Langkah Pejuang

16 Jul

Kanak-kanak kecil berlari keriangan

Tidak kenal erti penat

Tidak pernah rasa sedih

Mungkin itu fitrah mereka

Suci dan bersih dari noda

 

Kesegaran desa kau hirup puas

Langit biru kau tatap lama

Merenung ciptaan Yang Maha Esa

Oh adakah ciptaanNya ini sia-sia?

Mungkinkah hidup tanpa ujian?

 

Tidak sekali kali tidak!

Mana mungkin mampu untuk kau melawanNya

KeputusanNya baik untukmu

Saat Dia berkata

Kun Fayakun

Jadilah!Maka Jadilah ia

 

La Tahzan

Jangan bersedih wahai hati

Langkahmu kini langkah pejuang

Pantang berundur lagi

Biar onak duri datang melanda

Tekadkan hatimu terus maju

 

Saat Yang Berkuasa berfirman

Kun FayaKun!

Jadilah!Maka jadilah ia

Semuanya atas kuasaNya

Kerana Dia mahu kau akrab denganNya

Kerana hati itulah yang mudah lembut denganNya

 

NHMZ-16 Julai 2008

4 Responses to “Langkah Pejuang”

  1. hood July 17, 2008 at 8:20 pm #

    salam, sengaja nk bg puisi nt lebih mantap dan sempurna..😀
    >>>>’kun fayakun’ instead of ‘qun fayaqun’

  2. mukminahmujahidah July 18, 2008 at 1:13 am #

    wasalam..jazakillah khairan huda..bahayanya men’translate’kan arab ke rumi..hehe..dah tukar

  3. nazihah July 18, 2008 at 4:50 am #

    menyentuh hati ana ni hai husna ku….muayyid2 ku hari demi hari dicuri orang!! ahh…semakin diuji semakin hampir dia dengan Allah. Amiin…

  4. mukminahmujahidah July 18, 2008 at 2:54 pm #

    semakin diuji semakin dia hampir dengan Allah..InsyaAllah..ameen ya rabb..

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: