Masih Ada Waktu VI (samb.)

14 Jul

“Merdeka..Merdeka..Merdeka..!!”

   Suasana di dalam Dewan Sri Budiman riuh rendah.Kelihatan beberapa pelajar lelaki melompat-lompat kegirangan sebaik sahaja keluar daripada dewan berhawa dingin itu.

“Wei..tunggu apa lagi,jomlah ‘outing’!Dah merdeka ni!”

  Ikhwan menggelengkan kepalanya.Hatinya beristighfar melihat gelagat anak-anak muda yang berlumba-lumba menuju ke arah motosikal masing-masing.Kemana agaknya disiplin yang mereka tunjukkan sebelum ini?Getus hatinya.

  “Alhamdulillah,tamat juga akhirnya.”Ikhwan mula mengatur langkah meninggalkan dewan peperiksaan itu.Subjek terakhir yang didudukinya sebentar tadi membuatkan hatinya benar-benar lega.Ini bermaksud cuti akhir semester juga sudah bermula.Di dalam fikirannya tidak jemu-jemu merancang aktiviti yang akan dilakukan bersama-sama adik-adik usrahnya dan sahabatnya Syafiq.

  “Apa cerita ye anta disana?Mesti masih bergelut dengan exam lagi.”Ikhwan tiba-tiba tergerak untuk menghantar e-mail kepada Syafiq.Dijelingnya jam ditangan.Masih ada setengah jam lagi sebelum waktu Zuhur.Dipercepatkan langkahnya menuju ke Perpustakaan Tun Abdul Razak 1.Ikhwan sangat rindu akan sahabatnya itu.Kalau boleh mahu sahaja dia berjumpa dengan Syafiq diwaktu itu juga walaupun hakikatnya Syafiq akan pulang kurang daripada tiga minggu sahaja lagi.

   “Adik,beg tak boleh bawa masuk ye.”Kata-kata daripada wanita separuh abad itu menyedarkan lamunan Ikhwan ketika dia mula melangkah masuk ke dalam perpustakaan.Cepat-cepat dia memohon maaf diatas kelalaiannya itu.Ikhwan mengatur langkah ke tempat simpanan barang yang hanya terletak bersebelahan dengan pintu masuk Perpustakaan Tun Abdul Razak 1.

  ” Locker  penuh?Ada aktiviti apa hari ni kat PTAR? “ Ikhwan meletakkan begnya diatas lantai,berhampiran dengan longgokan beg-beg lain.Tiada lagi tempat simpanan yang kosong untuk memuatkan beg sandangnya itu.Diambilnya telefon bimbit serta dompet yang terpaksa disimpan didalam beg ketika peperiksaan tadi.

   Kakinya lantas diatur menuju ke dalam perpustakaan.Ikhwan kemudian ke bahagian komputer,hampir penuh semuanya.Hanya tinggal beberapa komputer lagi yang  tidak digunakan.Dia memilih komputer berdekatan dengan seorang pemuda,tinggi lampai orangnya dan berkulit cerah.Penampilannya kemas,tersisip cermin mata berbingkai biru didalam poket bajunya.Ikhwan menghampiri pemuda tersebut kemudian meminta izin untuk duduk disebelahnya.Pemuda tersebut hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala.

   ” Baik budi bicaranya.Akhlak ini yang dimahukan Islam.Peribadi yang harus ada pada seorang pendukung risalah Islam.”Ikhwan membalas senyumannya,lantas jarinya laju memainkan tetikus dan papan kekunci,bersedia untuk mencoretkan sesuatu buat temannya di United Kingdom.

  ” 1 new mail “

  ” Syafiq Ismail : Subject : Kaifa Haluka? “

   “Aik tak sempat ana email,anta laju lagi rupanya.”Ikhwan tersenyum.Dia pantas membuka email daripada sahabatnya itu.

Assalamualaikum sahabatku Ikhwan yang dirindui selalu,

    Apa khabar anta di tanah air?Ana harap anta sihat jasad dan ruhi disamping keluarga anta.Ana alhamdulillah,masih diberi peluang oleh Allah untuk terus berjuang di bumi UK ni.InsyaAllah ana exam lagi seminggu kemudian habislah.Erm anta sekarang bagaimana ya?Dah habis ke exam?

    Ikhwan,bagaimana dengan mad’u-mad’u anta?Kalau tak silap ana,Meor Qayyum,Izad Anwar dan siapa lagi ye?Allah…lupa pula ana..itulah ana kena jumpa mereka ni.Tak sabar rasanya nak jumpa mereka.Daripada cerita-cerita anta selama ni ana dapat rasakan aura-aura pemimpin yang ada dalam jiwa mereka..pemimpin yang akan menegakkan Islam lantas menyumbang kearah bangunnya daulah Islam..InsyaAllah sama-sama kita doakan..

     Erm..sebut pasal mad’u ni,anta ingat tak nama-nama roommate ana merangkap mad’u ana juga?Luqman,Kamaruddin dan Zarul.Mereka semua kirim salam pada anta.Mereka pun sebenarnya teringin nak jumpa anta.Yelah ana selalu juga cerita pasal anta kat mereka.InsyaAllah bila kami pulang nanti,kami pi la jumpa anta ye.Hehe.

     Erm..pastu ana ada satu benda nak bgtau anta.Luqman,dia tak balik tahun ni.Jadi ana hajat nak teman dia seminggu dua.Jadi InsyaAllah ana tak jadi balik awal bulan depan.

   ” Tak jadi balik? “ Ikhwan meneguk air liurnya.Baris terakhir itu membuatkan hatinya terkilan.Diteruskan pembacaan.

    Luqman ada masalah peribadi sket,jadi ana rasa dia perlukan seseorang dalam tempoh mengubat hatinya ini.Ana rasa mungkin ana patut berkorban satu dua minggu cuti ana untuk luangkan masa dengan dia.Ana pun belum cukup taaruf dengan dia.Luqman ni agak pendiam.Moga-moga dalam ana temankan dia ni dapatlah dia kongsi banyak benda dengan ana.

     Anta janganlah risau,InsyaAllah ana dah pun tukar tiket untuk balik dua minggu lewat dari tarikh asal.Apa-apa pun ana tetap akan balik.Umi dan abi ana pun ana dah bagitau.

     Ikhwan menarik nafas lega.Walaupun hakikatnya dia agak terkilan kerana makin lambat Syafiq balik maknanya makin lamalah dia perlu menahan perasaan rindu pada sahabatnya itu.Indahnya ukhwwah yang Allah anugerahkan kepada mereka,rasa kasih dan sayang hanya kerana Allah.Bertemu dan berpisah juga kerana Allah.Mereka saling menguatkan antara satu sama lain disaat iman salah seorang jatuh dan lemah.Ikhwan kemudian meneruskan pembacaannya.

   Oh ya,sebelum ana lupa.Bahan-bahan yang nak bagi kat anta dan untuk mad’u-mad’u kita tu ana akan pass pada Zarul.InsyaAllah dia akan poskan atau mungkin dia bawa waktu hadiri kenduri kak Afrah nanti.Manalah tau kot-kot ana tak sempat pegi kenduri tu.Hehe.Gurau je.Kenduri kakak anta tu kalau diikutkan dua hari selepas ana tiba di Malaysia.InsyaAllah sempat.Doakanlah ye.Ana pun dah lama tak jumpa Ustaz Khairul Nizam,bakal zauj kakak anta.Tak sangka ye,abang halaqat kita tu dah betul-betul jadi abang anta.Hehe.Erm.anta bila pulak?Hehe.Sampaikan salam ana pada dia ya jika ketemu.Hehe.

     Akhir kata dari ana,perjuangan diriku disini masih belum selesai.Doa darimu ku harap selalu.Moga pertemuan kita tidak berakhir disini.Walau jasad tidak bersama,tetapi hati kita kan tetap setia bersama menegakkan risalah yang mulia ini.Ameen Ya Rabb.Ameen.Sebagaimana pesanmu padaku sahabat,suka untuk ku ungkapkan kembali,Jagalah Allah,pasti Allah menjagamu.

Salam mahabbah,

Syafiq🙂

  Ikhwan termenung.Entah bagaimana air matanya gugur.Segera dikesatnya dengan jari telunjuknya.Takut-takut dilihat orang lain dan disalah anggap.

  “Kawan ke?”Ikhwan terkejut dengan sapaan dari satu suara garau.Tidak disangka gelagatnya sedang diperhatikan.Ya,pasti jika tiada manusia yang melihat pasti Allah ada untuk sentiasa melihat perlakuannya.

 ” Maaf,saya terbaca tadi email dari kawan awak.” Pemuda disebelah Ikhwan menegur.

 ” Nama saya Muhammad Zaini.Boleh panggil Zaini.”Ikhwan segera menyambut huluran tangan daripada kawan yang baru dikenalnya tadi.Dia juga kemudian mula memperkenalkan diri.Muhammad Zaini bercerita bahawa dia juga dahulu pernah menuntut di United Kingdom dan tertarik dengan kisah Syafiq apabila dia terbaca email daripada Syafiq sebentar tadi.Dia juga pernah berbalas-balas email dengan kawan-kawannya sebelum ini ketika masih disana tetapi hilang berita apabila dia pernah kemalangan dan koma selama sebulan.Ikhwan bertahmid dan betasbih memuji Allah,kerana masih memberi peluang sahabat barunya itu untuk terus hidup di bumiNya dan beribadat kepadaNya.Jika tidak Ikhwan sendiri sudah pasti tidak berpeluang untuk bertemu dengan lelaki yang baik budinya ini.

 Sesekali Ikhwan menjeling jam ditangannya.Tinggal lima minit lagi sebelum waktu Zuhur masuk.Email daripada Syafiq masih belum dibalasnya.Tetapi sahabat barunya yang ada dihadapannya sekarang ini yang perlu diutamakan.Ikhwan cuba memaniskan mukanya sambil mendengar dengan baik setiap butir bicara daripada Muhammad Zaini.Orangnya peramah dan petah bekata-kata.Salah satu ciri penting menjadi seorang daie.

  “Eh dah lama pula kita sembang ni.Dah nak masuk Zuhur pun.Mari kita sama-sama ke Pusat Islam.Saya ada motosikal.Awak boleh tumpang saya.”Ikhwan cepat-cepat menusuk jarum kebaikan apabila dilihatnya Muhammad Zaini diam seketika.

 “Err..maaf saya ada kerja sedikit nak siapkan lagi.Awak pergi dulu la ye.”Muhammad Zaini bersuara tersekat-sekat.Hilang sifatnya yang petah berkata-kata tadi.Ikhwan cuba untuk berbaik sangka dengan sahabat barunya itu.

   “Erm kalau macam tu,pukul 2.30 petang nanti awak free ke?Mungkin kita boleh makan sama-sama.Saya suka dengar awak cerita pasal kehidupan di UK.Mungkin banyak benda yang boleh dikongsi.” Ikhwan tertarik dengan cerita-cerita Muhammad Zaini.Dia  tidak mahu melepaskan peluang untuk mengenali  Muhammad Zaini dengan lebih rapat lagi.Setelah mendapat persetujuan daripada Muhammad Zaini,dia meminta izin untuk beransur.Mereka saling bertukar-tukar nombor telefon.Kemudian Ikhwan menutup komputernya dan bersalam dengan Muhammad Zaini.

   “Subhanallah.Sungguh ukhwwah itu sukar ditafsir dengan kata-kata.Cepatnya aku dapat kawan hari ni.Moga-moga Allah beri hidayah padaNya untuk kubawa sama-sama berjuang dijalan dakwah ini.Syafiq,InsyaAllah esok ana balas email anta.”Jelas riak wajah riang dimuka Ikhwan.Senyuman terukir menampakkan lesung pipit dipipinya,gen yang diwarisi daripada ayah dan ibunya.Hatinya menyanyi riang sambil tidak putus-putus lidahnya memuji Allah.Beg yang ditinggalkan di ruang simpanan beg segera diambil langsung terus diatur langkahnya ketempat memarkir motosikal.Lantas kedengaranlah takbir menyelit dicelah-celah kebahangan cuaca pada tengahari itu.Seakan melaung-laung kemenangan umat Islam.Ya,memanggil seluruh umat Islam mengabdikan diri kepada Tuhan Yang Satu,menuju kejayaan.Seluruh alam menjadi saksi panggilan itu.Minta Si Hamba sujud,pada Tuhan Yang Esa.

Hayya Alas Solah

Hayya Alas Solah

Hayya Alal Falah

Hayya Alal Falah

bersambung…

3 Responses to “Masih Ada Waktu VI (samb.)”

  1. nazihah July 15, 2008 at 5:16 am #

    sambung lagi…sambung lah lagi, nk baca…tak sabar ni. best!!

  2. hood July 17, 2008 at 8:45 pm #

    sambung2! xsabar juga ana nk baca seterusnya.
    subhanallah.. allah beri satu nikmat yg xsemua org dapat..
    a talent to write~

  3. mukminahmujahidah July 18, 2008 at 1:15 am #

    alhamdulillah..not really talented..but alhamdulillah..
    (idea oh idea..🙂 )

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: