Masih Ada Waktu V (samb.)

8 Jul

Ku tanya hati

Apa yang kau dambakan

Pantaskah kau menyerahkan dirimu

Kepada insan sekerdilmu

Walau engkau merana

Menagih simpati,minta dibelai

Oh pantaskah kau meminta sayang daripada manusia

Sedangkan cinta IllahMu tidak kau sahut 

Dia tidak jemu denganmu

Tetapi kaulah yang akan jemu denganNya

Oh Tuhan,kasihanilah daku

Pimpinlah daku menuju cintaMu

      Ada apa dengan cinta?Ahh!!!Sampai bila harus ku begini!Aku tak perlukan kau!Aku perlukan Allah.Dialah yang menciptakan aku dan kau.Kenapa?Kenapa harus jadi begini?Kenapa begitu pantas aku mengharapkan cinta darimu sedangkan Allah sentisa menghulur cintaNya buatku?Ya Allah,bagaimana harus ku lupakan dirinya?Ke mana ku pergi pasti ku diingatkan dengannya.Di kolej,ramai kawan-kawanku bersama pasangan-pasangan mereka.Berpimpin tangan.Ali dan Syed Omar sudah lama berumah tangga.Aku amat kagum akan diri mereka,mereka cintakanMu dan keluarga mereka.Aku kagum pada kedua-dua lelaki dari Arab itu.Aku cemburu Ya Allah.Aku ingin juga punya tempat mengadu selainMu.Tapi Syafiq kata caraku tidak betul.Tidak ikut syariat.Perkahwinan sahaja yang menghalalkan hubungan lelaki dan wanita.Tapi disuruhnya aku mencari wanita beragama.Layakkah aku untuk wanita solehah,sedangkan aku tidak soleh mana?Ya Allah bantulah hambamu ini,aku tidak mahu terus terjerat dalam perangkap cintanya.Kerananya jua aku hampir terlanjur.Oh Allah masih adakah tempat buatku disisiMu?

   Luqman tidak mampu meneruskan tulisannya.Matanya mula bergenang.Satu-satu titis air matanya jatuh membasahi buku biru dihadapannya.Ditutupnya buku itu,buku yang sering menjadi tempat coretan rasanya.Buku itu hadiah pemberian Amirul Mukminin,sahabat baiknya ketika disekolah dahulu.Masih banyak helaian kosong kerana dia hanya mencoretkan sesuatu jika ada perkara yang betul-betul mengusik jiwanya.

  Teet..Teet..

   Telefon bimbit Luqman berbunyi.Dikesatnya air mata yang masih berbaki dimatanya kemudian dia bingkas bangun.Dicapainya telefon bimbit Sony Ericsson model W850i kesayangannya itu diatas katil.Telefon itulah yang selalu menjadi penghubungnya dengan Amirul Mukminin apabila dirinya dilanda keresahan.Luqman kesal,kerana telefon itu juga pernah dicemari dengan kata-kata sayang,rindu dan cinta yang sepatutnya disalurkan kepada Allah ketika dia masih berhubung dengan Zanna sebelum ini.Sejak mengikuti usrah bersama Syafiq,dia mula sedar akan hakikat indahnya beriman dan salahnya hubungan antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin.Dia tekad untuk memutuskan hubungan dengan Zanna,bekas kekasihnya walaupun hatinya masih sukar untuk melupakan Zanna.Dia tidak mahu mengulang maksiat yang pernah dilakukannya bersama Zanna.Jalan berpimpinan tangan,menonton wayang bersama-sama,membalas sms dengan kata-kata sayang dan rindu semuanya telah menjadi episod lama dalam kamus hidupnya.Dia tidak mahu ia berlaku lagi dengan wanita ajnabi.Biarlah bakal isterinya sahaja yang mendapat perhatian seistimewa itu.Dia masih ingat bagaimana Syafiq mengkiaskan aurat wanita juga lelaki yang telah didedahkan kepada ajnabi sebagai ‘lemau’,sebagaimana lemaunya biskut apabila sudah masuk angin.

    “Aurat adalah aib bagi setiap perempuan dan lelaki.Sukakah kita mempamerkan keaiban kita pada orang ramai?Ia wajib ditutup dihadapan bukan mahram sesuai dengan syariat Islam .Kita juga disuruh oleh Allah untuk menjaga pandangan kita baik yang perempuan mahupun lelaki sebagaimana firmanNya dalam surah an-nur ayat 30 hingga 31 yang bermaksud,

  Katakanlah kepada laki-laki yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannya ,yang demikian itu lebih suci bagi mereka.Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya),kecuali yang biasa terlihat.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung kedadanya,dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka,atau ayah suami mereka,atau putera-putera meraka,atau saudara-saudara mereka ,atau putera-putera saudara lelaki mereka,atau putera-putera saudara perempuan mereka,atau para perempuan(sesama Islam) mereka,atau hamba sahaya yang mereka miliki,atau para pelayan lalaki(tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan),atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan.Dan janganlah mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah,wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung.

   Itu kata-kata Syafiq ketika memberi hujah tentang hubungan lelaki dan perempuan serta aurat masing-masing seminggu yang lepas.Masih berbekas di ingatan Luqman setiap bait-bait kata yang keluar daripada mulut Syafiq.Luqman melihat kepada telefon bimbitnya.Ada mesej yang masuk.Tertera nama Syafiq.Luqman kehairanan.Bilik Syafiq hanya disebelah,mungkin ada perkara penting yang perlu disampaikan oleh Syafiq.Luqman menekan punat telefon,ingin membaca mesej yang diberi oleh Syafiq.

Jadikanlah Al-Quran itu surat cintamu

Jadikanlah solat itu penghubung dengan Illahmu

Jadikanlah zikir itu kerinduanmu

Dan jadikanlah mati itu pertemuan pertama dengan kekasihmu

Bacalah Al-Quran!

        Luqman terkedu.”Al-Quran?Sudah lama aku tidak memegang mushaf mulia itu.Apa lagi membacanya.”Bisik hati Luqman.Kesibukannya menelaah pelajaran ditambah dengan masalah yang menimpa dirinya membuat Luqman terlupa untuk mengubat hatinya dengan Al-Quran.Telefonnya digenggam erat.Penyesalan mula berputik dijiwanya.Dia bangun perlahan-lahan,mengambil mushaf Al-Quran yang diletakkan bersebelahan susunan buku ilmiah yang lain.Luqman kemudian melabuhkan punggungnya diatas katil,bersila.Dibukanya satu-satu helaian Al-Quran.Mencari-cari surah Al-Waqiah.Dapat.Luqman kemudian membaca satu-satu ayat-ayat daripada surah tersebut.Surah yang menceritakan tentang balasan yang diterima oleh tiga golongan,dua daripadanya ialah golongan kanan dan golongan kiri dimana golongan kanan adalah golongan yang beruntung yang dijanjikan syurga oleh Allah serta nikmat-nikmat didalamnya sebaliknya golongan kiri adalah golongan yang rugi yang menerima azab serta penderitaan diakhirat kelak.Cerita-cerita yang ingin Allah sampaikan kepada seluruh umat manusia didalam surah tersebut sering membuat hati-hati yang beriman tersentuh.Luqman juga tidak terkecuali tetapi tidak pada kali ini.Hatinya yang sebak tadi hanya sebentar.Tiada lagi air mata yang gugur.

   ” Adakah dosa-dosaku menghalang aku untuk menghayati kalimahmu Ya Allah?Bantulah hambaMu ini.”Luqman sedaya upaya memaksa dirinya untuk menangis tetapi gagal.Hatinya keras.Fikirnya.Manakan tidak hampir seminggu dia meninggalkan Al-Quran.Syafiq pernah memberitahunya,sehari kita meninggalkan Al-Quran,dua hari Al-Quran akan meninggalkan kita.

    “Jika kamu tidak mampu menangis mengenangkan dosa-dosamu,menangislah kerana ketidakupayaan kamu untuk menangis.”Seakan-akan ada suara yang membisikkan kata-kata semangat itu.Luqman kembali mentadaburi surah tersebut.Dipaksa lagi dirinya untuk menangis.

   “Wahai hati yang dalam genggaman Allah,tidakkah kau tersentuh dengan ayat-ayat Allah?Ya Allah kurniakanlah aku hati yang baru,hati yang lebih sensitif terhadap dosa-dosa dan maksiat.”Hati Luqman terdetik.Digantungkan harapan sepenuhnya kepada Allah SWT,kerana Dia jualah yang Maha Mengabulkan doa lagi Maha Pengampun.Luqman mula sebak.Dibaca kembali surah Al-Waqiah,ditadabur maksudnya.Air mata bergenang,lantas tumpah jua membasahi mushaf Al-Quran yang mulia itu.Maha Suci Allah,pantasnya Allah mengabulkan doa walaupun hanya baru terdetik dihati.Sesungguhnya kasih sayang Allah pada hambanya melebihi kasihnya seorang ibu kepada anaknya.

bersambung…

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: