Fenomena ‘Insya Allah’

20 Aug

Seringkali kita mendengar perkataan insya Allah.

Apa yang dimaksudkan dengan insya Allah?

 

          Pernah suatu ketika dulu, ketika menghadiri kursus undang-undang jalan raya di Ipoh,pegawai yang berceramah itu bertanya kepada para peserta,adakah kami faham dan boleh mengikut semua undang-undang jalan raya.Seperti biasa ramai antara kami yang menjawap ‘Insya Allah’.Alangkah terkejutnya saya apabila penceramah itu berkata dia tidak suka mendengar perkataan Insya Allah kerana katanya kami tidak yakin dengan jawapan kami.Dan kelihatan beberapa peserta kuffar mengangguk kepala tanda setuju.Ingin sahaja bangun bertikam lidah,menegakkan kebenaran,tetapi apabila memikirkan suasana yang tidak sesuai ketika itu,terus sahaja diam menahan marah.

 

Insya Allah bermaksud dengan izin Allah. Namun ia seringkali disalah ertikan

 

        Aduh, ini salah faham yang besar. “Insya Allah” yang sering disalah gunakan telah menyebabkan kekeliruan dikalangan masyarakat awam.

 

        Sebenarnya “insya Allah” itu sama ertinya dengan “aku berjanji” cuma “insya Allah” lebih menunjukkan keyakinan kita pada kehebatan Allah, yang mana apa-apa yang kita usaha tak semestinya menemui matlamat yang kita impikan, kerana ia bukan hanya melibatkan perjanjian antara dua pihak, tetapi melibatkan campur tangan pihak yang ketiga, iaitu Allah tuhan semesta alam.

 

Sesungguhnya manusia itu diciptakan berkeadaan lemah

Sesungguhnya manusia itu diciptakan berkeadaan lemah

 

 

 

        Setelah melafaz janji, orang Islam akan cuba memenuhi janji tersebut.Bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Walau bagaimanapun sekiranya ia gagal untuk memenuhinya setelah berusaha bersungguh-sungguh, maka ia dimaafkan. Kita akan redha akan takdir tersebut, sebab kita yakin setiap keputusan Allah pasti ada kebaikannya, samada kita sedar atau tidak.

 

       Masalah yang berlaku pada umat Islam sekarang ialah menggunakan perkataan itu hampir pada setiap situasi.Patutkah apabila diajak berbuat maksiat kita masih mampu menuturkan ‘Insya Allah’?Sebagai contoh,seorang artis yang membawa unsur-unsur cinta manusia didalam nyanyiannya  baru sahaja memenangi anugerah.Kemudian ketika memberi ucapan penghargaan,dia berkata ‘InsyaAllah saya akan teruskan buat yang terbaik dalam industri hiburan’.Mana mungkin Allah redha dengan sesuatu kerja maksiat?

       Dan kebanyakan kita mengucapkan ‘Insya Allah dengan sambil lewa,dan tiada niat pun untuk menunaikan janji itu.Kita menjadikan ‘Insya Allah’ sebagai kata pelepas atau demi untuk melegakan hati pihak yang dijanji.

      Tetapi sahabat-sahabat semua,bukanlah kata-kata ini yang menjadi ukuran tahap keimanan kita,tetapi janganlah sehingga orang lain memandang rendah pada umat Islam disebabkan ketidakyakinan mereka pada janji yang ditabur orang Islam.Memungkiri janji adalah ciri-ciri orang munafik,jadi berusahalah memenuhi janji selagi ia bertepatan dengan syara’.

         Allah Maha Adil, pasti menganugerahkan kebaikan pada sesiapa yang berusaha kearah itu. Tiada takdir yang bersifat penganiayaan terhadap diri kita. Cubaan dan dugaan hidup yang kita hadapi sesuai dengan aras keimanan kita.

 Firman Allah:

 “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” (Al-Ankabut, ayat 29)

 

Editted version.Credit to irhafiz

4 Responses to “Fenomena ‘Insya Allah’”

  1. hood August 20, 2008 at 4:18 pm #

    betul, kita perlu berhati-hati dgn apa yg kita tuturkan.
    fikir dulu sebelum bertindak…
    seringkali diri ini terlupa.
    Allah… grant us with your might..

  2. nazz August 29, 2008 at 4:52 am #

    pernah sekali waktu di matriks. Ana cakap pada lecurer InsyaAllah I’ll arrive here at before 2.30.
    Then lecturer tu cakap pada ana, InsyaAllah InsyaAllah tu selalunya tak akan ditepati.

    Fuhh, terkejut ana. Salah faham terhadap InsyaAllah nampaknya. Ana pun cakap pada lecturer tu, sebab InsyaAllah tu saya mesti tepati apa yang saya katakan sebab saya berjanji dengan Allah.

    Lecturer tu kata balik kat ana….this is the first time saya dengar orang cakap macam ni. betul tu, InsyaAllah bermakna kita promise dengan Allah. Thank you, thank you, hebat jawapan awak.

    Ana ghenyih je…ngengenge…

  3. irhafiz August 29, 2008 at 7:09 am #

    [to nazz]

    alhamdulillah… tak semua orang mampu memberikan jawapan sebegitu…
    lebih-lebih lagi pada mereka yang agak sedikit disegani.

    tahniah…

  4. mukminahmujahidah September 1, 2008 at 10:40 am #

    betul-betul..🙂
    rindunya ana pada matrik kita ukhti..bila lagi la dpt ke sana..
    “Keimanan menjana perubahan..”
    Salam ramadhan

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: