Muslimah Dan Riadah

14 Jul

“Aik korang mandi sungai pakai tudung labuh?Macam mana nak mandi?”

   Begitulah kata-kata seorang teman sebilik sahabat saya apabila dia melihat gambar kami ketika beriadah di Gua Kelam,Perlis hampir dua tahun yang lepas.Merupakan satu kesilapan masyarakat sekarang apabila menganggap muslimah yang berpakaian menutup aurat tidak mampu untuk beriadah atau melakukan aktiviti rekreasi.Sedangkan Islam tidak pernah menghalang umatnya melakukan apa-apa pun selagi tidak becanggah dengan syariat agama.

   Alasan panas,susah bergerak dan tiada pilihan boleh dikatakan alasan lapuk yang dicanang oleh musuh Islam untuk diserapkan ke dalam minda remaja Islam khususnya supaya menggalakkan remaja Islam khususnya muslimah untuk tidak menutup aurat ketika beriadah.

  Bagi yang menyedari tuntutan untuk menutup aurat adalah wajib bagi semua umat Islam,perasaan panas,rimas dan tidak selesa seharusnya dipinggirkan jauh-jauh daripada diri.Islam amat menggalakkan umatnya beriadah untuk merebut kelebihan yang ada daripadanya.Selain dapat mencergaskan jasad,riadah juga mampu untuk mengeratkan silaturrahim antara muslimah.Di samping itu,kita disaran untuk mentadabur alam sepanjang proses riadah berjalan.Sesungguhnya Allah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 190 hingga 191 yang bermaksud, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”

  

Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah

Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah

      Pakaian yang menutup aurat tidak akan menghalang muslimah untuk beriadah dan bergerak bebas.Kini,banyak stokis-stokis yang menjual T-shirt labuh hingga ke lutut yang pastinya amat praktikal untuk beriadah.Selain itu,tudung yang dipakai tidak semestinya tudung bulat yang labuh,para muslimah juga boleh memakai tudung segi empat yang berbidang 60 dimana ia juga banyak dijual di pasaran.Tudung yang dipakai mestilah labuh menutup dada dan tidaklah kecil,jarang dan nipis kerana tudung yang kecil akan terangkat menampakkan susuk tubuh si pemakai apabila ia ditiup angin atau melakukan pergerakan yang lasak.Selain itu,tudung yang jarang dan nipis pula mempunyai mudharat yang sama,dimana aurat yang cuba ditutup masih dapat dilihat dengan mata kasar.

   Tujuan disarankan baju yang labuh hingga ke lutut kerana ia mampu untuk menutup bahagian punggung dan peha muslimah apabila bergerak dan menghalang bangkitnya syahwat dikalangan hati-hati yang ada penyakit didalamnya oleh golongan lelaki.Selain itu,sarung kaki yang panjang dan tidak jarang serta kasut yang sesuai untuk beriadah juga perlu dalam memastikan keselesaan sepanjang riadah.

   Islam itu syumul (sempurna),setiap saranan daripada Allah pasti sesuai dipakai oleh setiap golongan dan setiap masa.Syariat yang ditetapkan lengkap,tiada cacat dan celanya.

   Baju yang menutup aurat juga tidak mencukupi.Para muslimah perlulah menjaga akhlak sepanjang riadah.Selain itu tempat riadah yang agak tersorok daripada pandangan orang ramai,terutamanya lelaki amat penting bagi mengelak segala aktiviti riadah menjadi tontonan.Disamping itu,pandangan mata juga harus dijaga sepanjang proses riadah berjalan.

  Para muslimah yang disayangi,menjalankan perintah Allah kadang-kadang terasa berat tetapi ingatlah balasan yang Allah nak bagi sesuai juga dengan keperitan kita menghadapi cemuhan masyarakat.Ketepikan semua pandangan manusia.Biarlah hina dipandangan mereka asal tidak hina dipandangan Allah.

JOM RIADAH!!

Muslimah Cergas Ummah Terbilang🙂

9 Responses to “Muslimah Dan Riadah”

  1. nazihah July 15, 2008 at 5:18 am #

    alhamdulillah, suntingan yang bernas. semoga ujian yang menimpa anti mematangkan jiwa anti terhadap Allah…insyaAllah

  2. nazihah July 15, 2008 at 5:30 am #

    muslimah cergas ummah terbilang!! takbir…Allahuakbar

  3. hood July 17, 2008 at 8:23 pm #

    ayyoh..camne muka ana yg babyface tu ade kat citu..
    malunye~
    terkenang memori skola2 dulu:D

  4. mukminahmujahidah July 18, 2008 at 1:17 am #

    saje nk tlg anti mengimbau kenangan lama..hehe.. sory huda..hrp2 gbar tu mndpat restu mu n kawan2..hehe..

  5. Stance of Muslimah October 24, 2008 at 7:55 am #

    Salamualaikum …

    Akak setuju.Nak surfing ombak pakai T-shirt labuh dan tudung pun boleh..jom tengok coollections muslimah sports attire..bukan jenis ketat2.Bukan busana muslimah sekadar pada nama,Insya Allah

  6. alice July 1, 2009 at 8:08 am #

    habis tu, kalau nak pergi snorkelling ker scuba diving ker, dapat ker pakai baju yang tutup aurat? pakai tudung/baju labuh labuh kan senang nak lemas.

    • mukminahmujahidah July 1, 2009 at 11:53 pm #

      Cik Alice..tentu boleh..
      dalam kes aktiviti air,seperti berenang misalnya,sekarang sudah ada swimming suit untuk para muslimah.Ia memang agak ketat jika kena air jadi wajarlah untuk para muslimah memilih kolam renang yang dikhaskan untuk wanita sahaja,yang tertutup daripada pandangan lelaki.Sekarang ini sudah banyak kolam renang yang menawarkan perkhidmatan ini,lebih-lebih lagi di universiti awam misalnya seperti di UIA.

      Berkenaan dengan snorkeling dan scuba diving,seharusnya pakaian kita perlu menyesuaikan diri dengan keadaan sukan itu sendiri.Jadi tidak salah memakai pakaian snorkelling bagi muslimah (pada pengetahuan saya pakaian snorkelling lebih kurang macam swimming suit muslimah,tutup seluruh badan termasuk kepala cuma agak ketat) asalkan tempat yang kita snorkelling atau scuba diving itu tertutup daripada pandangan lelaki.Walau bagaimanapun jarang untuk kita temui tempat-tempat yang tertutup kerana sukan ini lazimnya dilakukan di kawasan laut itu sendiri.

      Tetapi pasti ada penyelesaiannya.Muslimah masih boleh melakukan scuba diving dan snorkelling dengan cara mendapatkan jurulatih wanita,kemudian bolehla pergi ke kawasan laut atau pulau yang jauh daripada pandangan orang ramai.Pasti ada!Malah mungkin tempat yang lebih menarik.Laut itu luas.tiga per empat bumi diliputi oleh air.

      Sukan itu juga adalah ibadah.Islam tidak meletakkan aurat sebagai halangan buat muslimah untuk beriadah dan bukanlah sebagai bebanan.Malah aurat disyariatkan untuk menjaga kehormatan wanita itu sendiri.InsyaAllah mudah-mudahan dipermudahkan

      Mudah-mudahan membantu🙂
      Selamat bersukan!

      Wallahualam.

  7. shasha February 11, 2010 at 9:55 am #

    nak minat izin copy paste artikel muslimah n riadah yea…

    • mukminahmujahidah February 15, 2010 at 10:06 pm #

      InsyaAllah…sila-sila..

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: