Antara Ramadhan dan Merdeka

2 Sep

 

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Laungan yang dirindui..hampir dua tahun tak kedengaran..

Rindu pada tanah air terasa sekali

Tapi ia mengajarku merdeka bukan pada laungan

Ia bukan pada perbarisan

Dan bukan juga pada pertunjukan bunga api

 

Kita bebas..merdeka

Bukan pada tingkah laku

Bukan pada pemikiran

Tingkah laku dan pemikiran harus dijajah syarak

Bukan dijajah Barat

 

Ramadhan…

Ia tiba tatkala tanah airku mencapai usia 51 kemerdekaan

Buatkan aku berfikir..

Merdekakah?Ramadhankah?

Yang perlu kusahut dahulu..

Pasti Ramadhanlah yang perlu ku raikan terlebih dahulu

Kerana dirinya membawa rahmat

Dirinya membawa bahagia pada seluruh umat

 

Merdeka kali ini

Ramadhan kali ini

Buatku bebas..

Bebas dalam beribadah

Bebas dalam mengabdikan diri pada Ilah ku

Bagaimana nasib saudaraku disana?

Di bumi Iraq,Palestin dan Bosnia?

Manakah Ramadhan mereka?Merdeka mereka?

 

Ya Allah dengarlah rintihan hatiku..

Berilah mereka peluang merdeka dan beribadah seperti kami..

Ameen Ya Rabb..

 

 NHMZ

St George’s Road

4 Responses to “Antara Ramadhan dan Merdeka”

  1. nazz September 3, 2008 at 5:07 am #

    luahan hati akan singgah di hati ini…alhamdulillah.

    Sajak seorang ahli matematik, subhanallah.

  2. mukminahmujahidah September 3, 2008 at 5:41 am #

    Ahli matematik…tingginya title tu untuk ana…x layak rasanya..doakanlah moga ana dapt jadi ahli matematik yg menyalurkan ilmunya untuk islam..doa buat semua jugak..

  3. nazz September 5, 2008 at 4:42 am #

    anti, applied maths susahnya..!!!!! Malam kelmarin terpaksa tidur pukul 4pg…siapkan assignmnt. Ana tak boleh bayang macam mana anti studi double intgral, numerical methods dan segala yang susah2 tu kat sana seorang diri.

    Doakan ana…untuk Applied Maths this semester.

  4. mukminahmujahidah September 5, 2008 at 9:39 am #

    chaiyok2 ukhti!
    InsyaAllah ana doakan..
    Numerical methods kita ada bljar kat matrik dulu..ingat lagi tak?klau xsilap ana..basic dia kita dah ada..InsyaAllah moga Allah mudahkan..
    That we say..Im not afraid to stand alone..Allah always with us rite?
    Kalau takde Allah..ana pun terkapai2…

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: