LAPTOP OH LAPTOP

4 Aug

Sahabat-sahabat yang dikasihi…Bagaimanakah hari kalian hari ini? Apakah di dalamnya sarat dengan ketaatan dan pengharapan kepada Allah? Atau sebaliknya? Kawan-kawan, mari menghitung potongan detik-detik kehidupan selama ini. Pernahkah kita sedar bahawa hidup ini terlalu pendek dan singkat? Jika kita sedar hidup ini terlalu singkat, bertanyalah pula kepada diri, ke manakah hidup yang singkat ini bakal dipimpin? Ke manakah perginya saat-saat berharga selama ini ? Bukankah hidup ini AMANAH? Apakah benar setiap hembusan nafas adalah JIHAD? Bilakah lagi  detik usia ini akan menjadi IBADAH?

Seorang Muslim tidak berupaya melarikan diri dari berhadapan dengan persoalan-persoalan seumpama ini. Inilah hakikat kehidupan!

Dan orang-orang kafir berkata, ‘Hari Kiamat itu tidak akan datang kepada kami.’ Katakanlah, ‘pasti datang, demi Tuhanku yang mengetahui yang ghaib, Kiamat itu pasti akan datang kepadamu. Tidak ada yang tersembunyi  bagiNya, sekalipun seberat  zarrah baik yang di langit mahupun yang di bumi, yang kecil dari itu atau yang lebih besar, semuanya tertulis dalam Kitab yang jelas(Lauh Mahfuz).”

(Saba’: 3)

                Tidak dapat dinafikan, hampir setiap siswa dan siswi memiliki sebuah laptop atau notebook. Kepesatan perkembangan teknologi dan komunikasi hari ini sangat banyak membantu pertumbuhan dakwah Islam. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Inilah tanda kebesaran dan keagungan Allah. Tetapi , sedarkah kita bahawa  gadget ini merupakan senjata paling berkuasa yang diperalatkan oleh musuh Islam dalam meruntuhkan kebangkitan Islam?! Musuh-musuh Islam mengambil kesempatan ini merosakkan saki-baki keimanan umat Islam di seluruh dunia.

           Dengan sebuah laptop ( dan internet) tak terbilang bilangan Muslimah yang terjebak dengan sihir cinta manusia. Anak-anak Muslim pula mencuci mata mereka dengan tayangan seks lucah, aksi-aksi  ganas yang bertentangan dengan Islam, dan seribu satu lagi kemaksiatan yang mereka lakukan setiap hari. Satu maksiat akan diikuti pula oleh deretan maksiat yang lain. Tidak kira golongan muda mahupun tua, generasi demi generasi menghadapi kehancuran iman yang amat dahsyat. Mereka seolah-oleh terpisah dari Islam dan Iman. Islam adalah satu yang janggal, jelek, not up to date dan sudah tidak serasi dengan perkembangan zaman.

            Inilah zaman kehinaan umat Islam.  Komunisme, materialism, liberalism dan pelbagai ideologi sesat lebih menguasai kaum Muslimun di setiap ceruk dunia. Siapa Rasulullah? Dia Nabi kita. Lagi? Entah, tak minat lah topik ni. Membosankan. Solat di mana Subuh tadi? Macam besa, kat bilik. Eh, tak ke masjid berjemaah? Ha? Berjemaah? Ayah pun sembahyang kat rumah. Jom pergi rumah saya. Rumah kau ada TV? Aku tak boleh hidup lah takde TV. Hei, tu barang ISRAEL. Tak boycott ke? Hehehe, tak mampu lah. Ni keperluan. Apakah ada kehinaan yang lebih dahsyat?

            Menyedari hakikat ini, tepuk dada dan tanya lah pada hati itu, di manakah kita? Di manakah kita? Di manakah kita? Apakah kita masih ada masa untuk duduk dan berbual-bual kosong, makan KFC, window shopping, chatting dan tidur yang panjang? Tanyakan kepada diri itu sekali lagi, di manakah kita?

Di manakah kita??!!

            Siapakah manusia yang mengakui beriman kepada hari Kiamat, padang Mahsyar, titian shirath, syurga dan neraka? Kita kah orang itu? Atau kita adalah ahli ibadah yang bermain-main? Marilah kembali beriman kepada firman Allah dalam Surah Saba’ ayat 3 seperti mana yang dikemukan di atas. Wahai kawan-kawan teman seperjuangan, menyedari kehidupan yang sangat singkat ini, berpeganglah kepada seruan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna, inilah aku! Tepuklah dada dengan penuh kebanggaan iman dan laungkan inilah aku wahai umat Islam!

                Untuk apakah menyeru sedemikian rupa? Kerana kita adalah manusia yang sarat dengan kelemahan, tetapi terbakar dengan kejelasan cita-cita. Mukmin Muslim sepatutnya sudah jelas cita-cita hidupnya, agar dia tidak mudah terpesona dengan acahan dunia. Dia terpelihara dari kelekaan dan bermesra dengan dunia. Dia juga tidak tergolong dalam golongan mubazziriin(gol. yg. membazir). Masa dan detik hidupnya tidak dibaziri dengan amal-amal syubahah, apatah lagi yang haram. Dia tidak terikut-ikut dengan trend dan taste yang dihidangkan oleh musuh-musuh Islam. Segala kemudahan dan peluang yang ada digunakan semaksima mungkin untuk membuktikan seruannya tadi, inilah aku! Dia sangat optimis mengharungi kehidupan. Jika Muslim lain menggunakan electronic gadgets untuk maslahat peribadi, tetapi dia menggunakannya untuk melancarkan serangan ke atas jahiliyyah dan kuncu-kuncunya. Dia manusia yang cerdik dan cerdas, sepertimana yang pernah di sabdakan oleh Rasulullah s.a.w.

Cerdik = mencuri segala peluang yang ada untuk manfaat umat Islam dan Islam

Cerdas = memikirkan jalan penyelesaian terbaik penderitaan akidah yang menimpa umat Islam, menjadi agen berkesan meruntuhkan jahiliyyah.

Laptop dan notebook yang sangat mudah dibawa ke mana-mana semestinya disyukuri oleh setiap pemiliknya. Dengan sebuah laptop, pelajar Muslim mudah melangsaikan assignments, thesis, lab report, tutorials dan sebagainya. Anywhere dan anytime. Seorang Muslim juga seolah-olah mendapat teman soleh yang baru apabila bersama dengan laptop. Ini kerana segala isi dan kandungannya mampu dikawal oleh pemiliknya. Jika dia merasakan dia lalai, e-books Islam sangat banyak untuk di tatapi. Jika hatinya perlukan sedikit rawatan, Al-Quran didengar sebagai zikir.

Dia juga berupaya menukilkan isi hatinya di dalam laptop itu. Apabila dia menemui sesuatu idea atau ilmu yang bermanfaat untuk Islam, dia mampu untuk berkongsi dengan seluruh Muslim di serata dunia. Sekali gus, sebuah laptop dapat merapatkan pemilknya dengan Allah. Ini kerana setiap apa yang dilakukan oleh pemilik laptop itu bersangkut-paut dengan peribadi Mukmin yang sedar dan jelas akan hakikat kehidupan yang dibincangkan tadi. Kehidupannya tidak mudah terputus dengan keagungan dan kebesaran Dzat Allah.

Inilah kita wahai teman-teman seperjuangan. Usah terlupa bahawa setiap anak Adam akan berhadapan dengan perhitungan Allah kelak. Persiapkahlah bekalan!! Tidak ada manusia yang mampu membuat ramalan tarikh kematiannya. Oleh itu, sentiasa lah berada di mihrab JIHAD! Agar hidup ini menjadi IBADAH kepada Allah. Laksanakan lah DAKWAH kerana inilah tugas para Rasul, ulama, orang-orang soleh dan syuhada’. Kini tugas itu mengalir perlu mengalir dalam darah Mukmin, kerana inilah ciri orang beriman!! Pembelaan Allah hanya lah kepada orang beriman dengan ciri-ciri keimanan….

“Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya(iman).”

(Al-Baqarah: 257)

Belajar adalah jihad, lawan nafsu adalah jihad, mendidik diri untuk meningkat adalah jihad, sabar terhadap dugaan dalam dakwah adalah jihad, dan menggunakan kepakaran untuk Islam adalah jihad. Jangan sia-siakan peluang yang ada, persiapkan kekuatan, dan teruskan jihad kalian. Semoga Allah bersama kalian….Wallahua’lam.

 

One Response to “LAPTOP OH LAPTOP”

  1. hood August 4, 2008 at 12:30 pm #

    menarik! peringatan buat ana~😀

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: