Masih Ada Waktu VII (samb.)

18 Jul

   

    Bunyi dentuman guruh bersahut-sahutan.Kelihatan seorang gadis belasan tahun keluar daripada pintu belakang rumah dua tingkat itu.Tingkat bawahnya dibuat daripada batu-bata manakala tingkat atas daripada papan.Tangannya sibuk membetul-betulkan tudung labuh ungu dikepalanya sambil dia berlari-lari anak ke arah ampaian baju.Pantas tangannya mengangkat semua kain jemuran,takut-takut hujan turun membasahi baju yang dibasuhnya pagi tadi.

   “Yeah yeah tak dapat..yeah yeah tak dapat…”

   Sakinah terkejut melihat adik lelakinya sedang berkejar-kejaran bersama rakannya diatas jalan tar.Walaupun jalan itu bukanlah jalan utama yang sibuk dengan kenderaan lalu lintas,tetapi hatinya tetap gelisah ditambah dengan keadaan langit yang mendung dan bunyi guruh tidak henti-henti.Awan hanya menunggu masa sahaja untuk menumpahkan isinya membawa rahmat keseluruh alam.

   “Uzair!!Balik!!Nak hujan dah ni!”Lantang suara Sakinah memanggil adiknya balik.Kanak-kanak itu terkejut,lantas cepat-cepat berlari cuba untuk masuk ke rumah melalui pintu hadapan.Hampir-hampir dilanggar oleh sebuah basikal.Sakinah beristighfar.Diurut dadanya berkali-kali.

  “Budak ni.”Dengus Sakinah.Dia meneruskan kembali mengangkat baki jemuran yang masih ada diampaian.

  “Hai anak dara ni menjerit-jerit?Mana perginya ciri-ciri wanita solehah ye?”Terasa sesuatu singgah dibahunya.Sakinah terkejut lantas segera berpaling.

 ” Eh Abang Wan!Bila sampai?Tak bagitau pun nak balik?”Sakinah lantas menyalami abang sulungnya itu.Ikhwan hanya tersenyum.Dia kemudian membantu Sakinah membawa bakul yang penuh berisi pakaian masuk ke dalam.Setelah diletakkan bakul itu di satu sudut,Ikhwan mengajak Sakinah duduk di ruang tamu.Puan Maryam,ibu Ikhwan juga ada disitu.

   “Kenapa Kinah jerit-jerit tadi?”Soalan Sakinah tadi dibiarkan tanpa jawapan.Sakinah mengeluh,soalannya dibalas dengan soalan pula.

   “Uzair tu main tengah jalan.Bahaya.Hari pun nak hujan dah ni.Dia tu kecil lagi,baru je masuk darjah satu.”Sakinah memberi penjelasan sambil tangannya mengambil teko,menuangkan air teh untuk abangnya yang sedia dibuat oleh ibunya sebentar tadi.Puan Maryam hanya tersenyum melihat gelagat anak teruna dan anak daranya itu.

   “Abang Wan rasa,Kinah tak perlu menjerit kan?”Ikhwan sengaja membalas dengan soalan.Dia mahu adiknya berfikir.

  “Ye Kinah tahu.Tadi Kinah hilang sabar abang.”Sakinah tunduk.Ada rasa kesal diwajahnya.Ikhwan tersenyum.Dia faham Sakinah sahajalah yang ada dirumah untuk melihat dan menjaga adik-adik lain.Sakinah baru sahaja menamatkan pengajiannya di Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng.Sekarang dia masih menunggu untuk dipanggil memasuki Universiti Awam ke peringkat Ijazah Pertama.Keluarganya yang hanya tinggal di Ipoh membuatkan Sakinah sering pulang ke rumah setiap hujung minggu jika tiada aktiviti kolej.

   Ketiadaan Ikhwan dan Nur Afrah,kakak sulungnya dirumah menyebabkan Sakinahlah yang banyak membantu ibu bapa mereka menguruskan adik-adik.Jadi dia tidak hairan melihat Sakinah selalu marah-marah dengan dua orang adik lelakinya,Zakwan dan Uzair.Mungkin Sakinah rasa dengan cara memarahi dapat mendidik mereka.Ikhwan bertekad untuk membantu Sakinah sementara dia mendapat pekerjaan selain meluangkan masa dengan mad’u-mad’unya.

   Melihat seraut wajah Sakinah mengingatkan dia kepada Nur Afrah.Wajah mereka berdua hampir seiras cuma Sakinah dan adik-adiknya yang lain tidak mempunyai lesung pipit sebagaimana dirinya,Puan Maryam,Ustaz Yusoff,bapanya dan Nur Afrah.Tetapi wajahnya tetap ayu,kulitnya mulus,rambutnya ikal mayang tetapi ditutup rapi apabila dihadapan lelaki ajnabi.Kelembutannya mampu menggugat hati setiap lelaki yang memandang ditambah apabila dia menggayakan jubah labuh dan tudung labuh.Manis rupanya.Tetapi sayang,Sakinah agak kasar dan garang apabila berhadapan dengan adik-adiknya.Tetapi Ikhwan yakin,satu-satunya adik perempuannya itu masih boleh dididik dengan akhlak-akhlak Islam.

  “Erm Kak Afrah mana ummi?Bakal raja sehari ni,tak nampak pula dari tadi.”Ikhwan berseloroh.Puan Maryam sedikit tertawa.

  “Dalam bilik agaknya.Tadi ummi nampak dia tengah ambil wudhu’.Mungkin tengah solat.”

   “Aik solat apa lepas asar ni?Solat isthikarah untuk Ustaz Khairul ke?”Ikhwan cuba menduga.Dia sengaja memancing perhatian kakaknya.Sudah lama dia tidak berjumpa dengan kakak sulungnya itu.Ikhwan juga bukan tidak perasan kehadiran Nur Afrah,sengaja dia mengusik kakaknya.

  “Aii akak dengar tu Ikhwan.”Kelihatan kepala Nur Afrah sedikit terjenguk keluar daripada daun pintu bilik solat.Terletak berhampiran dengan dapur.Dia baru sahaja menyudahkan bacaan al-mathurat.Ikhwan tersengih.Puan Maryam dan Sakinah hanya tergelak kecil.

   “Ampun kak.Orang gurau je.”Ikhwan terkekek-kekek menahan gelak.Sakinah menggeleng kepala melihat kelakuan abangnya.Dia juga pernah terkena dengan gurauan abangnya ketika Ikhwan cuba untuk menjodohkan dia dengan sahabat baiknya Syafiq.Ketika itu dia malu tersipu-sipu.Tetapi tidak disangka abangnya hanya bergurau.Merah padam mukanya menahan malu.Tetapi kerana sikap Ikhwan yang ramah itulah buat orang mudah tertaut dengannya.Sakinah banyak belajar daripada Ikhwan cara-cara untuk memenangi hati adik-adiknya.Dengan adik beradik,Ikhwan lebih berlembut.Lebih lembut pendekatannya berbanding mendekati masyarakat luar.

  “Adik akak ni bila sampai?Senyap je.Dah habis belajar baru nak balik ye.”Satu-satu ayat Nur Afrah terkena tepat pada batang hidung Ikhwan.Dia sedar selama ini dia kurang menghabiskan masa dengan keluarganya sepanjang tempoh belajar.Sekali-sekala sahaja dia meluangkan masa untuk menghubungi ibunya,bapanya dan adik-adiknya.Kesedaran itu datang lambat tetapi dia tidak putus asa.Dia berazam untuk memberi lebih perhatian pada adik-adiknya.Terutamanya Sakinah yang dianggap sebagai bunga yang sedang mengharum di taman.Bakal menyebarkan bau-bau wangi ke tempat lain juga.Kegiatan dakwahnya di Shah Alam membuatkan dia hampir terlupa untuk menjenguk khabar Srikandi Islam itu dan adik-adiknya yang lain.

   “Baru je Kak Afrah.Lepas Zuhur tadi berangkat.”Ikhwan bangun menyalami kakaknya.Nur Afrah menyambut huluran tangan Ikhwan.Dia kemudian melabuhkan punggung disisi ibunya.

   “Wan,walaupun hampir pasti akak menjadi zaujah Ustaz Khairul,tidak salahkan kalau akak terus meminta petunjuk daripada Allah?Kalau betul pun akak solat isthikarah tadi kan?”Nur Afrah kelihatan tenang.Tiada riak dendam atau benci diwajahnya.Ikhwan terkedu.Sedarlah dia bahawa kata-katanya tadi sudah mengguris hati kakak kesayangannya itu.

  “Maaf kak.Wan terlepas cakap tadi.Secara spontan.”Ikhwan memandang mata Nur Afrah.Dia mengharapkan belas kasihan daripada wanita yang berusia akhir 20-an itu.Sakinah dan Puan Maryam juga turut bersabar menunggu respon daripada bibir mungil milik Nur Afrah.

  “InsyaAllah,Wan tak salah apa-apa.Akak tak tersinggung.Cuma suka akak ingatkan,Wan harus berhati-hati apabila berkata.Jika terkena pada orang yang hendak kita bawa pada Islam,mungkin mereka akan lari.”Nur Afrah menarik nafas kemudian menyambung.

   “Wan lupakah Allah pernah berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 21 yang bermaksud,

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad),engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu),dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati,tentulah mereka lari dari kelilingmu.

  Ikhwan mengangguk-angguk.Sakinah pun begitu.Mendekati masyarakat secara berhikmah dan lembut penting,sebagaimana sunnah Rasulullah SAW.Umat Islam dahulu bermula dalam keadaan dagang (asing),dan sekarang ia kembali dagang (asing).Oleh itu cara untuk kembali menjadikan Islam sebagai Ustaziatul Alam ( Ikutan alam ) ialah dengan melaksanakan kembali ciri-ciri dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.Betapa ramainya kafir quraish dahulu yang masuk Islam kerana tertariknya dengan keindahan akhlak nabi dan para sahabat.Jadi amatlah penting bagi umat Islam kini memancarkan akhlak yang mulia kerana akhlak merupakan cerminan peribadi dan hati seseorang.Keimanan yang utuh kepada Allah SWT akan membuahkan akhlak yang terpuji.

     “Pin pin”.Kedengaran bunyi hon kereta daripada luar.Puan Maryam menjenguk daripada tingkap.Suaminya Ustaz Yusoff yang baru pulang daripa bekerja sedang memunggahkan sesuatu dari dalam bonet kereta.

 ” Yeah yeah abi balik!!” Uzair kelihatan berlari-lari menuju ke arah pintu.Zakwan pula cuba  menarik-narik tangan adiknya,cuba bersaing untuk mendahului adiknya bertemu bapa mereka.Mereka berdua daripada dapur.Walaupun Zakwan sudah pun berumur 11 tahun,perangainya masih kebudak-budakan memandangkan dia sering dimanja sebelum kelahiran adiknya,Uzair. 

     “Pong!”Uzair dan Zakwan terlanggar dinding papan luar bilik solat.Serentak daripada itu sebuah jam dinding jatuh.Pecah.Pakunya tercabut.Serpihan jam itu hampir sahaja mengenai mereka.

  

      ” Astaghfirullah al azim.Zakwan!Uzair!Apa korang dah buat ni?”Sakinah bersuara.Puan Maryam,Ikhwan dan Nur Afrah juga terkejut.Ustaz Yusoff berlari-lari ke pintu,setelah mendengar bunyi benda pecah.Sakinah lantas bangun,hatinya geram.Rasa ingin dipulas sahaja telinga adik-adiknya itu.

   “Kinah..”Lembut suara Puan Maryam,Ikhwan dan Nur Afrah memanggil.Serentak.Nur Afrah menggelengkan kepala,sebagai isyarat supaya Sakinah tidak memarahi Zakwan dan Uzair.Sakinah duduk kembali.Hatinya akur.Dia cuba untuk menahan marahnya.Nur Afrah bangun lantas cuba untuk membantu kedua adiknya bangun.Ikhwan juga bangun,cuba membantu ayahnya diluar.

  “Uzair,Zakwan,pergi salam dengan abi dulu ye.Nanti kakak nak jumpa.”Lembut Nur Afrah menegur adik-adiknya.Dia kemudian ke dapur untuk mengambil penyapu dan penyodok sampah.Sejurus selepas itu dia kembali dan mula menyapu serpihan kaca yang bertaburan.

   “Itu jam kesayangan dia.Hadiah daripada Kak Aida dari Mesir sempena hari pertunangan dia.Macam mana Kak Afrah boleh tak bengang dengan budak-budak tu?Oh kakak,kalaulah Kinah boleh jadi sesabar kakak.”Sakinah bermonolog.Dia hanya mampu memandang geram gelagat adik-adiknya sedang bermanja-manja dengan bapanya.Puan Maryam bangun dan duduk disebelah Sakinah.Dia kemudian mengusap-usap rambut anak gadisnya itu.

   “Sabar itu juga merupakan buah iman.Dia tidak akan lahir melainkan dengan kekuatan iman dan kesanggupan melemahkan nafsu marah.Ketika kita nak marah tu la Allah nak uji kita.”Puan Maryam seakan-akan dapat membaca isi hati Sakinah.Sakinah angguk,diciumnya pipi Puan Maryam.

  “Anak-anak abi yang soleh,jangan sedih-sedih semua.Ni tengok apa abi bawa ni!Rezeki dari Allah.”Ustaz Yusoff tiba-tiba muncuk dimuka pintu.Ikhwan membuntutinya di belakang.

“Wah!!!Durian!!!Alhamdulillah!!”

   Ikhwan tersenyum melihat adik-adiknya menyerbu raja buah itu sebaik sahaja bapanya meletakkan ia ke bawah.Sakinah pantas ke dapur mengambil parang dan surat khabar,bagaikan tiada apa yang berlaku sebentar tadi.Mereka sekeluarga amat gemar akan durian.

   “Akan ku buat musuh gentar denganmu,dengan kebengisanmu.Biarlah marahmu,garangmu pada musuh Islam,bukan pada adik-adikmu.InsyaAllah Kinah,Allah bersama kita.”Ikhwan bermonolog.Dia yakin dapat membantu Sakinah melawan nafsu marahnya terhadap adik-adik.Ikhwan pernah berhajat untuk menjodohkan Sakinah dengan Syafiq,sahabatnya di United Kingdom.Tetapi dia segan dengan Syafiq kerana adiknya yang garang itu rasanya tidak layak dengan kesolehan Syafiq.Pernah sekali dia menguji Sakinah untuk mengetahui kesediaannya untuk mendirikan rumah tangga.Tidak disangka jawapan Sakinah positif.

  “Mungkin saat dirimu mampu mengawal marahmu nanti Kinah.”Ikhwan tersenyum lagi.Kemudian dia juga sama-sama menyertai keluarganya untuk merasmikan raja buah itu.

bersambung lagi….

2 Responses to “Masih Ada Waktu VII (samb.)”

  1. nazihah July 18, 2008 at 4:53 am #

    alangkah indahnya kiranya hati ini beriman…terpancar seri ketaqwaan, tidak kenal erti keputus asaan. tapi ini lah aku ya Rabbi.tersadung di lembah kesedihan.jangan dibiarkan aku sendiri menempuh jalan dakwah yang berliku ini

  2. mukminahmujahidah July 18, 2008 at 2:56 pm #

    dirimu xkan keseorangan..masih ada jiwa2 yg sama2 ikut bjuang dgnMu..InsyaAllah..mari tabahkan hati2 kita..Allah uji tanda Allah syg..

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: