Masih Ada Waktu II (samb.)

20 May

Trut trut… Trut trut.. Trut trut…

Tiada jawapan.Syafiq cuba buat kali kedua.

Trut trut..Trut trut.. Trut trut..

“Hello?”terdengar suara wanita disebalik telefon bimbitnya

“Assalamualaikum,ummi.”Jawap syafiq dengan girang.

“Waalaikumsalam.Syafiq ke ni?Apa khabar Syafiq?Lama benar tak call ummi ye?”

“Alhamdulillah sihat.Ummi dan abi apa khabar?Adik-adik semua sihat?Maaf ummi,baru sekarang ada duit sikit.Gaji baru masuk la katakan.Hehe”

“Alhamdulillah kami semua disini sihat sahaja.Tak sabar nak tunggu kepulangan Syafiq.Syafiq habis exam bila ye?”tanya Puan Noraini merangkap ibu kepada Syafiq.

“Hmm InsyaAllah hujung bulan ni habis la ummi.Lepas tu ummi jangan risau,Syafiq akan terus ‘fly’ sebaik aje habis exam”

“Eloklah tu.Ni adik kamu si Nuha ni nak cakap kejap”

“Ok”balas Syafiq.

“Assalamualaikum.Hello abang”kedengaran suara kecil.Comel seperti pemilik suara itu juga.

“Waalaikumsalam.Nuha apa khabar?Rindu kat abang tak?”

“Windu sangat.A..aa.bang.bila nak datang sini?Nuha ada buat hadiah untuk abang.”

“Hehe yeke?Ok ok abang nak dekat balik dah.Nanti abang balik abang terus jumpa Nuha ye”

“Ok,nanti Nuha tunggu”

“Ok sayang.Nuha boleh bagi telefon dekat ummi kejap?Abang Syafiq nak cakap dengan ummi”

“Ok”

Tidak lama selepas itu,kedengaran suara Puan Noraini,menandakan telefon telah selamat bertukar tangan.

“Assalamualaikum.Ya Syafiq?”

“Waalaikumsalam.Ummi,nanti kirim salam kat abi dan adik-adik ye.Doakan Syafiq disini.”

“Ok InsyaAllah.Syafiq jaga diri ye ditempat orang tu.Jangan lupa Allah.Assalamualaikum”

“InsyaAllah ummi.Ummi pun jaga diri.Waalaikumsalam.”Syafiq mengakhiri perbualan dengan ibunya.

    Syafiq merenung telefon bimbitnya.Terpapar gambar keluarganya.Entah mengapa baru-baru ini dia berasa sangat sunyi.Seakan-akan hidup seorang diri didunia ini.Hatinya mudah sangat tersentuh apabila kawan-kawannya mula membuka cerita tentang keluarga.Fikirannya akan terus melayang-layang teringat keluarganya dikampung.Entah bagaimana keadaan ummi dan abi.

“Dah 2 tahun aku tak balik.Pasti macam-macam dah berlaku.Pasti banyak perubahan.”Syafiq tersengih sendiri.

   Dirinya teringat akan peristiwa yang berlaku dua hari lepas,kawannya mengejek-ngejeknya kerana ternampak dia menangis melihat gambar keluarganya.

“Hei Syafiq!Biar betul kau ni.Relax la.Jangan la emo sangat.Anak mak betul la kau ni!Jangan la jadi macam perempuan.Hujung bulan ni nak balik dah”kata Zarul,sahabat baik Syafiq disini.

“Apalah kau ni Zarul,aku pun manusia gak.Ada perasaan.Macam la kau tak pernah nangis”balas Syafiq sambil menyiku bahu kawannya.Mereka berdua akhirnya ketawa bersama-sama.

   Masih terngiang-ngiang kata-kata Zarul ketika itu.Tidak pernah dia berkelakuan begini.Selama ini dia cukup dikenali dengan hati yang keras.Tidak akan mudah menitiskan air mata sewenang-wenangnya dan tidak mudah cair dengan kata-kata manis.Tetapi entah mengapa baru-baru ini hatinya sangat mudah tersentuh.Dia terasa hidupnya kosong.

“Astaghfirullah.Mungkinkah ada dosa-dosaku yang tidak terampun sampai buat hatiku jadi begini?Kenapa perlu aku rasa sunyi?Allah kan ada.”Syafiq mula berkira-kira.Memuhasabah dirinya kalau-kalau ada amalan wajib yang dia terlepas pandang.

“Yang wajib,alhamdulillah dah tertunai semua hak.Yang sunat?Hmm..”Syafiq cuba untuk merungkai kembali peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ini.

“Aaahh…!!”suara Syafiq sedikit meninggi.

“Aduh mungkin sebab aku leka sangat dengan laptop aku ini kot.”keluh Syafiq sambil cuba membuka folder-folder gambar di komputer ribanya.

“Sahabat”.Dia membuka folder tersebut.Syafiq tersenyum melihat gambar-gambar dia bersama kawan-kawannya ketika di bangku sekolah dahulu.Gambar-gambar saat-saat akhir bersama  dengan sahabatnya sebelum dia berangkat ke bumi UK ini tutut ditatapinya.

“Seronoknya saat disekolah dahulu.”Syafiq mengomel seorang diri.

“Ikhwan?”Syafiq terpaku sebentar melihat raut wajah insan yang bernama Ikhwan di dekstopnya.

“Macam mana keadaan anta sekarang.Lama benar ana tak call anta.”getus hati Syafiq.

Syafiq terus mencapai telefon bimbitnya.Mencari-cari nombor telefon sahabatnya Ikhwan.

Trut trut.. Trut trut.. Trut trut…

Bunyi telefon dijawab.

“Assalamualaikum Ikhwan.”Syafiq terus memberi salam sebelum sempat pihak disebalik telefon bersuara.

“Sorry.The person you have call is currently unavailable.Please leave your message after the tone”

“Aiseh.Makcik ni pula yang jawap.”Syafiq mendial sekali lagi.Masih tidak mahu putus asa.

Trut trut…Trut trut..Trut trut…

Masih tiada jawapan.Tiga kali begitu.

“Busy agaknya.Takpelah mungkin lain kali sahaja.”Akhirnya Syafiq mengalah setelah tiga kali panggilannya tidak dijawap.

   Syafiq keluar ke dapur.Ingin melegakan tekaknya yang terasa kering.Cuaca panas kering ketika musim panas disini membuatkan dirinya cepat berasa haus.Kemudian dia mula mengatur langkah ke ruang tamu.Melabuhkan punggungnya ke sofa.

“Tika ku kealpaan..kau bisikkan bicara keinsafan…”

  Belum sempat dia meneguk air tersebut terdengar telefon bimbitnya berdering.Memainkan lagu ‘Sebuah Pertemuan’ dari kumpulan In-Team.Dia terus maju,berlari kebiliknya untuk mendapatkan telefon bimbitnya.

“1 message received”

” Akhi Ikhwan “

” View “

” Ee ehh..afwan x prsan “

“Alhamdulillah.”Jari-jari Syafiq laju mencari-cari nombor Ikhwan didalam telefon bimbitnya.Terus di dail.

Trut trut…Trut trut..

“Assalamualaikum,Syafiq!!!”terdengar suara ceria disebalik telefon

“Waalaikumsalam.Ikhwan,kaifahaluka?!”

Syafiq terus membalas dengan ceria.Mungkin kerana sudah lama tidak berbual.Hampir satu jam mereka berbual.Masing-masing saling bertukar cerita.

“Ee eeh anta.Takpe ke anta call ana lama-lama ni?Nanti habis pulak kredit anta.”Ikhwan mula mengutarakan rasa tidak senang hatinya setelah menyedari mereka berborak hampir sejam.

“Eeh takpe anta.Ana ada kredit lagi ni.Jangan risau.Lagipun dah lama tak bersembang dengan anta.”balas Syafiq dengan bersungguh-sungguh,cuba untuk menghapuskan rasa tidak senang hati di hati sahabtnya.

“Jangan la macam tu anta.Anta dah la duk jauh.Kat UK.Tak mahal ke anta?”Ikhwan masih merasa tidak senang.Dia tidak mahu menyusahkan sahabatnya.

“Takpe takpe anta.Sekali sekala,anta janganlah risau.Anta..ana nak minta tolong anta sikit boleh?”tanya Syafiq.

“InsyaAllah ana cuba bantu.Kenapa anta?”

“Ana tak tahu kenapa baru-baru ini ana rasa sunyi sangat.Anta tahu,selama ini ana tak pernah rasa sunyi macam ni.Sekarang ni ana rasa sunyi sangat.Dengan macam-macam dugaan dan cabaran disini.Maaf anta,ana tak patut mengadu macam ni kat anta.Tapi ana takde sape dah selain Allah kecuali anta untuk mengadu.Anta saja yang faham perasaan ana.”Syafiq mengadu.Baginya Ikhwan ibarat abangnya sendiri.Dari zaman sekolah lagi mereka sering bersama.

“Erm…kesian kat anta ye..tercampak sorang-sorang kat sana.Kalau ana tak tahu la.Mujur Allah tak pilih ana.Ana mungkin tak sekuat anta nak hidup sorang-sorang disana”Ikhwan memulakan bicaranya.

“Tapi takpe anta,Allah tahu kekuatan anta.Kalau tak mustahil Allah nak campak anta jauh-jauh nun kat negara orang kafir tu.Allah know the best about us.Pasal sunyi tu,anta takde kawan ke kat sana?Anta banyakkan mengadu pada Allah.”giliran Ikhwan bertanya.

“Pasal kawan tu ada lah.Bukan takde.Tapi diorang semua tak sama macam anta.Macam sahabat-sahabat kita yang lain.”

“Ish anta ni buat lawak la.Memang la diorang tak sama.Itulah kalau ana ada kat sana kan senang boleh teman anta.”seloroh Ikhwan.

“Aah betul la tu.Anta mai la sini.Mai teman sahabatmu yang sunyi ni”seloroh Syafiq,cuba menguji Ikhwan.

“Aiii..ana nak pegi sana nak naik apa anta?Ana ni takde sapa nak sponsor.Lain la kalau anta nak sponsor ana pegi sana.Kecil tapak tangan,nyiru ana tadahkan.La ni jugak ana packing nak pi UK.”Ikhwan menyambut.

“Ngeh ngeh ngeh..ana pun di sponsor orang..hehe..takpe anta InsyaAllah ana doakan semoga suatu hari nanti anta sampai disini.Ameen”

“Macam-macam la anta ni.Hehe.Erm apa-apa pun anta,anta mengadulah pada Allah.Anta tak sepatutnya rasa sunyi sebab anta masih ada Allah.”

“Walau di mana pun kita berada Allah sentiasa ada.Tidak bermaksud anta di negara orang kafir,Allah tak ikut sekali,tinggal di Malaysia.”Ikhwan menarik nafas lantas menyambung,

“Tidak anta.Allah ada di mana-mana.Dan lagi satu kehidupan di sekitar anta semuanya makhluk Allah.Macam mana anta boleh kata anta sunyi?”

   Ikhwan tahu bukan mudah untuk duduk seorang diri dinegara Barat.Tetapi dia tidak mahu sahabatnya itu cepat berputus asa disebabkan masalah yang kecil.Ketika itu keadaan menjadi sunyi seketika.Kemudian barulah terdengar Syafiq membalas.

“Afwan anta.Ana terlupa pasal tu.”

“Ee eeh takde la anta.Memang kita perlukan juga tempat untuk mengadu selain Allah.Mohon nasihat.Tetapi nasihat-nasihat itu semua akhirnya akan suruh kita berbalik pada Allah.Kerana Allah juga yang bagi perasaan sunyi tu kat anta.Dan Allah jugalah yang layak untuk tarik balik perasaan tu.Cuba anta lihat langit,bintang-bintang.InsyaAllah anta akan sentiasa tahu bahawa anta tak keseorangan.Mereka juga makhluk Allah.”

“Jazakumullah khairan khathira anta.InsyaAllah ana akan cuba.Hmm tapi ana ada sesuatu nak bagitahu anta ni.Tapi anta jangan terkejut pulak ye.”Syafiq cuba mendapat kepastian.

“Ajmain.InsyaAllah apa dia?”tanya Ikhwan.

“Err..malu pulak ana nak cakap.Lain kali je lah ye.Nanti anta gelakkan ana pulak.Hehe”Syafiq cuba mengelak.

“Ala anta ni.Dengan ana pun nak sorok.Cakap je la.Ok ana janji tak gelak kat anta.”

“Ok ok…hmm…macam ni..ana rasa ana nak walimah”

bersambung…

 

 

 

 

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: