Mari Jadi Da’i Sejati…

1 Jul

                  Jika panggilan ibu atau ayah, kita wajib menyahut walaupun ketika mendirikan solat sunat, bagaimana pula dengan seruan untuk berdakwah? Jika kita mendapat surat dari majikan untuk berkursus di Korea Selatan selama dua bulan, sudah tentu tetap pergi meskipun hati sangat berat untuk berpisah seketika dengan keluarga tersayang di tanah air. Tetapi bagaimana halnya pula jika datang kepada kita seruan dakwah? Apakah kita sering saja menolak dengan alas an uzur syar’ie?? Maaf, kami sudah ada perancangan untuk bercuti bersama keluarga. Atau minggu ni nak balik kampung. Dah dua bulan tak balik. Atau kenapa tak inform awal sikit? Sekarang ni sangat sibuk. Atau maaflah, sudah lama tidak bersama keluarga, setiap minggu ada kelas ganti. Atau pun maaf ya, penat sangat. terlalu banyak program kolej. Minggu depan ada AGM Kelab pulak. Dan banyak lagi alasan yang kita beri….malu lah pada diri sendiri.

   

~ dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.~

Ali Imran:104

            Jalan dakwah ini adalah sunnah terbesar Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan persatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini.

 

            Teman-temanku, menjadi da’I sejati bukanlah perkara mudah seperti menjadi guru, jurutera, doctor, arkitek mahupun pensyarah. Jika diperhatikan kebangkitan dakwah, deretan anak muda berkobar-kobar semangat mereka mendukung tugas ini di awal usia ini. Mereka tidak kenal erti lelah, patah hati mahupun luntur semangat. Apabila masa berlalu, mereka mula berkeluarga, dari satu menjadi dua, tiga dan seterusnya. Mereka mendapat pangkat dan gaji yang lumayan di tempat kerja. Bermula dari titik inilah langkah mereka semakin perlahan. Mereka mula sibuk dengan dunia baru. Hilang sudah segala keghairahan dan kesungguhan. Malangnya, mereka mula ditinggalkan kafilah dakwah yang makin melaju. Pada mulanya mereka meninggalkan rombongan itu, tetapi pada akhirnya rombongan dakwah pula tidak akan berpatah ke belakang untuk mencari mereka kembali. Na’uzubillahiminzalik…..

 

        Jalan dakwah tidak ditaburi dengan bunga-bunga, tetapi merupakan satu jalan yang susah dan panjang. Kerana sesungguhnya antara yang hak dengan batil ada pertentangan yang nyata. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa dan putus harapan. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang berterusan dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang dikehendakiNya.

 

          Hanya pendakwah sejati yang dapat merasi kemanisan bermaharajalela  di atas jalan dakwah…..udara dakwah sesungguhnya sangat segar lagi menyegarkan. Tidur di atas jalan jihad adalah tidur  yang paling tinggi di sisi Allah. Lidah para pendakwah adalah lidah yang paling mulia dalam pandangan Allah, sebagaimana firmanNya dalah surah Al-Fussilat ayat 33;

~dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!~

 

~Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam~ Al-Ankabut:6

~Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akana mengganti kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu~ Muhammad: 38

 

                 Untuk menjadi da’i sejati, satu proses yang panjang, berterusan dan sistematik harus lah dilalui. Untuk menjadi doktor, perlu menjadi anggota kuliah perubatan. Demikian pula dengan pendakwah. Manusia memerlukan perubahan untuk up grade kan qualiti iman dan potensi diri masing-masing agar selari dengan ciri-ciri pendakwah Islam. Proses recruitment harus berjalan berpandukan manhaj Islam yang dianjurkan oleh Rasulullah. Keseriesan, kesungguhan, kuat tekad dan jelas matlamat adalah beberapa perkara asas yang perlu diberi perhatian. Jika tidak, keciciran akan berlaku…seperti mana yang telah kita sebutkan di atas tadi.

Lantaran itu, hai sahabat-sahabatku, gabungkanlah dirimu dengan angkatan dakwah Islam dan janganlah membuang waktu dengan sia-sia kerana masa itu adalah kehidupan, kewajiban lebih banyak dari masa.

Wallahua’lam.

 ~>Tugas da’i sangat besar dan agung iaitu memimpin dunia, mengajar seluruh manusia kepada sistem Islam, cara hidup Islam dan ajaran yang baik di mana manusia tidak mungkin bahagia tanpanya.<~

 

5 Responses to “Mari Jadi Da’i Sejati…”

  1. mukminahmujahidah July 2, 2008 at 6:15 am #

    Wahai sahabat..jika aku tertinggal di belakang..jgn biarkan aku terus begitu..pimpinlah tanganku..maju bersama kalian..di jalan dakwah ini..

  2. nazz October 16, 2008 at 4:36 am #

    alhamdulillah…kembali segar..jelas..dan terbangun dari tidur!

  3. ukhtukifillah October 17, 2008 at 3:23 pm #

    Jazakillahukhairan kathira. Alhamdulillah tarbangun…

  4. Musafir February 18, 2011 at 12:21 am #

    Assalammua’laikum…

    • mukminahmujahidah February 18, 2011 at 9:54 am #

      Waalaikumsalam wbt🙂

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: