Apabila lemahnya iman

22 Aug

   Pertama-tamanya saya mohon maaf  atas ketelanjuran ‘post’ yang lepas..yang telah pun di ‘delete’.Saya tidak sangka ia menimbulkan kontroversi.Niat dihati,tajuknya dapat menarik perhatian supaya dapatlah diri ini ditazkirah.Tapi lain pula jadinya.Moga Allah ampunkan kekhilafan saya.Post itu adalah benar dan tidak benar.Benar apa yang berlaku pada diri saya dan tidak benar apa yang difikirkan oleh para pengkomen.(Jazakallah to hood and irhafiz).Sebagai solusi pada ‘post’ itu,saya kemukakan ‘post’ kali ini pula.Jazakallah pada sahabat-sahabat yang tidak pernah jemu-jemu menguatkan diri ini,secara langsung ataupun tidak langsung,walaupun ada antara kita yang tidak pernah bertemu.Inilah indahnya Islam.

   Rasulullah SAW pernah bersabda,”Iman itu naik dan turun.”Seorang sahabat saya pernah berkata,iman itu naik tetapi ia tidak akan melebihi sunnah Rasulullah SAW dan ia akan turun tetapi tidak akan sampai melakukan maksiat.

  Adakah dikatakan orang itu beriman jika ia melakukan maksiat?Jika seseorang berzina,mencuri atau menipu tidaklah dikira beriman orang itu pada ketika itu,tetapi dia beriman pada ketika yang dia tidak melaksanakan maksiat tersebut.

   Apabila seseorang daie itu futur(melemah),hilanglah rasa nikmatnya beribadah.Setiap perlakuannya dibuat sambil lewa.Tidak ada lagi perasaan ingin berlumba-lumba berbuat kebaikan.Ibadahnya juga tidak didasarkan sepenuhnya ikhlas kerana Allah.Semangat untuk mengajak umat ke arah kebenaran pun hilang dan kerja-kerja dakwah juga menjadi lembap.Fenomena yang tidak dapat lari daripada seorang daie ini juga turut dikupas oleh Ustaz Fathi Yakan dalam bukunya “Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah.”

   Iman yang lemah sering dikaitkan kerana kegagalan diri mengawal nafsunya.Selain mulanya bertompok penyakit-penyakit didalam hati.

Tetapkanlah iman kami Ya Allah

Tetapkanlah iman kami Ya Allah

Tidak  ada  ubat bagi mengubati penyakit-penyakit  itu  melainkan ubat  yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.  Janganlah  berusaha mencari ubat-ubat yang lain. Tidak akan sembuh  penyakit-penyakit itu melainkan dengan ubat yang telah digunakan oleh Baginda SAW.

 

Untuk  mengubati  sesuatu penyakit, perlu  terlebih  dahulu  kita melihat jenis penyakit tersebut. Ubat yang mujarab ialah apa yang berlawanan dengan penyakit yang menyerang manusia.

 

1.  Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah SWT, maka  ubatnya ialah mentauhidkan Allah SWT.

 

2.  Jika  penyakit itu ialah melakukan  amalan  berdosa,  ubatnya  ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah SWT.

 

3. Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diber­ikan Allah SWT, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab terse­but.

 

4. Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil  terhadap perkara  yang disukai Allah SWT, ubatnya ialah  perlu  mengambil berat, suka, redha dan cinta terhadapnya.

 

5.  Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada  Allah SWT,  ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah SWT dalam  semua hal kehidupan.

 

Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan boleh terlepas daripada  keputusan  Allah  SWT.  Segala-galanya  perlu dirujuk dan dikembalikan kepada keputusan Allah SWT. iaitu  meru­juk dan kembali kepada syarak atau Islam sahaja.

 

 

6.  Jika  penyakit itu ialah memandang kecil  dan  hina  terhadap nilai-nilai  Allah SWT,  ubatnya ialah  kembali  menilai  dengan tinggi, agung dan baik akan nilai-nilai Allah SWT. Manusia  harus diberi  kefahaman  sebenar  terhadap nilai-nilai  Allah SWT dan ditarbiyyah.  Dengan  cara ini barulah  penyakit  tersebut  dapat sembuh.

 

 

   Moga Allah memberi kekuatan pada kita semua untuk mempertahankan mahkota iman ini.Sempena kedatangan Ramadhan yang sudah hampir ini,marilah kita sama-sama meningkatkan ubudiyyah kita pada Allah SWT.Insya Allah.

Wallahualam.

Doakan ana.

8 Responses to “Apabila lemahnya iman”

  1. hood August 22, 2008 at 2:39 pm #

    Moga iman kita lebih naik dari turunnya..
    Salam ziarah~

  2. nazz August 25, 2008 at 12:01 am #

    alhamdulillah, ana suka nasihat begini. Jazakillahkhairan kashira Husna. Macam mana percutian di Paris?

    Ana asif sebab tak sempat nak tunai janji2 ana lagi, entahlah, kekangan yang datang banyak benor pulak…buzy yg entah ke mana. Adeii..

    InsyaAllah, rehlah kami ke Gua Kelam terpaksa di batalkan……!! Ayah ana suruh ana ke KL jugak untuk tamrin tu. lagipun hati ana dah meronta-ronta ketandusan. Doakan ana selalu kat cn…

  3. irhafiz August 26, 2008 at 8:13 am #

    izinkan saya lakarkan sedikit kata-kata….

    “beruntunglah sesiapa yang hari ini lebih baik dari semalam,
    rugi lah sesiapa yang hari ini sama dengan semalam,
    celaka lah sesiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam”

    pesanan ini untuk saya, doakan saya untuk amalkannya…

  4. mukminahmujahidah August 26, 2008 at 9:00 am #

    [to hood n irhafiz]
    Pesanan antum berdua ni ana slalu dgr tapi jarang sgt nak praktikkan..aduh..InsyaAllah doa ana utk semua..doakan ana juga..jzkk

    [to nazz]
    Allah nak tarbiyyah kita ukhti..InsyaAllah ana doakan..doakan ana juga

  5. nazz August 27, 2008 at 1:10 am #

    [to irhafiz]

    mungkin saudara irhafiz ada beberapa action plan untuk menjadi orang yang lebih baik dari semalam untuk dikongsikan.

    Kadang-kadang kita tak perasan apa yang kita buat hari demi hari, tambahan bila sibuk jadi students 2nd year. Macam2 kita fikir, tentang kelab, ko-kurikulum dsb. Sedar2 masa dah pun habis. Meningkat atau tidak? borang mutaba’ah mungkin berguna, tapi rushing benar rasanya hidup ni…

  6. nuraiman August 27, 2008 at 5:44 am #

    Lemahnya Imanku Ya ALLAH..

    Ya ALLAH ya Tuhanku,
    ampuni segala dosaku yang kecil mahupun yang besar,
    yang telah lalu dan yang terkini,
    yang kulakukan secara terang-terangan atau secara sulit,
    yang kusedari atau tidakku ketahuinya,,

  7. irhafiz August 28, 2008 at 9:18 am #

    [to nazz]

    ini pendapat;

    nilai istiqamah, berterusan, dalam ibadah dan kebaikan adalah tinggi walaupun ia sedikit ATAU biarlah sedikit asalkan berterusan.
    pendapat saya, Utamakan apa yang utama. Dalam membezakan mana yang utama perlukan ilmu.

    Rasulullah amat mengutamakan soal ilmu, dan yang beramal dengan ilmunya. Jadi berdampinglah dengan kuliah-kuliah, usrah-usrah atau bual-bual agama walaupun informal. Di sana ada roh yang akan mengajak kita dan menguatkan kita. Dalam majlis ilmu tersebut, harapkanlah rahmat dari Allah, berdoa walaupun dalam hati, agar menjadi insan yang baik, kerana antara masa yang makbul doanya ialah dalam majlis ilmu.

    Jika ada lintasan didalam hati untuk berbuat kebaikan, maka lakukanlah, bimbang nanti jika tidak dilakukan, anda tidak akan terlintas lagi untuk melakukan kebaikan. Lintasan tersebut juga adalah pilihan Allah.
    Bersyukurlah kerana terpilih.

    Utamakan ibadah yang wajib… dengan sempurna.
    Diikuti dengan ibadah sunnah…
    Sibukkan diri dengan hal-hal agama…
    Tak semestinya kita perlu meninggalkan dunia, sebab dunia adalah jambatan ke akhirat.
    Jadi, laksanakan dunia mengikut landasan Islam, ia juga ibadah.

    Pesanan ini untuk saya semestinya…

    Wallahua’lam..

  8. nazz August 29, 2008 at 4:46 am #

    [to irhafiz]

    Jazakallahukhairan kashira di atas pedoman yang diberikan. Mungkin selama ini saya jahil dalam fiqh aulawiyaah. Selalu tersasar dari misi sendiri. Lintasan hati kepada kebaikan….selalu datng tapi selalu juga bertangguh. Nampaknya punca segala kesilapan adalah sikap diri sendiri.

    Mesti Baiki!!!

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: