Masih Ada Waktu IV (samb.)

2 Jul

    

      Burung-burung berkicauan.Cuaca yang agak panas pada pagi itu memberanikan jejaka-jejaka berkulit putih berehat-rehat dibawah pohon sambil membaca buku di kawasan Hyde Park.Syafiq ingin sekali menyertai mereka,menikmati keindahan alam ciptaan Allah.Menggunakan nikmat mata yang diberi Allah memerhatikan kejadianNya.Baru terasa betapa kerdilnya dirinya disisi Allah.

     Tetapi Syafiq terpaksa melupakan hasratnya itu buat seketika.Dia perlu segera sampai ke rumah sewanya.Risau kalau-kalau krim diatas kek didalam plastik yang dibawanya akan cair memandangkan cuaca yang agak terik.Lantas dia mempercepatkan langkah menuju kearah stesen Victoria,stesen keretapi bawah tanah.

     Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran Luqman,salah seorang rakan serumahnya.Dia telah berpakat dengan dua lagi rakan serumahnya,Zarul dan Kamarudin untuk membuat kejutan.Walaupun masing-masing sibuk dengan persiapan terakhir mereka menghadapi ujian akhir tahun,mereka tetap tidak lupa untuk menunaikan hak sahabat mereka itu.

    Sejak akhir-akhir ini,Syafiq perasan Luqman sering menyendiri dan berkurung didalam biliknya.Pada fikiran Syafiq,Luqman mungkin risau dengan peperiksaan yang bakal mereka tempoh Isnin ini.Pernah juga Luqman meluahkan kerisauannya pada mereka.Syafiq berharap,moga-moga dengan kejutan ini mampu menenangkan hati Luqman.

……………………………………………………………………………………………………………

    “Jom la cepat kita menyorok.Tu dia dah datang”Mulut Zarul kecoh mengarah kawan-kawannya menyembunyikan diri setelah melihat Luqman berjalan dari seberang jalan menuju ke arah rumah mereka sambil dia terus mengintai disebalik langsir.

   “Eh ekau tak menyorok ke ape Zarul?”Giliran Kamarudin mengarah.Zarul cepat-cepat menyorok disebalik sofa.Syafiq hanya mampu menahan gelak melihat telatah dua rakannnya itu.Memang tidak kering gusi dibuatnya.

   “Eh korang,tak payah la nyorok-nyorok ni.Kita buat macam biasa la.Tak kan la nanti nak jerit ‘surprise’ kat dia plak?Tak soleh la macam tu.Kita kan ada cara yang lebih baik.Bagi ucap selamat sudah.Bila dia masuk terus kita ucap selamat.Ok tak?”Syafiq memberi cadangan.Baginya tindakan mengejutkan Luqman dengan menyerbu dan meluahkan perkataan “SURPRISE” adalah perbuatan orang kafir.Bukankah lebih baik berdoa kesejahteraan sahabatnya itu daripada membuatkan dirinya terkejut.

    Kamarudin dan Zarul cepat-cepat keluar dari tempat persembunyian mereka.

    “Tang!” Kedengaran bunyi benda terhantuk.Tidak lama selepas itu kedengaran suara orang mengaduh kesakitan.Syafiq cepat-cepat menutup mulutnya.Zarul pula tidak mampu menahan ketawanya melihat gelagat Kamarudin yang agak gempal itu cuba untuk keluar daripada bawah meja.Syafiq cepat-cepat mengisyaratkan Zarul sama-sama membantu Kamarudin.

    “Itulah kau ni kelam-kabut sangat.Lain kali berhati-hati la sikit.”Zarul mula memberi ceramah sambil tangannya tidak lepas menarik perlahan Kamarudin keluar daripada bawah meja.

    “Ish aku bukan sengaja.Tu la,excited sangat nak keluar ni ikut idea Syafiq sambut Luqman”.Serentak dengan itu mereka sama-sama menyebut nama Luqman.Cepat-cepat mereka semua bangun.Hampir terlupa akan agenda yang mereka rancang.

   Sejurus itu,kedengaran bunyi pintu dibuka dan kedengaran suara Luqman memberi salam.Mereka semua membalas salam Luqman serentak.

   “Ai apasal aku dengar nama aku disebut-sebut ni?Korang mengumpat aku ye?”Luqman cuba meneka setelah mendengar namanya disebut ketika diluar pintu tadi.Zarul mengenyitkan matanya pada Kamarudin dan Syafiq.Mereka mengangguk tanda faham.

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan Luqman

Allah selamatkan kamu.

     Mereka semua membawa Luqman ke dapur untuk memotong kek.Luqman terharu dengan kejutan itu lantas memeluk rakan-rakannya tanda ucapan terima kasih.Sebelum memotong kek,dia disaran untuk berdoa kepada Allah sempena peningkatan umurnya ini.Moga-moga dengan penambahan usinya ini akan menambahkan lagi ketaqwaanNya kepada Allah.

    Luqman angguk tanda faham.Ditadahnya tangan diikuti kawan-kawannya yang lain.Dibacanya beberapa bait doa kemudian diaminkan oleh kawannya yang lain.Tiba-tiba air mata Luqman menitis,

    ” Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.Sesungguhnya sempena hari kelahiranku ini,aku merayu padaMu,aku mohon belas kasihMu,janganlah sekali-kali Kau pisahkan aku dengan sahabat-sahabatku ini.Jadikanlah hati-hati kami sentiasa bertaut demi mendapat redhaMu,ampunkanlah kami,maafkanlah kami.Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat.”

   Entah mengapa hati mereka bertiga tersentuh mendengar doa Luqman.Mereka sama-sama berpelukan.Mulut Luqman tidak sudah-sudah mengucapkan terima kasih kepada mereka bertiga.

   “Moga Allah perkenankan doamu Luqman”Syafiq bersuara kemudian dikesatkan air mata Luqman.Mereka menyuruh Luqman memotong kek dan mereka kemudian sama-sama mula menjamu makanan yang sedia terhidang.

…………………………………………………………………………………………………………..

“Tok Tok”

“Masuk”

   “Oh Luqman.Ada apa hal?Marilah duduk sini.”Pelawa Syafiq kepada Luqman.Dia mengibas-ngibas katilnya,cuba memberi keselesaan kepada Luqman untuk duduk disitu.Luqman angguk tanda terima kasih,kemudian melabuhkan punggungnya diatas katil Syafiq.Dia kemudian menaikkan kakinya,bersila.Lebih selesa begitu.

   “Fiq,aku nak minta tolong sikit.”Luqman membuka bicara.Matanya kelihatan merah.Seakan-akan baru lepas menangis.Syafiq bingung melihat rakannya itu.Syafiq membuat andaian Luqman menangis sejak mereka kembali ke bilik masing-masing selepas menyambut hari kelahiran Luqman petang tadi.

“InsyaAllah aku cuba mana yang termampu.”

    “Fiq,sebenarnya aku dah lama nak cerita kat semua orang,tapi aku malu dengan korang semua.Aku harap kau tak cerita kat Zarul dan Kamaruddin tentang apa yang aku nak bagitau ni.”Luqman tunduk.Kelihatan beberapa titis air mata gugur daripada kelopak matanya.Syafiq kaget.Didekatkan dirinya dengan Luqman,cuba untuk menenangkannya.

    “InsyaAllah,cuba kau cerita satu-satu.Aku sedia mendengarnya.”Syafiq cuba menenangkan Luqman.Memang selama ini Syafiq sedar Luqman seperti dilanda masalah.Tetapi Luqman sentiasa mengelak apabila ditanya mengenai hal tersebut.Syafiq tidak menyalahkan Luqman kerana dia tahu masalah Luqman mungkin terlalu peribadi untuk diceritakan pada semua orang.Masakan dia akan memaksa Luqman untuk menceritakannya,kerana Rasulullah mengajar supaya bersikap lemah-lembut terhadap semua orang.Sedangkan dengan orang Kafir pun disuruh berlemah lembut inian pula dengan saudara seakidahnya.

   “Syafiq,aku nak bunuh diri.”Terkejut Syafiq mendengar luahan hati rakannya itu.Cepat-cepat disuruhnya Luqman beristighfar dan menarik balik kata-katanya itu.

   “Kenapa sampai macam ni sekali Luqman?Apa yang menyebabkan kau sampai nak bunuh diri ini?Ceritalah kat aku.Jangan ambil tindakan terburu-buru.”

   Akhirnya Luqman menceritakan segala pergolakan dihatinya.Suaranya tersekat-sekat menahan sebak didada.Syafiq kasihan melihat temannya itu.Sebagai seorang sahabat yang baik,dia cuba untuk mendengar setiap luahan rasa Luqman,sambil dia tidak sudah-sudah menggosok bahu temannya,cuba untuk menenangkan Luqman.Apabila dilihatnya Luqman beransur tenang,Syafiq mula bersuara.

   “Luqman,kita bukannya maksum sebagaimana anugerah Allah kepada Rasulullah SAW,jadi kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.”Syafiq menarik nafas,dilihatnya Luqman sudah berani mengangkat muka setelah sekian lama menundukkan mukanya.

   “Dan Allah SWT tidak pernah jemu memberitahu kita bahawa sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.Luqman,masih ingat lagikah kisah seorang pemuda yang membunuh 100 nyawa yang tidak berdosa tetapi masih diterima taubatnya oleh Allah?”Luqman mengangguk.Cerita teladan yang sering mereka dengar sejak kecil lagi,masakan boleh dilupakan.Muka Luqman masih muram.Syafiq kemudian menyambung.

    “Bunuh diri tu bukannya jalan penyelesaian Luqman.Bagaimana jika disaat kita terfikir untuk bunuh diri itu,Allah tarik nyawa kita?Rugilah kita,mati dalam keadaan Allah tak redha.”Kali ini Luqman kembali menundukkan mukanya.Hatinya tersentak.Air matanya bergenang.Lantas satu-satu butir air mata jatuh ke pipi.Cepat-cepat dia beristighfar.

   

       “Allah itu Maha Pengampun Luqman.Masakan Dia membebankan hambaNya dengan bebanan yang tidak sanggup hambaNya pikul.Mengadulah pada Allah.Mohon keampunanNya.Allah hampir pada amba yang mengharap.”Syafiq tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya apabila dilihatnya Luqman menangis semakin menjadi.Seakan-akan anak kecil yang kehilangan ibunya.Syafiq sengaja membiarkan Luqman begitu.Biarlah air matanya tumpah mengenangkan dosa-dosanya,kerana hakikat air mata itu mahal,jangan sesekali dialirkan untuk sesuatu yang sia-sia.Biarlah ia tumpah kerana takut akan Penguasa alam,Allah Yang Esa.

bersambung…

4 Responses to “Masih Ada Waktu IV (samb.)”

  1. nazihah July 7, 2008 at 5:08 am #

    seronoknya kalau syafiq tu ana, kamaruddin pun ana, luqman pun ana, Zarul pun ana….best cerita tarbawi anti ni. menyentuh hati ana.

    satu perkara paling besar yang ana belajar, celebrate birthday. ana tak pernah celebrate birthday orang….

  2. mukminahmujahidah July 7, 2008 at 8:05 am #

    ana pun😦 adik beradik dan waktu zaman sek dulu penahla..tp msh belum terlambat utk mengatur langkah pertama kan?Salah satu wasilah dktkn diri dgn mad’u..InsyaAllah

  3. nazihah July 9, 2008 at 12:40 am #

    sudi terima lagi tak ucapan Happy Belated Day dari ana? sorry…sorryy…

  4. mukminahmujahidah July 9, 2008 at 9:21 am #

    sudi..knape pulak xsudi..hehe..jazakillah khairan..xpe2..xkisah pun..anti menjadi seorang sahabat yg slalu mengingatkan ana pd Allah pun dah lebih dr cukup..InsyaAllah

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: