Ana Sahabat Yang Baik! :)

5 Jun

Kawan,teman,sahabat-merupakan pelbagai perkataan yang membawa maksud yang sama.Sesiapapun tidak akan mampu hidup keseorangan di dunia ini.Hakikatnya kita memerlukan seorang teman dan sahabat,membantu menghadapi liku-liku kehidupan.

Berbalik kepada tujuan asal artikel ini ditulis,sejauh mana kebenaran tajuk diatas?Adakah kita ini merupakan seorang sahabat yang baik?Sebagaimana baiknya para sahabat Rasulullah SAW?

Alqamah berpesan kepada puteranya,katanya : Wahai anakkku!Kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang,maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

  1. Jika engkau membuat bakti kepadanya,ia akan melindungimu
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
  3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya,ia akan membantumu.
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,ia akan menerima dengan baik.
  5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan (bantuan) daripadamu,ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu,ia akan menutupnya.
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya,ia akan mengusahakannya.
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta ),ia akan menanyakan kesusahanmu.
  9. JIka datang sesuatu bencana menimpa dirimu,ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu ).
  10. Jika engkau berkata kepadanya,niscaya ia akan membenarkanmu.
  11. Jika engkau merancangkan sesuatu,niscaya ia akan membantumu.
  12. Jika kamu berdua berselisih faham,niscaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Berkata Saidina Ali a.s :

” Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disampingmu.Ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu.Sanggup mengorbankan segala-gala untuk kepentingan dirimu.”

Mari sama-sama kita terokai diri kita,muhasabah diri kita.Buat peringatan bagi diri ini sebenarnya,jarang sekali kita memuhasabah hubungan kita dengan manusia.

Alqamah disini menjelaskan ciri-ciri untuk mencari sahabat yang sejati,tetapi kita seharusnya menjadikan ciri-ciri itu terbentuk dalam diri kita.Moga kitalah yang akan menjadi sahabat sejati semua orang.Mudah-mudahan dengan segala kekuatan dan bantuan dari Allah,kemudian dihiasi pula dengan akhlak mulia ajaran Rasulullah SAW,beserta ciri-ciri yang baru sahaja kita baca tadi dapat menarik lebih ramai orang kafir malah orang Islam sendiri lebih mencintai dan memahami Islam.

Wallahualam.

Sumber :Bimbingan mukminin ( adaptasi daripada ihya’ ulumuddin,Imam Ghazali )

4 Responses to “Ana Sahabat Yang Baik! :)”

  1. sinar June 9, 2008 at 8:57 pm #

    adakah kita sahabat yg baik..satu renungan yg patut dipikirkan..menerima dalam kekurangan..berlapang dada dlm segala hal..syukrn..renungan yg berguna

  2. mukminahmujahidah June 10, 2008 at 11:05 am #

    kita sering mengharap yang terbaik daripada seorang sahabat tapi jarang untuk kita mempamerkan yang terbaik untuk sahabat..renungan buat diri sendiri juga..InsyaAllah🙂

  3. sinar June 11, 2008 at 7:21 am #

    salam..shbhku ini chat?? pgrm perantau yg mana yer…tapi insyaAllah ada pgrm tamrin medic ogos nanti..but insyaAllah apa2 pgrm ana akan pegi..akan diluang masa ini utk mengisi hati dgn makanan tarbawi

  4. hood June 17, 2008 at 5:53 am #

    semoga allah beri kesedaran dan kekuatan utk kita realisasikan nya..
    the best SAHABAT!

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: