.Dia ada bagitau ana dulu suruh bagitau semua sahabat kita,cuma ana ni la sibuk entah ke mana.” Ikhwan menepuk dahinya.Kesal dengan sikapnya.

   “Sibuk ana ni pun buat ana tak sempat langsung nak hubungi dia.Dia sepatutnya sampai sini dua hari lepas.Itu katanya waktu dia email ana dulu.”Muka Ikhwan murung.Geram dia dengan sikap dirinya yang alpa.Kesibukannya membantu menguruskan persiapan majlis perkahwinan kakaknya Nur Afrah dan melayani adik-adik usrahnya membuatkan dia terlupa untuk menghubungi sahabatnya Syafiq.

    “Ala,ana kenai Syafiq.Dia tu orang jenis tepati janji.Sat lagi mai la tu.Ana pun dah lama tak jumpa dia.Bertambah segak la na dia tu.Putih melepak agaknya duk UK tu.”Ikhwan tersenyum mendengar celoteh Hakimi.Hatinya sedikit lega.

   Matanya kemudian tertumpu kepada dua batang tubuh pemuda.Seorangnya agak gempal dan seorang lagi berbadan sasa.Dia tidak pernah mengenali kedua-dua pemuda itu.Mereka baru sahaja tiba,menyalami bapanya.Ustaz Yusoff kemudian bersembang agak lama dengan dua orang pemuda tersebut.Ikhwan gagal untuk menangkap kata-kata mereka.Beberapa ketika kemudian Ustaz Yusoff menudingkan jarinya kearah  Ikhwan.Dua pemuda itu menuju ke arah Ikhwan setelah meminta diri daripada kedua ibu bapanya.

   Ikhwan terkejut dirinya menjadi tumpuan.Tetapi dia cuba tersenyum apabila pemuda tadi menyedari gelagat mereka diperhatikan Ikhwan sejak tadi.Mereka kini sudah berada dihadapan Ikhwan,bersalaman dengan Ikhwan.

    “Saudara ni Ikhwan ya?Saya Zarul,kawan Syafiq yang belajar sama-sama di London.” Pemuda yang berbadan sasa itu yang mula-mula memperkenalkan diri.

“Saya Kamaruddin.”Diikuti pula pemuda yang berbadan agak gempal.

    “Subhanallah.Saya banyak dengar cerita tentang awak berdua daripada Syafiq.Maafkan saya tidak pernah melihat muka awak berdua,jadi tak dapat cam tadi.”Ikhwan tersenyum apabila mendengar nama Syafiq.Dia menanti berita gembira daripada dua mad’u Syafiq itu.

   “Ini barang daripada Syafiq,dia minta kami serahkan bila jumpa awak.”Zarul menghulurkan sebuah bungkusan dan satu sampul surat.Ikhwan mengucapkan terima kasih.Dia sedia maklum akan hal itu kerana Syafiq pernah memberitahunya ketika didalam emailnya dahulu.Ikhwan hampir sahaja terlupa akan hal itu.Tetapi dia tidak menyangka mad’u-mad’u Syafiq akan membawanya pada hari ini dan pasti tanpa kehadiran Syafiq disisi.

     “Err..Syafiq tak datang sekali?”Ikhwan bertanya.Zarul dan Kamaruddin hanya terdiam.Tidak mampu untuk bersuara.Mereka tahu Syafiq memang sudah lama ingin berjumpa dengan sahabatnya Ikhwan ini,tetapi Allah tidak mengizinkan mereka untuk bertemu hari ini.

     “Maaf,kami tak sempat lagi jumpa dan contact dengan dia sejak kami ada di Malaysia.”Zarul tunduk kesal kerana tidak mampu menjawap kebuntuan Ikhwan.Ikhwan kemudian tersenyum,kemudian menjemput meraka untuk menjamu selera.Hatinya masih gusar,kerana keluarga Syafiq juga tidak kelihatan.

   “Astaghfirullah al azim.Kenapa aku tak call je rumah dia?”Ikhwan cepat-cepat mengatur langkah ke dalam rumahnya.Naik ke tingkat atas,meletakkan bungkusan dan sampul pemberian Syafiq diatas katilnya,kemudian mengambil telefonnya yang diletakan di kocek baju melayunya.

  Dia memainkan punat-punat telefon bimbitnya,mencari-cari nombor telefon rumah Syafiq.

  “Umah Syafiq”

   0456844327

Punat ‘call’ ditekan.Berdering.

Tiada jawapan.

Dia mencuba sekali lagi.Masih tidak berjawap.

Entah kali ke berapa dia mencuba,masih tidak berjawap.

Ikhwan putus asa.

  “Mungkin satu keluarga dia keluar kot.Takde sape jawap ni.Entah-entah dalam perjalanan ke rumah aku.”Ikhwan cuba untuk menyedapkan hatinya.

   “Maafkan ana Syafiq,tak sempat langsung untuk ana contact anta.”Ikhwan kemudian turun ke tingkat bawah.Menyertai tetamu-tetamu yang hadir.Masih ada tetamu yang perlu diraikan walaupun hatinya tidak senang.Dia hanya mampu berdoa moga-moga Syafiq dan keluarganya dipelihara Allah.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

   

   Syafiq bergerak pantas.Luqman demam panas.Dia perlu mencari ubat bagi meredakan kepanasan badan Luqman.Jam menunjukkan pukul 11.30 malam.Kedai-kedai sudah banyak yang tutup.Hujan pada malam itu agak menyukarkan Syafiq untuk bergerak laju.Baju hujan yang disarungnya juga sudah basah kuyup.Syafiq kesal kerana disaat genting ini dia gagal untuk mencari nombor telefon General Practitioner Luqman,doktor yang dikhaskan untuk merawat Luqman jika ada sebarang masalah kesihatan.Luqman tidak pernah sakit teruk selama berada di London membuatkan dia mengabaikan sedikit kebajikan Luqman.

   Teringat dia ketika dia keracunan makanan pada awal tahun ini.Perutnya tiba-tiba sakit dan dia mengalami muntah yang amat teruk.Luqmanlah yang menelefon ambulan dan menemaninya ke hospital.Ketika itu jam pukul 3.00 pagi,ketika orang lain sedang sibuk diulit mimpi,Luqman sanggup menemaninya sehinggalah dia dibenarkan pulang,di hospital.Dia juga yang membelikan Syafiq makanan sepanjang Syafiq di hospital.Sedangkan diri Syafiq sekarang hanya mampu untuk cuba mencari ubat buat Luqman.Setelah hampir setengah jam dia berlegar di kawasan itu,dia masih belum menemui satu kedai pun yang masih beroperasi.

   Luqman banyak menunjukkan prihatinnya pada Syafiq.Apabila Syafiq pulang lewat,mesti ada sahaja mesej pesanan ringkas yang diterima bertanyakan khabarnya dari Luqman.Syafiq kadang-kadang langsung tidak melayan mesej tersebut kerana dia merasakan itu perkara biasa.Kerana selalunya setengah jam kemudian dia pun selamat sampai di rumah.Tapi dia tidak tahu betapa Luqman ikhlas menyayanginya.Orang yang melihat mungkin boleh ibaratkan bagai si isteri menunggu kepulangan si suami tetapi tidak bagi Luqman.Dia amat kasih kepada sahabatnya ini,Syafiq.Ikhlas semata-mata mengharap keredhaan Allah kerana Syafiq jualah yang telah menarik dia keluar dari lubuk jahiliah.

     “Aku ego!”Itulah kata-kata yang dirasakan sesuai untuk dirinya.Syafiq kesal dengan sikapnya selama ini.Dia tidak banyak menghargai kasih sayang Luqman padanya.

     “Aku sayang kau Luqman!Kerana Allah!Tapi aku tak tau macam mana nak luahkan.Aku ego!Tak reti menunjukkan perasaanku padamu.Kalaulah kau mampu membaca isi hatiku tanpa perlu aku luahkan!”

     “Ah Syafiq!Lupakah kau pada satu kisah di zaman sahabat ketika seorang sahabat melihat seorang lelaki lain yang dicintainya,kemudian memberitahu Rasulullah SAW bahawa dia mencintai lelaki itu?Bukankah Rasulullah menyuruhnya meluahkan rasa cintanya pada lelaki itu?Dimanakah situasi engkau Syafiq?Mahal sangatkah kata-katamu hingga sukar sekali meluahkan rasa sayang dan cinta pada sahabatmu sendiri?Saudara seakidahmu?Aaah Syafiq!Lemahnya kau!”Mata Syafiq bergenang,kemudian  air matanya jatuh bercampur dengan air hujan yang membasahi mukanya.Dia menanggalkan cermin matanya,disapu matanya kemudian memakai cermin matanya kembali.

    Syafiq teringat akan hadis nabi,bahawa tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.Syafiq tidak sudah-sudah menyalahkan dirinya.Syafiq mempercepatkan langkah,menuju ke arah jalan utama.Cuba mencari kedai runcit disekitar kawasan itu.Tidak jauh dari situ kelihatan beberapa bangunan yang masih terang,satu daripadanya adalah sebuah kedai runcit yang hampir tutup.Pintu besinya telah ditarik separuh ke bawah.Syafiq mengucap syukur.Kelihatan beberapa pemuda mabuk di luar sebuah bar,selang beberapa unit daripada kedai tersebut.

   Cuaca sangat sejuk.Syafiq cepat-cepat berlari,masuk ke dalam kedai itu.

   “Subhanallah.Alhamdulillah.”Syafiq memanjatkan syukur sebaik sahaja masuk ke dalam kedai.Alat pemanas yang berada di dalam kedai itu berjaya menghangatkan badannya seketika.Dia bergerak ke kaunter bayaran.Ada seorang pemuda berkulit gelap di belakangnya,sedang menyusun kotak-kotak rokok.

“Excuse me sir.”Pemuda tersebut berpaling.

“Can I have a paracetamol?”Pemuda itu mencari sesuatu dibawah meja kaunter sambil matanya mencuri pandang ke arah Syafiq.

“How much do you want?”

“A dozen please.”Syafiq menanggalkan baju hujannya.Hujan sudah mula reda.Dia menanggalkan cermin matanya,kemudian menggelap dengan hujung bajunya.

   “Here you are.One pound fifty please.”Syafiq membayar seperti yang diminta.Setelah mengucapkan terima kasih,Syafiq mula hendak mengatur langkah pulang sehinggalah ditahan oleh pemuda tersebut.

“Hey kids!Wait.”

“Be careful.There are lots of drunkards out day.”

“Thanks.Just pray for me.”

   Syafiq keluar.Angin malam menyapa tubuhnya.Sejuk.Dia berjalan menuju ke arah bar.Terlalu bising,seperti ada orang bergaduh.Syafiq tidak mahu mengambil risiko.Dia menyeberangi jalan,cuba untuk tidak melalui dan terserempak dengan pemabuk-pemabuk itu.

“Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhlukNya.”

    “Ya Allah lindungilah aku.”Syafiq mempercepatkan langkah.Dia mula perasan pemabuk-pemabuk itu sudah mula bertumbuk.Tidak tahu jalan mana yang harus dia ambil.Hanya ada satu sahaja jalan untuk pulang.Dia ingin kembali ke kedai tadi apabila menyedari beberapa pemabuk bertumbuk ditengah jalan hanya beberapa meter dari tempatnya berdiri.Syafiq menoleh kebelakang,kedai yang terang tadi sudah pun gelap.Sudah tutup.

    “Aah.Takde sape ke nak telefon polis?Janganlah disaat genting ni.Luqman masih dirumah.Mungkin ini yang mampu menunjukkan rasa sayangku padanya.”Serentak dengan itu beberapa pemabuk jatuh betul-betul dihadapannya.

 “Astaghfirullah al azim.”Syafiq kaget.Tubuh yang jatuh dihadapannya itu berlumuran darah.Dia ditikam.Ya diperutnya.Syafiq ingin membantu tetapi keselamatannya yang harus diutamakan sekarang.Dia cuba untuk melarikan diri.Jauh daripada mereka,ingin meminta tolong tetapi suaranya tidak terkeluar.

  “Ya Allah bantulah hambaMu ini!”Batin Syafiq menjerit,meminta bantuan Yang Maha Kuasa.

   “Hey kids!Don’t run!Catch that boy!Faster!”Arahan itu tidak diendahkan Syafiq.Dia cuba lari sekuat yang boleh dengan segala kudrat yang Allah beri.Jalan sangat gelap dan sempit.Dia tidak tahu dimana dia sekarang.Semuanya gelap.Tetapi dia terus lari dan lari.Dan tangannya masih memegang erat plastik berisi paracetamol,buat sahabatnya yang disayangi,Luqman.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

  “Jazakallah semua.Sebab sudi datang kenduri kakak ana ni.Terubat sedikit rindu ana kat anta semua.”Ikhwan membantu Hakimi memasukkan begnya kedalam Unser milik makciknya diikuti beg-beg sahabatnya yang lain.Sahabat-sahabatnya akan bermalam dirumah makcik Ikhwan selama tiga hari.Adik-adik usrah Ikhwan dan Muhammad Zaini telah pun berangkat pulang ke rumah masing-masing selepas selesai solat Asar tadi.

    “Afwan ana tak dapat hantar antum.InsyaAllah esok ana menyusul.Terima kasih ye Faiz.”Ikhwan menyalami sepupunya,Faiz dan  menghargai jasanya yang sanggup menghantar sahabat-sahabatnya ke rumah makcik mereka.Ikhwan ada misi yang perlu diselesaikan,yang perlu dirungkaikan.Ya bungkusan dari Syafiq masih belum diusik lagi.Serta sampul yang diberi oleh Zarul tengahari tadi.Dia begitu teruja dan tidak sabar membaca bahan-bahan baru yang diberikan oleh Syafiq.

   Kakinya terus diatur  bergerak ke tingkat atas.Keluarganya semua sedang berehat-rehat dan bersembang di ruang tamu.Dia tidak mahu menyertai mereka kerena tidak sabar membuka bungkusan kiriman Syafiq.Kini dia sudah berada dikatilnya.Bungkusan sebesar kotak kasut itu dibukanya perlahan-lahan.“Cantik bungkusannya.Pandai Syafiq balut.”Ikhwan bermonolog.

   Ada beberapa cakera padat didalamnya.Masing-masing tertulis ‘video muhasabah’,’gambar-gambar ana ‘dan ‘koleksi artikel’.Selain itu juga terdapat beberapa buku fikrah baru yang didatangkan daripada United Kingdom.Ikhwan tersenyum lebar.Sudah lama dia ingin membaca buku-buku tersebut.Ditambah pula terdapat beberapa artikel fikrah yang menarik serta satu sampul surat kecil,berisi.Ikhwan tidak tertarik pada sampul itu.Dia lebih tertarik kepada sampul berasingan yang diberi oleh Zarul siang tadi.Dibukanya perlahan.Ada dua helaian kertas yang jatuh.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

    Kepekatan malam ditenungnya sejenak.Bintang-bintang tidak kelihatan, bagai mereka juga  turut memahami isi hatinya ketika itu.Sedih dan pilu.Taklimat kolej pada malam itu langsung tidak menarik perhatiannya.Walaupun jasadnya kini berada dikalangan hampir beratus pelajar lelaki Kolej Meranti,tetapi hatinya tidak bersama mereka.Terdengar deruan sayap si burung besi.Ikhwan menoleh kembali ke dada langit.”Syafiq..antakah didalam flight itu?Maafkan ana tak dapat menghantar anta.”Ikhwan terkilan kerana tidak dapat bersama-sama sahabatnya Syafiq yang akan berangkat ke United KIngdom pada malam ini.Tanpa disedari air matanya gugur.Dia cepat-cepat mengesatnya dengan hujung jarinya.Teringat dia detik-detik perkenalannya dengan Syafiq.Semuanya bermula ketika mereka di tingkatan empat.Walau pun sudah tiga tahun berada di sekolah yang sama tetapi kemesraan mula terjalin ketika mereka sama-sama berada dikelas yang sama.Kini mereka diuji dengan perpisahan,untuk sama-sama berjuang menuntut ilmu Allah.Moga-moga ilmu yang diperoleh masing-masing dapat dimanfaatkan buat ummah.

  “Selamat berangkat.Jangan terpengaruh dengan budaya sana pulak ye. ;p “Syafiq tergelak membaca mesej pesanan ringkas daripada adiknya,Hurul Ain.

“Terpengaruh?Aku?InsyaAllah tak.Moga Allah pelihara.”

  Masa tinggal kurang satu jam sahaja sebelum berlepas ke United Kingdom.Wakil biasiswa telah pun meminta semua pelajar untuk berkumpul.Sedikit taklimat diberi dan bacaan doa dimulakan.Syafiq sebak.Tidak sanggup rasanya berpisah dengan keluarga dan tanh air tercinta.Semua ini dirasakan seakan mimpi.Tapi perjuangan harus diteruskan.Doa diaminkan.Seorang-seorang pelajar dipanggil mengambil passport dan tiket masing-masing.Esakan tangisan mula kedengaran tanda para pelajar bakal berpisah dengan keluarga masing-masing.Syafiq memdekati ibunya.

  “Ummi,maafkan Syafiq.Halalkan makan minum Syafiq ya.Doakan Syafiq sepanjang berda di sana nanti.”Air matanya mula gugur tatkala dia menyalami ibunya.Dipeluk ibunya seerat mungkin,dicium dahi dan pipi si ibu.

  “Jangan menangis wahai syabab!Kau pejuang agama.Ingat itu.”Encik Ismail,bapa Syafiq cuba untuk memberi semangat kepada anak terunanya tatkala Syafiq menyalami bapanya.Encik Ismail sebak.Dia cuba menahannya supaya tidak gugur dihadapan anaknya itu.Jangan ditangisi langkah pejuang kerana ia mungkin akan melemahkan semangatnya.

  Lambaian terakhir tatkala menuruni tangga elektrik,menuju kearah kaunter imigresen memang membuatkan hatinya sayu.Tetapi dia perlu kuat.Kerana langkahnya langkah pejuang.Biar perit terasa menjadi seorang perantau,tetapi ganjarannya amat tinggi disisi Allah.Walhal kita semua adalah seorang perantau.Merantau dibumi Allah mencari bekal untuk dibawa pulang ke kampung akhirat.Sebaik-baik bekal adalah taqwa,dan akan berbahagialah oran-orang yang berjaya membawa pulang bekalan terbaik itu.Didalam merantau menuntut kesabaran yang tinggi.Semakin banyak dia bersabar,semakin banyaklah ganjaran yang Allah beri.

  Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan  dan berkata “Sungguh aku termasuk orang muslim yang berserah diri.”Ayat 33 daripada surah Fussilat tu menguatkan lagi kakinya untuk melangkah.“Hijrahku bukan sahaja untuk menuntut ilmu tetapi untuk menyeru orang lain ke arah kebaikan.Inilah aku!”Syafiq kini melangkah dengan lebih semangat.Mengharap ada sinar baru yang menantinya dibumi Barat sana.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

London,10 JUN-Seorang pelajar Malaysia yang menuntut disini terbunuh didalam kemalangan ngeri ketika didalam perjalanan pulang ke rumah sewanya lewat malam kelmarin.Mangsa yang dikenali sebagai Syafiq Bin Ismail merupakan pelajar tahun ketiga jurusan Kejuruteraan Elektronik di Imperial College.Menurut saksi yang minta dirahsiakan identitinya,dia melihat seorang lelaki yang berlari dalam kegelapan malam dimana lelaki itu seakan-akan dikejar oleh beberapa lelaki lain sebelum mendengar satu dentuman yang amat kuat.Memandangkan keadaan yang gelap ketika itu,saksi gagal untuk mengecam pemuda-pemuda yang mengejar mangsa.

   Ketika unit berita menghubungi keluarganya yang menetap di Perlis,mereka melahirkan perasaan sedih walau bagaimanapun redha dengan ketentuan Illahi ini.Proses membawa pulang jenazah Syafiq diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),selaku badan yang bertanggungjawab untuk menaja Syafiq sepanjang di United Kingdom.Juru cakap polis melaporkan mangsa masih memegang sebuah plastik yang berisi paracetamol,disyaki dibeli daripada sebuah kedai berhampiran.Peniaga kedai tersebut ditahan untuk memberi keterangan.

   Dalam masa yang sama,seorang pemuda yang mabuk cedera parah di hadapan bar berhampiran dengan tempat nahas.Polis mengesyaki kedua-dua kes ini mempunyai kaitan.Presiden United Kingdom,Gordon Brown ketika ditanya mengenai kes ini berkata pembunuhan membabitkan pisau merupakan kes yang menjadi kegusaran setiap penduduk Britain terutamanya di kota London.Beliau menasihatkan…..

   Ikhwan tidak mampu meneruskan pembacaan keratan akhbar itu.Air matanya bederai laju.Sederas-derasnya.Dia baru sahaja kehilangan sahabatnya.Ikhwan menggumpal penumbuknya,geram dengan dirinya.Tidak pernah ambil tahu akan rakannya.Tiada siapa antara ahli keluarganya yang tahu.Semuanya sibuk dengan urusan kakaknya.

   “Ya Allah..Ya Allah..kenapa ujian ini begitu berat Ya Allah…”Ikhwan menangis sepuas-puasnya.Lagak anak kecil yang kehilangan ibunya.Dia terpandang kearah satu kertas yang turut berada didalam sampul tadi.Diambilnya,kemudian dibaca.

Maafkan saya Ikhwan,saya terpaksa kepilkan keratan akhbar ini,saya tak mampu nak luahkan pemergian Syafiq.Baru sahaja mengetahui kehilangannya semalam apabila disiarkan di kaca tv dan surat khabar.Maafkan saya.Moga awak tabah menghadapi dugaanNya ini. -Zarul-

   “Kaca tv?Surat khabar?Aaah takkan tak ada seorang pun daripada sahabat-sahabatku yang tahu akan hal ini?Kenapa tiada siapa pun maklumkannya pada ku?Syafiq maafkan ana Syafiq.Ana ni sahabat yang tak berguna.Di saat anta dijemput pulang oleh Allah,ana langsung tak ambil tau pasal anta.”Ikhwan menangis lagi.Kali ini semakin kuat esaknya.

   Dia menguatkan tangannya untuk mencapai sampul yang ditinggalkannya tadi.Yang hadir bersama-sama bungkusan pemberian Syafiq.Dibukanya perlahan-lahan dalam sendunya.

Assalamualaikum sahabatku Ikhwan,

Kaifa haluka?Ana disini sihat-sihat sahaja.Rindu juga rasanya nak pulang ke tanah air.Rindu kat anta juga semestinya🙂

Ikhwan,terlebih dahulu ana nak minta maaf sebab ana tak dapat nak balik awal seperti yang dijanjikan.Bahan-bahan ni pun ana kena pass kat Zarul.Teruk betul kan ana ni?Maaf ye Ikhwan.InsyaAllah ana menyusul kemudian.

Anta tau tak,bahan-bahan ni banyak ana dapat dari seorang sahabat di Birmingham.Bagus brother tu,dari Pakistan.Kalau berpeluang ana nak kenalkan dia dengan anta.

Ikhwan,jazakallah sebab banyak bantu ana.Susah senang bersama.Anta banyak bangunkan ana tika ana jatuh.Banyak memberi kekuatan pada ana.Entahlah bagaimana ana mampu untuk balas jasa-jasa anta tu.Allah sahajalah sebaik-baik pemebri balasan.

Ikhwan,sepanjang hidup disini ana banyak belajar tentang hakikat kehidupan.Selama ini bila di Malaysia,ana rasa macam terlalu dimanjakan.Yelah semuanya dah tersedia.Sahabat-sahabat kita ramai.Tapi bila disini memang kena survive betul.Dengan iman yang hanya senipis kulit bawang,entah brape kali ana tumpas dan tewas dengan dunia.Ana lemah Ikhwan.Lemah sangat.Tak sabar rasanya untuk ana balik ke tanah air mengembalikan kekuatan.

Ana ingat lagi,anta pernah pesan kat ana,ana sebenarnya tak pernah seorang disini.Ana lupa tentang itu Ikhwan.Allahkan ada bersama kita,mana mungkin ana boleh kata ana keseorangan.Im not afraid to stand alone!Because Allah is always with us.Itu pesananmu Ikhwan.InsyaAllah akanku semat batul-betul dihati.

Ikhwan,ketahuilah,ana seboleh-bolehnya ingin membawa impak yang positif pada ummah apabila ana pulang nanti.Doakanlah ana ye.I dont want to look back.Langkahku kini langkah pejuang.Cukuplah masyarakat jahiliah disekeliling ana ni buat ana kadang-kadang lalai,ana tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka.Jazakallah Ikhwan,anta yang banyak bantu ana.

 Oh ye Ikhwan,ana ada sesuatu nak share dengan anta ni,entah macam mana time ana duk search internet tetiba terjumpa satu benda ni..yang mengimbau memori lama kita.Sayu je rasa.Buatkan ana bertambah-tambah rindu pada semua.Boleh bagi pada mad’u-mad’u kita jugak.Ingat lagi?Terimalah…

 Hayati sambil mendengar lagunya. (<-klik)

Sahabat..

Masih ada waktu

Untuk kau dan aku menghitung

Dosa-dosa lalu

 

Lantas membasuhnya

Kembali menyinar

Menghiasi taman-taman kasih

 

Masih ada waktu bagi kita

Mengikis coreng-coreng mazmumah

Dan mengutip kuntuman mahmudah

Menghiasi kamar hidup ini

 

Dan masih ada waktu bagi kita

Untuk memupuk kasih dan sayang

Sekuntum cinta Illahi

Seharum cinta yang murni

 

Moga ukhwah yang dicipta ini

Kan terjalin bersama mesra sejati

Bersama memupuk kasih cinta Illahi

Moga bahagia di negeri abadi.

 

p/s: Tamat sudah.Mana yang baik moga dipraktikkan,yang buruk dijauhkan.Segala yang baik daripada Allah dan yg buruk itu kelemahan diri saya sendiri.Buat sahibah-sahibahku dan teman-temanku:-

Ana sayang dan cinta kalian kerana Allah!!!Doakan ana..doakan ana..doakan ana.Jazakallah khairan kathira.

3 Responses to “Masih Ada Waktu X (akhir)”

  1. hood September 8, 2008 at 12:36 am #

    Doa, dariku buatmu. Moga sentiasa thabat atas jalanNya.

  2. nazz September 8, 2008 at 7:00 am #

    mengesan….!

  3. Humayra October 26, 2008 at 7:08 am #

    best la crite nie.. just finished reading it from 1st chap till the end. teruskan mengarang ya ukhtie…

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: